Sejak akhir-akhir ini banyak
perkara yang mengudang krisis keyakinan terhadap beberapa perkara berkaitan
politik tanah air. Terlalu banyak perkara geram masam dari senyum
sumbing yang dilalui dan didengar terutama melalui media.
Kalau dahulunya boleh tidak
diambil pusing kiranya media kerajaan pemerintah membicarakan atau mengulas dan
memburukkan individu atau parti politik yang tidak sebulu menurut citarasanya, tetapi media yang
saya kira bebas turut melahirkan nada yang sama berkaitan politik tanah air.
Apa yang perlu diperkatakan, adalah
tidak ada lagi parti politik yang terbaik untuk disertai dan dianuti perjuangannya, selepas setahun pilihanraya ke13 berlalu. Banyak perkara,perbuatan dan cakap yang tidak senonoh
dilakukan oleh individu dan pemimpin politik, seterusnya mencabar dan
menyentuh perasaan dan fikiran.
Politik yang sedang memerintah
hari ini tidak perlu diperkatakan atau di
ulas nada sumbingnya kepimpinan dan pemimipinnya terhadap negara ini. Sedia maklum telah lebih setengah abad berkuasa.Kisahnya
hari ini adalah sikap pemimpin, serta dasar parti selain dari parti pemerintah persekutuan itu.
Merujuk politik kumpulan parti ini –PKR,DAP
dan PAS iaitu yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat.Saya kira pakatan yang
sentiasa bermuafakat membina sebuah rumah yang rumahnya sudah siap masih ada
bunyi tukul dan pahat,.melahirkan hutan" tinjau belukar".
Langkah Kajang peringkat awalnya, hati ini bersikap positif
terhadap perancangan PKR,dengan mengambil kira tentunya ada sesuatu perancangan
terbaik tersembunyi yang akan diadakan terutama memandangkan terkorbannya gelaran yang berhormat seorang
wakil rakyatnya.
Beberapa hari kemudian hati ini berwajah nagatif, terus berdetik ada niat seseorang untuk menunjukkan kuasa di negeri
Selangor bila angan-angan pencalonan ketua umum PKR diuar-uarkan. Nyata mula hati ini tidak menerima
perancangan yang mengorbankan kepercayaan pengundi Kajang khasnya dan rakyat
Selangor amnya.
Meneruskan kebencian, semasa PKR
mengadakan pemilihan pemimpin, tidak cukup saya menggelengkan kepala dan mengerut muka
terus saya melepaskan geram dimeja bila melihat perangai ahlinya macam lembu liar menguruskan dan
menjalani pemilihan.Budaya seorang gila menjadi ikutan .Terus menjadi tidak
siuman bukan sahaja disatu lokasi pemilihan malahan dua,tiga,empat seterusnya semua lokasi.
Kemelut gila kuasa di Selangor
mengundang kembali sejarah hati ini pada tahun 1998 yang dulu mempercayai parti
politik yang dianggap parti politik dulu kini dan selama-lamanya, bagi saya.Terus
longlai apabila berlaku suasana negeri terbiar dilakukan oleh pemimpin berotak
lembu.
Kesinambungan krisis keyakinan terhadap parti ialah sebuah parti politik yang perlembagaannya berasaskan islam yang saya yakini 100% kira-kira 10 tahun yang lalu menghadapi krisis dalam yang menjalar keluar.. Mengenali
PAS kerana setiap ceramah yang disertai menekankan untuk menjadi setiap rakyat hidup
di negara ini sebagai muslim sejati
bukan muslim pada sesuatu perkara atau sebahagian sahaja.
Sedihnya masih belum menjadi
kenyataan,pemimpinnya telah mula berkecamuk pimpinannya yang tidak mencerminkan
sebagai orang islam yang sabar dan mudah menuduh,bertindak dan berbicara berkaitan
“pelahap dan barua “.
Parti pewaris ulama’ sepatutnya
bersabar dari kemarahan kerana Nabi kita Muhamad S.A.W menjadi ikutan ,model yang
tidak pernah menyakitkan perasaan orang lain. Sebagai pemimpin yang islam
pegangannya tentu memaafkan kesalahan orang lain terutama dikalangan jemaah
sendiri. Bila ada diantara jemaah terasa hati, tentu member kesan kepada parti
terutama ada diantara mereka yang bertindak keluar parti.
Islam tidak ada istilah melukut tepi gantang .Semua memainkan peranan dan hati setiap ahli jemaah perlu dijaga yang luar gantang di usahakan masuk dalam gantang
Inilah saat keyakinan terhadap
parti ini luntur kerana pemimpinnya sama seperti pemimpin parti-parti politik
yang ada di Malaysia yang jarang berbicara dan mengaitkan kegiatan dengan islam.Pemimpin parti politik lain selain parti agama melabelkan manusia lain "haramjadah",manakala pemimpin pewaris nabi yang pakar keislaman memanggil orang yang tidak setuju dengannya "pelahap dan barua".
Beberapa hari yang lalu selepas pembentangan bajet semua parti politik dengan pemimpinnya bertaraf ahli parlimen telah dinaikkan upahnya yang bernilai berbelas ribu ringgit.Tidak seorang pun ahlinya sama ada islam atau kafir menoleh kebelakang dan melihat kebawah,yang pengundi-pengundi hari ini mengalami masalah kenaikan harga barang seterusnya berbicara "tangguh dulu kenaikan kasihan masalah rakyat". sebaliknya apa yang kita dengar ..........
"Kenaikan elaun Anggota Parlimen
adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka dalam
melaksanakan khidmat kepada rakyat."
Aku mengambil kesimpulan lama 30 tahun lalu "aku tidak akan mengundi lagi kerana tidak ada parti politik dan wakil rakyat yang sesuai".
13 Everyday Things That Malaysians Can't Stand - #Geramnye!
ReplyDeletehttp://jiseungpark.sharethisstory.net/my-955202-6346