Sunday, May 26, 2013

Garangnya selepas pilihanraya



Pandangan bukan profesional dan tidak ada kepentingan satu sen pun.

Wakil rakyat dan menteri selepas PRU13 garang-garang dan angkuh, sombong dan ego . Tidak  boleh dikritik serta menggunakan kuasa yang diamanahkan sesuka hati . Andainya perlembagaan ada menyebut menteri ada kuasa menghalau  mereka yang tidak sehaluan dengannya, maka sudah pasti beratus-ratus ribu atau satu stadium di halau keluar dari negara ini. 

Seperti apa yang saya tulis sebelum  ini bahawa mereka yang memenangi PRU 13 telah berkuasa  dan kuasa mereka tidak perlu dan tidak dapat digugat walaupun mengalir airmata darah sekalipun mengerah rakyat untuk memberontak.

Mereka telah menjadi kerajaan yang telah termaktub dibawah perlembagaan .Boleh sahaja mendakwa sesiapa yang dikehendaki  sama ada bersalah atau tidak.Kesalahan boleh direka cipta untuk membunuh menyumbat seseorang ke dalam penjara. Contoh dizaman beraja dimata  Dr.Mahathir bin Muhamad. Menentang kerajaan boleh didakwa memerangi Yang Di Pertuan Agong  yang hukumnya dinafikan melihat dunia seterusnya.

Tidak perlukan perkara 10 perlembagaan kerana itu adalah perlembagaan manusia yang boleh dipertikaikan apabila ada kuasa. Semua orang maklum bahawa kuasa adalah segala-galanya. Mereka yang berkuasa berjaya membentuk kerajaan beranggap tidak ada kuasa Allah yang menghalang .Kiranya mereka berfikiran ada Allah sandarannya maka tidak akan ada yang tertangkap dan akan didakwa kerana bercakap serta menggunakan
hak sebagai manusia.

PRU 13 sudah selesai. Kerajaan telah terbentuk  berdasarkan kelebihan kerusi dipertandingan.Tidak kira sebanyak mana undi popular pembangkang dan biarlah satu kerusi kelebihan -  kerajaan telah terbina.Mereka telah mempunyai ,polis,tentera dan penjawat awam  tidak perlu di pertikaikan kesetiaannya kepada kerajaan .Dimana logiknya pembangkang  yang kosong dengan kekuatan boleh merampas kuasa.

Carilah kutukan untuk mengutuk dari mana sekalipun terhadap sistem pilihanraya, buatlah tuduhan menipu atau benar berlaku penipuan, ianya tidak akan mengakhiri kerajaan yang telah sedia ada.tunggu 5 tahu lagi. Raja-raja sendiri tidak mempunyai kuasa mengubah apa yang rakyat pilih. Lebih baik memberi tumpuan  memperbaiki kesilapan dan kelemahan kita untuk menghadapi PRU14 kiranya dipanjangkan Allah umur kita.

Petisyen bantahan /rayuan hanya menyedapkan perasaan mereka yang kalah, kerana  seperti kata SPR yang mengundi pada PRU 13 adalah warganegara Malaysia yang ada kad pengenalan walaupun  muka mereka mirip warga rakyat Banglades ,India,Myanmar atau cina. Mereka ada hak mengundi sebagai warganegara.Kerajaan telah menganugerahkan IC bukan salah SPR. Mahkamah mana yang boleh menafikan hak mereka.

Berhentilah kita menyusahkan diri kerana tidak menyusahkan diri adalah satu kebaikan.Alhamdulilah kita tidak jadi Perdana Menteri kerana terlepas dosa, kiranya kita gagal bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Alhamdulillah tidak jadi menteri kerana terlepas dosa kiranya kita tidak  beroperasi dengan baik sebagai menteri.

Friday, May 17, 2013

Orang politik punca perkauman.....




Isu perkauman merupakan riuh rendah selepas pilihanraya. Riuh dengan sorak bagi mereka berjaya menawan hati sesuatu kaum, dan sumpah seranah serta sungut merungut bagi  mereka yang kalah mendapat sokongan kaum lain, selain kaum teras partinya.

Sebelum pilihanraya isu ini merupakan barang jualan yang di beli oleh parti politik dan calon-calonnya untuk di agih-agihkan kepada pengundi. Tidak seorang pun mengambil peduli isu ini dijaja samada pegawai keselamatan atau SPR sendiri. Akta hasutan disimpan dalam peti besi kerana yang terlibat gajah-gajah yang panjang belalainya.

Mereka tidak menyebut pun akta itu atau akta ini untuk dikenakan kepada mereka yang terlibat sebelum pilihanraya.Ini disebabkan isu kaum ini popular untuk menakut-nakutkan pengundi dan seterusnya memenangi hati mereka.

Pengundi Melayu dan calon melayu akan berkempen mengatakan calon cina ini hendak menjahanam orang melayu bila berkuasa. Calon cina tersebut tidak pun menjadi calon di kawasan melayu tempat mereka berkempen……….nun! jauh calon negeri lain, tetapi menjadi mangsa tomahan isu kaum sebelah sini.

