Saturday, October 11, 2014

Bukti semua manusia mementingkan diri







"Rakyat memerlukan pembelaan dari wakil rakyat atas ketidakadilan yang berlaku. Kenaikan elaun ini sebagai upah untuk membela rakyat. Ia bukan peluang untuk jadi kaya.

"Ia mesti disusuli dengan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat," kata Datuk Mahfuz Omar.

Apa yang rakyat minta ialah khidmat sebagaimana yang dicakapkan dan dijanjikan oleh wakil rakyat.Rakyat tidak kisah berapa ringgit wakil rakyat dapat dan melalui apa cara sekali pun. Yang penting rakyat mudah menguruskan hidup harian. 

Wakil rakyat perlu menonjolkan diri sebagaimana hendak atau menjelang pilihanraya di kawasan yang diwakili.Sebulan sekali pun sudah mencukupi  turut serta dalam meninjau masalah kampung.Tidak perlu sepanjang hari dan hanya mengharapkan ketua kampung atau  ketua parti cawangan.

Yang memilukan rakyat ialah wakil rakyat kaya dengan rumah besar, kereta besar dan bermewah-mewah hidup  duduk di bandar-bandar, sedangkan rakyat yang hanya masih berpendapatan hanya cukup makan, dengan menikmati  jalanraya  yang berlopak-lopak,berbukit-bukit kecil,  selalu terperangkap kesesakan  lalu lintas,rawatan, perubatan yang ala kadar, dengan hospital atau klinik yang serba kekurangan, kemudahan asas yang menyedihkan bekalan air dan elektrik yang kadang ada ,lebih dari tidak ada.

Harga komoditi seperti getah bawah dari RM2.00/kg dan Sawit RM300.00/tan pendapatan kerja kilang atau syarikat swasta bawah RM1500/bulan yang kerja dari pagi hingga malam, sedangkan harga barang keperluan harian dengan diiringi harga minyak naik tidak ada kawalan.

Sesekali  wakil rakyat kalau tidak mampu hari-hari, pergi  seminggu sekali ke pasar atau kompleks beli belah, membeli sendiri  barang keperluan dengan membawa RM50.00.

Sepatutnya bajet 2015 perlu diperuntukan bagi mengatasi masalah rakyat terbanyak terutama mengawal harga komoditi dan harga barang.BR1M 950.00 ibarat kerajaan menghulur sebanyak itu dan menarik balik lebih RM 2000 kerana kenaikan pelbagai keperluan.  Bak kata  bahasa pasar,"hulur 950 cekik 2000". Tidak dikatakan usaha murni kiranya keadaan seperti ini.

Rakyat tidak memerlukan pendapatan  Jusa C RM 15K atau RM16K  atau bermewah seperti wakil rakyat,cukuplah sekadar dapat atau senang berbelanja dan mampu membeli semua keperluan hidup tidak dibebani hutang anak yang belajar, dan hutang seumur hidup memiliki rumah.

Setakat hari ini 11/10/2014 selepas bajet dibentangkan belum ada seorang wakil rakyat pun mengeluarkan kata-kata menangguhkan kenaikan gaji dan elaun mereka kerana rakyat di bebani harga barang dan minyak. Disini kita tahu bahawa  semua jenis manusia masih mementingkan diri.

No comments:

Post a Comment