Tuesday, February 9, 2016

Astaghfirullah......patut perkenalkan jubah






         sepatutnya sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW berikhtiar melakukan sunah nya seperti memperkenalkan pakaian jubah dan serban ke mana sahaja pergi dan  tidak perlu mencuba-cuba pakaian yang memuja dewa satu agama yang nyata menafikan  Keesaan Allah.

Hendak gempak dikalangan pengundi berbangsa cina tidak kira perangai kita  atau perbuatan kita mencemarkan pegangan agama  islam. Penganut parti islam PAS dan juga sebagai wakil rakyat yang bergelar Yang Berhormat ini, telah melatah bahwa menyerapkan unsur-unsur agama lain selain islam ke dalam diri akan mencapai tujuan,  agar dapat menambat hati pengundi.

Terlalu yakin  berkaitan penerangan atau penjelasan  bahawa perayaan Chinese New Year hanya berbentuk perayaan atau budaya ,tidak melibatkan kepercayaan  agama.

Ini merupakan cakap orang yang punya agama,yang berkemungkinan bersama iblis, agar membisikkan kepada  orang islam Malaysia bahawa perbuatan memakai  Dewa Cao Guo Jiu tidak menjejaskan akidah .

Sepatutnya  jangan terjejas  aqidah merujuk dulu kepada kepimpinan ulama PAS atau ustaz-ustaz PAS baharulah melibatkan diri  aktiviti perangai  Chinese New Year. Terlalu yakin dengan pandangan otak penyesat maka tanpa berfikir  panjang terus melakukan perangai yang berlawan sifat keislaman.

Keampunan Allah memang mudah dilakukan tetapi menjejaskan imej parti islam yang menampakkan ada di antara pemimpinnya bukan sahaja jahil pegangan islam malah boleh di perkotak-katikkan oleh  penganut agama lain.

Masyarakat majmuk bukan sebagai tiket untuk orang melayu islam mengikut perangai pelbagai agama di negara ini.Ahli parti islam ini sudah bertekad pegangan agama islam adalah agama Allah.Tidak kira sesuatu perayaan bukan islam di negara ini  sama ada dinyatakan berkitan agama atau tidak berkaitan,perlu dihindarkan kerana kita tidak  mendalami tujuan perayaan tersebut. Berkecuali menyertai  atau meraikan perayaan tersebut, adalah sikap yang terbaik.

Elakkan kita menggigit jari kesal di akhirat kerana kesilapan  yang sentiasa meraikan perayaan agama lain di dunia ini, telah menjejaskan akidah keTauhidan  Allah. Orang-orang cina menunjukkan kegembiraan kerana kebodohan orang melayu mengikut perangai dewanya.

Belum tentu pengundi-pengundi berbangsa cina terus setia bersama-sama ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman pada masa pilihanraya akan datang walaupun sepanjang masa memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu ke perkampungan Wangsa Permai, Kepong

Nampaknya PAS semakin jauh menjadikan Islam di Brunei sebagai contoh ,bahawa pemerintah islam di sana melarang meraikan perayaan agama lain.Ahli PAS –parti berasaskan islam belum lagi jadi pemerintah persekutuan telah ada pemimpinnya telah goyah dengan sokongan  pengundi bukan islam dan terpaksa menghambakan diri untuk turut serta acara agamanya.

Kita semua tahu apabila pilihanraya dilakukan, orang melayu Malaysia tidak boleh lagi diharapkan mengundi  partinya untuk  membentuk sebuah kerajaan kerana tidak ada lagi perpaduan sesama mereka.Bangsa lain terutama bangsa cina adalah pelengkap gabungan pemerintah maka ketika ini melayu telah merayu simpati terhadap bangsa ini.

Tidak hairan kita ketika ini ramai pemimpin melayu sanggup melakukan apa sahaja sebagai menarik pandangan bangsa lain untuk turut serta program ke arah mengundi serta  mengekalkan pemimpin melayu.

Khairuddin Othman bukan ke seorang tetapi ramai lagi pemimpin tertinggi Malaysia sudah tidak kira lagi batasan agama dengan mengikut pakaian atau cara serta budaya agama lain yang di popularkan oleh mereka dengan panggilan masyarakat majmuk. Masyarakat yang bebas beragama lain kerana semua agama sama dan budaya bukannya ajaran agama.

1 comment:

  1. Bukan semua jubah boleh dianggap sunnah. Malah memakai jubah berketrampilan Islam mempunyai disiplin tertentu. Perlu mematuhi tatatertib jubah kerana sunnah. Tapi jika berpakaian jubah untuk sunnah namun akhlak ditunjukkan jauh dari Islam, maka ketahuilah bahawa si pemakai sedang memfitnah Islam sebagai agama berakhlak buruk.

    ReplyDelete