Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Tuesday, January 10, 2017

hanya sekadar pendapat

sekadar pendapat



Sudah seminggu berlalu cerita Mahathir mengatakan haji yang di taja 1MDB tidak mabrur tetapi,TV Umno,iaitu TV3 ,membangkitkan batang terendam dengan mengulang kembali sikap tidak puashati orang-orang di belakangnya dengan mengulas panjang lebar pendapat Mahathir itu.

Hari ini Mahathir menambah pendapatnya jika orang islam makan babi tetap haram walaupun baca bismillah. seterusnya beliau berkata ; duit yang dicuri masih adalah duit haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat.

Betul juga kata Mahathir ini kiranya 1MDB memperolehi wang sumber haram.Sedangkan wang ASB pun ramai ulamak luar kerajaan mengatakan haram.

Minggu lalu Datuk-Datuk orang-orang kerajaan, Dr. Asy­raf  Wajdi Dusuki, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, , Datuk Seri Syed Ali Alhabshee semua memberi pendapat berkaitan kenyataan Mahathir terhadap Najib selaku penguasa 1MDB menghantar seramai 100 orang imam menunaikan fardhu haji.

Kali ini di tambah oleh TV 3 seorang lagi orang kerajaan menempelak pendapat Mahathir iaitu Mufti Perak -Harussani.Usaha media ini sekepal hendak di jadikan gunung,setitik hendak dijadikannya selaut.Mensensasikan pendapat Mahathir ini saya percaya sebagai usaha mengejar rating penonton. 

Mahathir menjelaskan bahawa mereka yang ditaja oleh 1MDB ke Mekah tidak mendapat haji mabrur kerana duit yang di gunakan  adalah duit haram yang dicuri wang rakyat. Ini adalah pendapat Mahathir berdasarkan maklumat yang dia tahu. 

Kenapa media mengajak rakyat membisiki orang pekak dan sepatutnyan anggaplah perkara ini sebagai petai sisa pengait.
 
Najib tidak bersuara, tetapi penjilat-penjilat  buntutnya  yang bergelar Datuk bising memberi pendapat bahawa hanya Allah yang menentukan status haji seseorang, dan tak perlulah guna agama untuk kepentingan politik, serta mungkin terdesak untuk menagih sokongan pengundi menjelang pilihan raya.

Kita renungkan  maksud hadis ini,kesemua suara-suara ampu bodek yang tersebut di atas adalah pendapat sahaja. Usah ada usaha memasang pelita di tengah hari.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    
     
(Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330)

Kita yang hidup didunia ini walaupun mempunyai ilmu agama bertahap Phd dan memegang jawatan orang suruhan berkaitan agama jangan terlalu mudah menuduh seseorang berlagak pandai.

Mungkin Mahathir tidak sebijak Asyraf ilmu agamanya ,tetapi mampu dan boleh  membezakan yang halal itu jelas dan haram itu jelas. Kita tidak boleh menjadi Robin Hood seorang penjenayah budiman yang mencuri merompak kemudian berbudi dengan orang miskin.

Bagitu juga berkaitan kepentingan politik bahawa semua mereka yang bersuara bagi pehak Najib adalah mereka yang berkepentingan politik kerana mereka semua orang politik dan akan sama-sama mengharungi pilihanraya akan datang.

Usah kita mengata dulang paku serpih mengata orang aku yang lebih, dan cium tapak tangan,berbau atau tidak. Datuk-Datuk tersebut tahukah - Mahathir dahulu bajak daripada sapi.Kesemua yang terlibat membicarakan berkaitan haji mabrur atau tidak,  adalah mereka lurus sumpitan hendak mengena.

No comments:

Post a Comment