Wednesday, March 1, 2017

BR1M,naikan harga minyak dan perlaksanaan GST perlu pengesahan kerajaan Arab kebaikannya


Saya berkunjung ke rumah orang tentu saya memuji keadaan sekitar rumah,keindahan binaan bangunan, taman-taman dan suasana keluarga rumah tersebut.Menghina atau tidak menunjukkan sikap senang hati terhadap tuan rumah bukan sifat seorang tetamu.

Kalau taksilap pada awal tahun 2016 kerajaan negara ini minta seorang Arab mengesahkan derma 2.6 bilion di terima Najib adalah derma tulin yang tidak ada apa-apa kepentingan.


Hari ini sekali lagi secara tidak langsung apa yang di buat oleh kerajaan telah di sahkan oleh kerajaan Arab  Fakta telah dikeluarkan oleh orang No.1 Malaysia dan pengampunya untuk menunjukkan  apa yang dibuat oleh kerajaan tidak salah malahan menurutnya kerajaan luar  negara hendak menirunya atau menjadikan Malaysia sebagai contoh. Hari ini kerajaan Arab Saudi  akan menaikkan harga minyak sebanyak 50% dan akan melaksanakan  GST serta melaksanakan  seperti  BR1M di negaranya.

Menurut orang No.1 Malaysia itu dengan terus membandingkan apa yang berlaku di Malaysia baru 10 sen atau 20 sen naik sudah heboh seluruh dunia marahkan kerajaan dengan menuduh zalim dan tidak bertimbang rasa sedangkan kerajaan Arab negara pengeluar minyak naikkan harga minyak 50%.

Bagitulah hebatnya kerajaan contoh yang terus memerintah negara ini yang menjadi idola pentadbiran negara luar dari sekecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Beberapa hari yang lalu kerajaan Arab memuji  dan menyuruh negara luar meniru atau mencontohi  pengurusan Tabung Haji yang cemerlang dan  jemaahnya berdisplin serta disenangi oleh kerajaan Arab itu.
Apa yang dikatakan  ini tidaklah meyakinkan saya   kerana kata-kata ini di keluarkan oleh mereka yang ada kepentingan  dan juga saya tidak mendengar sendiri dan berlaku di hadapan  mata saya. Pelbagai pembohongan berlaku sebelum ini telah menyahkan keyakinan

Selagi belum dipenjarakan atau di selidik mereka ini Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny  maka tidak akan menambah kepercayaan terhadap kerajaan.

Seterusnya sedia maklum selagi kes 2.6 bilion tidak didakwa dan pelbagai pembohongan 1MDB tidak dijelaskan  kepada rakyat seperti  yang didakwa oleh mereka yang di luar kerajaan maka tidak ada sebab saya percaya apa yang dikatakan.

Kerajaan luar negara atau pemimpin nya tidak mengetahui sekelumit kisah rakyat negara ini kerana yang berbual atau berbicara yang punya berbilion ringgit dan tidak tahu seriknya penoreh dan penuai sawit,buruh kilang ,pekerja am ,pekerja tukang cuci bangunan dan pekerja kontrak mengatur perbelanjan keluarga.

Najib tak tahu bahawa pendapatan rakyat biasa negara ini hanya layak makan nasi berlaukkan air kosong  atau rebus sayur kangkung, kerana semua harga barang telah naik. Minyak masak dulu RM13.35 sekarang  RM21.35 setengah kedai  atau pasaraya RM22.50.Ikan bilis,dulu RM28.00 sekarang RM 38.00.Santan kelapa dulu RM7.00/RM8.00 sekarang  telah RM10.00/RM12.00.

Barangkali perbincangan kabinet berkaitan keadaan harga barang hari ini tentu berkisar pendapatan boleh belanja menterinya  dan wakil rakyatnya. Rakyat terus di lagukan dengan kehebatan kesenangan mereka yang menerima BR1M, berbelanja di kedai 1 Malaysia.

Harga barang yang naik menggila hari ini akan lebih gila lagi sekiranya rakyat terutama orang melayu terus meletakkan keyakinan kepada pemerintah yang sedia ada kerana kerajaan kleptokrasi ini akan terus bertambah angkuh serta  tidak memikirkan masalah kehidupan rakyat terbanyak.

No comments:

Post a Comment