Pandir 1
Mula-mula kata haram ada DNA babi.Yang buat kenyataan bahagian kesihatan kerajaan. Selang dua
minggu JAKIM ,yang juga jabatan kerajaan melalui menterinya mengatakan halal
dan disahkan tidak dicemari babi.
Menteri mengulas Jabatan kesihatan
tahu apa,yang berkuasa JAKIM.Rupanya JAKIM bukan sahaja ada ulamak
tetapi mempunyai makmal mengesahkan sesuatu makanan itu tercemar atau tidak.
Menteri dan JAKIM memaksa orang ramai yakin dengan keputusan JAKIM.
Tidak salah rakyat khususnya orang islam, mesti bersikap nagatif
terhadap keputusan kilat JAKIM dan mencebik bibir mengatakan tentu ada sesuatu
tolak dan ansur kedua-dua pehak syarikat coklat dan kerajaan. Keputusan yang
tidak pandir ialah pedulikan coklat itu dan banyak benda lain yang lebih lazat
untuk dimakan.
Pandir 2
Dua Puluh Tahun lalu orang tua ini telah bercakap dan member pendapat
serta menghalangnya hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.Semua orang tahu orang
tua ini menyatakan hudud tidak ada dalam Quran,undang-undang ini tidak adil dan
kejam tetapi masih ada institusi atau seminar memanggil orang tua ini bagi
menjelaskan tentang hukum hudud.Perkara yang sama terus dinyatakan diseminar
tersebut. Tentu menambah dosa orang tua ini yang berterusan menentang hukum
Allah. Yang pandir orang tua ini dan yang lebih pandir orang yang
menjemputnya.
Pandir 3
Ada usaha kerajaan
negeri untuk mengembalikan kuasa kesultanan Melaka. Wakil-wakil rakyat atau
memanda menteri yang memerintah telah pandir dan tidak tahu apa hendak
dilakukan terhadap Rang
Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014.
Mungkin aka ada cacat celanya
kiranya tidak membabitkan sultan.Boleh jadi bumbung rumah akan ke bawah
tiangnya ke atas kiranya sultan tidak terlibat.Macam perlanggaran perjanjian di
antara Demang Lebar Daun dengan Sang SaPurba.
No comments:
Post a Comment