Akhirnya tercapai juga hasrat si
pengguling Mukhriz untuk menjawat menteri
besar. Walaupun rakyat dibangangkan dengan pusing sana dan pusing sini
dengan menjaja tiga nama untuk di persembahkan kepada sultan yang tidak termasuk nama ketua
pengguling.
Tindakan seperti ini hendak
mengaburi mata yang celik dengan
drama bahawa golongan pengguling bukan hendakkan jawatan tetapi Mukhriz selaku menteri besar tidak mendapat sokongan
ketua dan ahli UMNO cawangan yang di copnya
Mukhriz bangang buat kerja.Tidak ada pembangunan dan kemajuan
negeri Kedah di bawah pentadbiran selama
dua tahun.
Orang politik di Malaysia ini
sememang bersikap curang antara sesama mereka .Perangai buruk ini sememangnya memalukan, terutama tercatat
dalam sejarah negeri kedah khasnya dan di Malaysia amnya.
Masih ada si Kitol dan Sultan
Mahmud mangkat di julang,raja Mendaliar.
Laksamana Khoja Hassan dan lain watak
pengkhianat busuk hati, yang mempunyai peranan masing-masing berpura baik bagi
mencapai cita-cita.
Melayu memang terkenal dengan
hasad dengki yang mengelilingi sultan
ketika dahulu dan pemimpin politik ketika ini, masih tidak berubah.Tamak
kuasa,harta ,wang ringgit,emas sudah berbilion hendakkan trillion .
Inilah apa yang telah berlaku
terhadap Mukhriz.Ada yang mengambil kesempatan terhadap sepatah-dua kata kurang
berpuashati, yang dilontarkan
terhadap pemimpin tertingginya, maka si
pengguling dengan rakannya menghasut yang lain, bahawa Mukhriz telah
menderhaka.
Kita menggeleng kepala nyata
iblis berjaya menusuk hati 19 DUN untuk menyingkirkan Mukhriz yang saya fikir
tidak ada dosa-dosa besar sebagai eksekutif tertinggi pentadbiran Kedah. Mentadbir Kedah tidak
sampai satu penggal , masuk tahun ke 3
kepalanya telah di penggal oleh kumpulan
19 jahanam.
Mungkin selama 3 tahun akan
datang si pengguling (Ahmad Bashah) boleh memajukan dan membangunkan Kedah,
seperti secepat selesainya hutang
1MDB dan sekilas selesainya kes Najib oleh peguam negara.
Di negara ini tidak ada tempat
golongan pembangkang dalam parti sendiri. Oleh yang demikian kiranya ada niat
tidak bersetuju dengan perangai ketua atau titah perintah ketua, sila duduk
atau berada sebagai pembangkang dikalang parti berasingan. Mukhriz mungkin
sudah lupa apa yang dilakukan oleh bapanya, si Mahathir semasa berkuasa selama 22 tahun.
Mahathir lebih sadis dari Najib
tindakannya, terhadap mereka yang membuat cubaan menentangnya atau melakukan
perkara yang tidak menyenangkan
pentadbirannya. Institusi raja telah menjadi mangsanya dengan mengurangkan kuasa
imuniti atau kekebalannya. Peguam negara,hakim-hakim dan timbalan perdana
menteri dan menteri-menteri dibuat macam buang sampah ke longkang.
Walaupun ada suara sumbing dari pengampu
yang cuba-cuba mencari muka untuk
kenaikan pangkat dari timbalan menteri ke menteri mengatakan Najib tidak
terlibat dengan sekumpulan pengguling yang 19 orang itu. Seluruh umat dunia tidak
percaya kata-kata itu termasuk yang mengeluarkan kenyataan.
Setiapkali berlaku pergolakan
kepada ketua gangster politik maka
akan lahir berduyun-duyun pengampu, penyangjung dan pemujinya untuk mendapat
simpati .Tidak hairan apa yang berlaku terhadap UMNO yang mengatakan bahawa ketuanya sekarang adalah
yang terbaik dari mereka yang menjadi ketua sebelum ini.
Melihat telah ramai pengampu maka
ketua gangster politik akan perasan dan terus memanjangkan kukunya yang
kadangkala sehingga 22 tahun .Najib baru sahaja 5 tahun dan sekarang terus bercita-cita hendak
memanjangkan usia jawatannya dan sanggup
terajang sana dan terajang sini mereka yang menghalang terus dia berkuasa.
Sekarang brutal telah menjadi menteri besar.Setakat mana pencapaiannya masih
terlalu awal untuk di tafsirkan, tetapi janji orang yang telah tercapai cita-cita
tentunya tinggi melangit dan harapan orang yang menyokongnya tentu berkata
“berilah peluang membuktikan keupayaannya”.Semua
ikrar dan serta janji tersebut sudah
muak rakyat mendengarnya.
Keikhlasan hendak menyumbang
khidmat kepada rakyat tidak perlu menggulingkan sesiapa.Orang perseorangan
dalam dunia ini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kiranya tidak ada
kerjasama individu lain. Mukhriz dan gengnya yang lain masih mampu membangunkan Kedah, hanya pengguling terlalu mengikut kata hati tuannya dari Kuala Lumpur.
Tidak usah takbor dengan janji.
Selepas memenangi piihanraya 2013 , Mukhriz dan UMNO berjaya menawan Kedah dan
menerima pujian kerana mengambil kembali Kedah dari PAS dan juga berjanji akan
melaksanakan pembangunan.
Tanggal 3 februari 2016 tidak
boleh lagi Ahmad Bashah menafikan dia memang gilakan jawatan Menteri Besar
Kedah, kerana pada tarikh tersebut Najib melantiknya sebagai menteri Besar yang
di sahkan oleh pemangku sultan.
Simpati di lontarkan kepada
Mukhriz, rupanya rakan poltiknya, yang tidak mengaku menikam dari belakang,
tetapi menikamnya sambil menyorok di
belakang Najib. Pengamal politik sememang mengamalkan perangai sesumpah
yang berubah wajah mengikut keadaan.
No comments:
Post a Comment