trend artis kini yang semakin
ramai mula menyertai arena politik tanah air berkonsepkan islam dan berubah
cara hidup kearah berpakaian lebih islamik. Semoga mereka ini terus berkekalan
Tidak usah lagi hari ini kita mendengar
dan melihat ada artis bertudung penuh menutup ruang lingkup leher hingga ke
dada, esok atau lusa hanya tinggal jaring-jaring menutup rambut atau lebih
teruk lagi mengikut wanita bertudung merah ,berbaju putih, yang berkain merah menutup
rambut dengan mengeluarkan jambul .Menjadikan menutup aurat selama
seminggu,sebulan atau setahun atau selama mana masih ada mod taubat.
Jadikan menutup aurat satu budaya
artis Malaysia terkini, yang membolehkan mereka mempengaruhi peminat disamping
berlakon. Membudayakan pakaian ciri-ciri islam ke bidang lakonan seterusnya
menjadi ikutan anak muda ke arah hidup sebagai seorang muslim .Tanggapan
masyarakat filem dan drama hanya untuk berhibur boleh berubah kiranya keadaan artis
ini berterusan.
Budaya artis berpakaian yang
menampakkan sarung dada,dan sarung peha sewajarnya ditinggalkan
terus kerana hari ini anak-anak muda kita terlalu ramai yang mengenali isi dalam
kedua-dua sarung tersebut,sehingga sanggup mencabulnya.
Oleh kerana sudah ramai artis
yang telah memilih berpakaian sebagai seorang muslim maka kini sudah sampai
masanya produser-produser filem terutama produser melayu islam, mengalihkan
tema filem mereka dari budaya mengenal sikap hantu ,ganas dan seksi, kepada
budaya yang ada unsur-unsur keislaman.
Perubahan yang berlaku terhadap
artis hari ini menjadikan seniman perlu kearah transformasi karya dari “hiburan didahulukan ,keuntungan diutamakan”
kepada “hiburan diutamakan keredha’an
Allah didahulukan”.
Dalam mendapat keuntungan dunia
kita melabur saham di akhirat.Mengubah persepsi filem untuk hiburan kepada
filem, lebih kepada kearah dakwah.Untung dunia ,untung akhirat.
Tidak guna produser mengambil
kesempatan kehebatan artis yang rela berpakaian terbuka disana-sini dengan
mengutip keuntungan berjuta-berjuta dan memperolehi banglow mewah hasil filem,
tetapi tidak ada apa-apa sumbangan keredha’an Allah. Kesal tidak berguna usia
digunakan untuk dunia .
Ketika ini kita hanya mendengar
artis-artis yang mengalami perubahan diri, tetapi masih belum ada mendengar
produser-produser filem kearah islamik karya .Mereka masih terpengaruh alunan
filem dari luar negara dan bercita-cita menandinginya atau sekurang-kurang
seakan-akan filem mereka.
Produser dan seniman filem melayu hanya berjaya
melahirkan nampak realnya
kejadian-kejadian ganas dan solekan wajah yang menakutkan seekor
hantu.Kedua-dua perkara ini lebih baik
dari karya seniman zaman 50an dan 60an.
Tidak ada perubahan wajah karya kearah membentuk
generasi beragama melainkan melahirkan mereka kearah mengkhayalkan diri dalam kehidupan.Ubah tanggungjawab seniman
melayu "hidup seni,pendapatan dan hiburan" kepada" hidup seni,dan agamanya ,transfopmasi pendapatan
hiburan"
No comments:
Post a Comment