Diberitakan –semasa najib
merasmikan penyampaian durian runtuh fasa 2 di kawasan parliman pekan, di Dewan
Umno Pekan,menuduh mereka yang menentang penyenaraian saham Felda Global
Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, disifatkan sebagai busuk hati.
Bagitulah bahasa marah Najib yang tidak setuju dengan orang yang
menentang idea bersama dengan Isa Samad itu.Sebelum ini melebelkan penentangnya
haram
jadah dan muka takmalu.
Tidak sepatutnya Najib
menyediakan rubber stamp khas
perkataan-perkataan tersebut kerana mereka yang menentang merupakan warganegara
Malaysia yang mempunyai pelbagai karenah dan merupakan satu rahmat kerana ada
yang pro dan kontra apa yang dilakukannya.
Dia bernasib baik dilantik
sebagai Perdana Menteri yang rakyat anggap sebagai bapa dalam keluarga.Bapa
terpaksa melayan perangai anak-anak dan tetap memberi wang,makanan dan nasihat
walaupun ada diantara anaknya itu terlalu banyak objection. Seorang bapa yang baik dan beriman tidak sewajarnya menyumpah seranah kiranya ada anaknya bersikap nakal.
Apakah? anak yang begar
itu tidak diberi makan dirumah atau tidak dipedulikan persekolahannya atau kita
halau dari rumah .Kemudian kiranya dia masih berdegil, kita beri dia makan dan
wang tetapi di tengking atau cakapkan anak kita “ kau haram jadah !..muka takmalu!..chis busuk hati?. Inikah akhlak
seorang bapa yang baik. Bapa sebagai pemimpin. Pemimpin yang baik sayang kepada rakyatnya. Kalau tidak, hari-hari jangan melaungkan melalui media rakyat didahulukan.
Tidak ada orang yang siuman menentang perkara baik dilakukan untuk
orang lain. Tuduhan Najib ini “busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu
meningkatkan kehidupan rakyat”. “ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan
rakyat,”ialah
satu tuduhan politik.
Manusia
tidak sama parasnya .Tidak sama kehendaknya,.Tidak sama ideanya dan tidak sama
fahamannya.Diantara perbezaan ini tentunya berlainan dengan hasrat Najib.Najib
menganggap penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia menguntungkan peneroka dan ada
rakyat menganggap sebaliknya.
Ada
diantara mereka tidak bersetuju dengan niat Najib itu kerana dikhuatiri untung
sebelanga ruginya sekawah,sesal dahulu menepuk dahi, sesal kemudian membunuh
diri. Itulah diantara sebab yang ada dalam fikiran mereka.
Dibenak
kepala mereka bahawa masyarakat peneroka akan bersambung-sambung mewarisi tanah
dan ladang hingga kiamat. Generasi Najib sebagai pemimpin hanya bertahan,5, 10
atau 15 tahun atau lebih lama sikit ,22 tahun macam generasi Mahathir. Generasi
Najib hanya meninggalkan nama yang tidak
akan dapat berbuat apa-apa apabila bila kain putih sudah di hitamkan,bontot
kuali sudah terbakar hangus.
Sebagai
contoh hari ini, yang mana dasar-dasar yang dilakukan oleh Najib dengan
melantik di kalangan ahli politik masuk campur urus tadbir Felda maka telah
banyak kita dengar Felda disaman,warga peneroka tidak menghormati pengurusan
Felda, pentadbiran Felda sentisa tidak betul, dengan mencabar mereka di mahkamah.
Carta
organisasi Felda telah di koyak-rabak oleh makhlok
politik yang ada kepentingan diri . Sebelum
ini ketenangan Warga Felda dikagumi oleh semua pehak.
Di
khuatiri warga Felda atau peneroka yang entah berapa generasi akan datang bukan
sahaja menanggung kesan kerugian ekonomi dengan memunahkan institusi sosial yang digilap oleh Najib dan Isa Samad
tetapi telah kehilangan peluang generasi ke 2,,ke3 atau generasi seterusnya
memiliki tanah kerana Felda Plantation telah dipajakan.
Mereka
yang menentang dan mempertahankan pendapatnya telah menggunakan saluran undang-undang yang ada.
Najib
sebagai Perdana Menteri tidak menggunakan atau memerlukan sebarang saluran
untuk menyenaraikan FGVH kerana dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia ada
kuasa seorang eksekutif. Kita lihat sendiri FGVH tetap disenaraikan walaupun
ada diantara mereka satu kapal dengannya menentang tidakan Najib.
Bagitu
juga tindakan eksekutif Malaysia ini dengan melantik master mind, bagaimana mencari wang untuk dana pilhanraya iaitu Isa
Samad dengan idea penyenaraian FGVH yang perlantikannya dipertikaikan oleh umat Malaysia tetapi Najib tetap
meneruskan hasratnya.
No comments:
Post a Comment