Tema merdeka undilah BN lagi
Sudah 59 tahun saya hidup iaitu sebaya dengan Najib –Perdana Menteri
Malaysia, dari tahun 1970 hingga tahun 2011 tema hari kemerdekaan
berubah-berubah dan tidak ada bangkangan atau kritikan dari mana-mana pehak kecuali tema pada tahun 1996” Budaya Penentu
Kecapaian”.iaitu kritikan dari ahli bahasa berkaitan pemilihan perkataan“Kecapaian”bukan “Pencapaian”.
Hari ini menjelang pilihanraya yang ke 13,dan merdeka ke 55, kerajaan
telah memilih “janji ditepati”yang menurut kata Ketua Penerangan UMNO tema tersebut
baik untuk semua manusia.
Semua manusia faham bahawa tepati janji merupakan perkara baik,tetapi apa
yang dipersoalkan ialah tentang tema tersebut ada maksud yang tersirat selaian
dari perkara baik sesama manusia,ialah kononnya hanya kerajaan yang ada
sekarang menepati janji.Menepati janji lawannya adalah” memungkirri janji”. Siapa yang memungkiri janji. Yang pasti bukan
kerajaan BN. Itulah diantara tujuan tema tersebut.
Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Najib dalam kempen pilihanrayanya
undilah Barisan Nasional yang telah dijaja ke seluruh Negara, dengan mencanangkan
perjumpaan “janji ditepati”.Apakah
hanya kerajaan yang ada sekarang yang memenuhi janji.Mungkin ada kerajaan lain
sebelum ini atau kerajaan yang akan datang tidak memenuhi janji maka rakyat
jangan mengundinya.
Kita tahu kerajaan yang ada hari ini berkemungkinan memberitahu kerajaan
negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang tidak menepati janji.Kerajaan-kerajaan
negeri dibawah pembangkang bukan tidak memenuhi janji tetapi janji yang
ditunaikan disekat untuk di paparkan dalam media.Sikap buruk media Malaysia terhadap
pembangkang semua orang sudah tahu,kebaikan masuk poket,keburukannya di
paparkan ke dada,sebaliknya baik kerajaan di paparkan di dada,keburukan
disimpan poket.
Apa yang perlu ialah kita tanya rakyat dinegeri itu sendiri apakah kerajaannya
menepati janji,atau tidak.. Jangan sesekali kita tanya rakyat negeri tersebut yang pro
parti yang menjadi pembangkang di negeri berkenaan.
Apa yang dipertikaikan oleh pembangkang,yang bercita-cita menjadi
kerajaan selepas pilihanraya ke 13, adalah sikap kerajaan semasa terus
berkempen dengan tujuan mengungkit-ungkit apa yang dilakukan kepada rakyat.Kerajaan
mengambil kesempatan terus berkempen disaat akhir menjelang pilihanraya dengan
menggunakan sumber kewangan menyambut hari merdeka.
Tema tersebut terlalu khas
ditujukan kepada kerajaan yang telah memerintah selama 55 tahun, dan terlalu umum untuk rakyat negara ini.Kita tahu
kerajaan terdesak ingin mempertahankan Putrajaya kerana situasi suara rakyat
terbanyak menyatakan kerajaan yang sedia ada akan tumbang dalam pertarungan
PRU13.
Maka setiap hari ,setiap saat, setiap sumber yang ada telah digunakan
oleh kerajaan bagi menjalankan kempen undilah Barisan Nasional kerana hanya BN
yang menepati janji.Kempen tersebut sama ada secara terang-terang atau
simbolik.
Tidak menjadi kehairanan kerajaan menggunakan tema”janji ditepati” bagi
maksud mengkelabukan mata rakyat
yang telah cerah pendirian.Pehak
pembangkang sekarang tidak usah perdulikan gelagat kerajaan akhir-akhir
ini.Kita berharap tema dipilih untuk merdeka 2012 akan menjadi pilihan tema
terakhir kerajaan BN. Rakyat memahami putar belit tema tersebut.
No comments:
Post a Comment