Ibrahim Ali ini mungkin tak
mati-mati .Mungkin juga apabila dia bertemu jodoh mati ,maka ramai yang berkata
atau menulis dalam FACEBOOK SEPERTI INI “ Tak usah dipedulikan ,dia orang awam
biasa, bukan ada apa-apa jasa pun dimana-mana daerah Kelantan.
“Nama sahaja yang bagai nak rak
dalam perkasa ,tetapi lebih heboh mulut dari
kerja. Memiliki title wakil rakyat pun tidak setakat mana khidmatnya, macam
melepaskan tengkuk kerbau tersepit, masuk parti lain keluar parti lain”. Dalam
hidupnya sebagai wakil rakyat ramai orang yang menggelar dia ‘ibrahim katak’
kerana terlalu suka melompat-lompat parti dan tubuh parti yang tidak pernah
tetap- macaaam katakkkk.
Barangkali inilah lebih kurang
bunyinya sekiranya Ibrahim Ali meninggal dunia,kerana saya mengatakan demikian
kerana mulutnya yang mungkin dilindungi insuran itu
terlalu biadap terhadap Tok Guru Nik Aziz dengan ulasan Tok Guru tersebut telah
memerintah 20 tahun tetapi tidak nampak apa-apa jasa pada Kelantan.
Puluhan ribu atau ratus ribu orang ramai yang
menziarahi kematian,solat jenazah dan mengiring ke kubur, saya percaya tidak mempunyai niat atau fikiran otak seperti Ibrahim Ali,
memperkecilkan kehebatan persenoliti Tok Guru dan telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Kelantan.Malahan
rakyat Malaysia saya rasa mendapat ilham dari teguran Nik Aziz untuk
memperbaiki diri dan akidah kepada Allah.
Kematian Ibrahim Ali akan datang ,ada atau tidak seramai
300,000 ahli PERKASA (yang didakwanya) akan menziarahnya. Kita sesama lihat ada atau
tidak siaran langsung membuat liputan dari setesyen TV ,serta periwayatan
sejarah hidupnya kepada rakyat Kelantan.
Sikap irihati terhadap kehebatan
orang lain dari dirinya, terus di pusakai oleh orang yang bernama Ibrahim Ali.
Menulis dan mengulas dalam media sosial bertujuan mempopularkan diri sendiri
dan bertujuan mengatakan dirinya lebih baik dari orang lain walaupun bukan
berpendidikan agama dan tidak mempunyai akhlak yang terpuji.
Kadangkala orang bernama Ibrahim Ali
ini dilihat sebagai manusia ego dan sesekali bersifat gila kuasa yang syok
sendiri. Sentiasa mencari peluang untuk menyatakan perasaan penilaian negatif terhadap orang lain, tidak kira seseorang itu masih ada
didunia ini atau telah meninggal. Orang yang islam yang siuman akan sentiasa
mengatakan sifat yang baik-baik terhadap jenazah atau saudara sesama islam yang telah pergi
lebih awal darinya.
No comments:
Post a Comment