Hari ini sabtu 21 julai 2012
rakyat beragama islam Malaysia akan merayakan bulan ramadhan al-mubarak tahun
1433 hijrah. Mereka merayakan sama ada sebagai ibadat atau sebagai adat.
SEBAHAGIAN rakyat melayu islam di
sini akan menjadikan sebagai adat menyambut puasa yang hanya kerana bulan
tersebut hadir sama ada suka atau tidak dan seronok membeli-belah juadah
berbuka di bazaar yang banyak pilihan
kueh –mueh, atau membeli belah pakaian dan keperluan hari raya terutama di
hari-hari terakhir ramadhan di kompleks beli-belah.
Kedatangan ramadhan bagi mereka
akan timbul dialog-dialog seperti ini “hari ini kita last makan
siang “,esok dah puasa”. Mereka melupakan makan siang di berikan Allah , ada
selama sebelas bulan.
SEBAHAGIAN rakyat islam Malaysia,
menjadikan ramadhan bulan taubat yang
ketika ini memenuhi ruang masjid
bersolat 5 waktu dan terawih sebelah malam dan berzikir serta
bermunajat,sedekah dan mengerjakan pelbagai keperluan ihya ramadhan. Mereka
yang tua bongkok 90 ‘ aligment kaki dan
chasis badan sudah berubah, akan
berusah datang melangkah ke masjid atau ke surau-surau. Alhamdullilah masih ada
hidayah dari Allah.
Mereka ini tahu nikmat bulan
ramadhan yang dianugerah Allah pahala ibadah berlipat kali ganda.Pintu syurga
di buka dan pintu neraka ditutup.Ibadah sunat pahalanya bagaikan wajib.Sentiasa menunggu kedatangan Lailatulqadar
yang dijanjikan nikmat figure tahunan pahala
ibadah yang tidak mungkin tercapai oleh manusia biasa rakyat melayu Malaysia.
Golongan ini menjadikan mengisi
ibadat dalam bulan puasa sebagai kemestian atau utama, tidak menjadikan
beribadat dibulan ramadhan kerana mengisi masa lapang ,sementara menunggu
berbuka atau bersahor.
Ada juga yang menguzurkan diri hanya
sempat puasa seminggu atau dua minggu. Tanpa uzur diredai Allah,dengan berniat
tidak meneruskan puasa .Mereka telah mengunjungi kedai-kedai makan waktu siang
dengan masuk ke dalam kedai mengikut pintu
rahsia demi mengisi perut semahunya.
Peniaga-peniaga jual makanan
mengambil kesempatan menjual makanan bergerak ke dalam ladang-ladang, dengan
menyediakan kemudahan mereka yang tidak berpuasa, nasi ,kueh dan minuman untuk
dibungkus.Kesimpulannya amat mudah bagi mereka yang tidak berpuasa melayan
nafsu makannya.Diladang-ladang FELDA, terlalu banyak berlaku seperti ini.
Kemudian mereka meneruskan
tradisi semasa tidak puasa, dengan mengunjungi kedai-kedai nombor ekor membeli
nombor ramalan 4 digit atau pelbagai judi
nombor yang lain.Pagi-pagi mendapat
akhbar yang memaparkan nombor nasib,sambil
berbincang 5 atau 6 orang yang ada diantaranya menggelengkan kepala dan
ketawa terbahak-bahak.Astaghfirullah menjadikan pagi itu tadarus akhbar
beramai-ramai.
Kiranya ada kesulitan aktiviti
yang dilakukan, akibat pegawai penguatkuasa atau malu di lihat orang islam lain,
maka mereka akan menghubungi taukeh ekor haram Khidmat taukeh tersebut
sampai ke rumah atau ke tempat janji temu yang dicadangkan. Astaghfirullah
doakan mereka ini supaya sempat bertaubat.
Yang pasti kebiasaan di negara
ini umat melayu islam kehadiran
beribadat dalam bulan ramadhan ibarat mendaki bukit dan menurun
lurah,awal meningkat ,akhir menurun.
No comments:
Post a Comment