Perayu undi ,parti berasaskan melayu -UMNO menjadikan isu kaum satu kemestian untuk berkempen. Mereka lakukan sebagai melindungi keburukan calon wakil rakyat .Lebih-lebih lagi calonnya terlibat dengan pelbagai jenayah kolar putih.Isu Parti melayu untuk Melayu dicanangkan.

Sikap perkauman tidak berlaku diantara kalangan rakyat, yang ketika ini hidup mencapai tahap perkauman minima dimana sahaja mereka berada. Hubungan harmoni yang ditunjukkan rakyat sepanjang menjalankan kehidupan di mana –mana di Malaysia. Yang menjadi gila dan merisaukan adalah disebabkan tindakan setengah orang politik yang sengaja perasan perkauman sedang teruk berlaku.

Melahirkan kebimbangan hubungan nagatif  antara kaum hanya berlaku dibibir ahli politik yang mungkin bertujuan melahirkan keuntungan diri seandainya rakyat rasa gelisah.Kegelisahan rakyat terutama melayu akan mengukuhkan kesatuan rakyat di bawah satu parti,terutama parti yang labelkan telah berjaya membawa keamanan atau parti bangsa.

Untuk menambah kegilisahan rakyat ,ahli politik akan mengarahkan media memaparkan sebarang bentuk propaganda bahawa tokoh politik tertentu terutama bukan dikalangan orang kerajaan digambarkan seorang cauvinis,merbahaya. 

Mengungkit kisah atau mengaitkan peristiwa perkauman yang pernah berlaku. Media terus menambah peranannya melalui tulisan,filem,drama,olahan berita atau pandang yang mempersoalkan hubungan kaum. Filem Tanda Putera apa tujuan di tayangkan untuk masyarakat felda. Mengangkat semangat perkauman.

Apa  yang dilakukan oleh orang politik kadangkala melahirkan pandangan serong antara satu sama lain terutama tiga bangsa yang utama, contohnya antara orang melayu dengan orang cina seperti mempersoalkan kemahuan orang cina, seolah-olah orang cina bangsa asing di Malaysia. 

Melahirkan kata yang menggambarkan  satu bangsa yang tidak pernah cukup, apa parti kerajaan berikan kerana,semata-mata  satu bangsa kurang memberi sokongan undi pilihanraya,sedangkan telah menjadi warganegara sejak lebih 54 tahun.Mereka berhak memiliki dan mendesak apa yang warga lain perolehi. 

Tidak memberi undi kepada parti BN maka orang cina telah dianggap warga kelas kedua di negara ini yang sepatutnya status warga kelas ini sudah cukup keistimewaan yang diberi sekian lama.Seterusnya mengklasifikasikan bangsa cina yang tidak menyokong UMNO sebagai bangsa yang tidak menyahut salam persahabatan orang melayu. UMNO telah lupa persahabatan atau perkongsian ditunjukkan sejak mencapai merdeka. Kata-kata yang berterusan menyakitkan hati dan memarakkan perasaan,dituduh sebagai pengkhianat persahabatan ikatan setia kawan orang melayu.


Saya percaya kiranya BN kalah untuk meneruskan pentadbiran negara semasa PRU 13 peristiwa mengungkit-ungkit budi dan ayat-ayat yang menggodam jiwa ini tidak akan berlaku.

Politik yang berasaskan satu kaum seperti MCA,MIC dan UMNO sudah tidak layak lagi bertapak di negara ini kerana parti-parti ini telah melahirkan ketegangan perasaan kaum apabila berlaku piliharaya,kerana aktiviti berkempen akan memburukkan bangsa lain sebagai salah satu agenda menarik bangsanya.

Parti pembangkang cenderung ke arah parti 1 Malaysia .DAP,PKR dan PAS  terbuka kepada semua bangsa menyertainya. Apa yang berlaku terhadap ketiga-tiga parti ini adalah hasil adu domba dari parti berasaskan kaum. Maka kurangnya penyertaan ahli pelbagai bangsa dalam parti tersebut.Menampakkan DAP parti Cina Dan PAS parti agama ,kecuali PKR hampir berjaya menjadi  parti multi bangsa, melihat kepada terdapatnya ramai calon selain bangsa melayu.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang isu perkauman kerana rakyat di negara ini tidak akan menggadaikan keamanan dan ketenteraman.Mereka telah mempunyai harta dan  nikmat kekayaan serta keluarga yang besar yang perlukan negara yang damai.

Kita tidak usah terperangkap perangai orang politik perkauman yang mementingkan politik daripada kepentingan negara,seperti politik Zulkefli Nordin dan Ibrahim Ali yang berkesudahan Cina tidak menyokong dan orang India  pun tidak menyokong.

Sunday, May 12, 2013

Spesis apa Mat Said Ni...



"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said

Barangkali  klon jenis apa , manusia MB Trengganu ini. Spesis golongan haiwan,tumbuh-tumbuhan atau yang sama dengan kedua-duanya.Sekolah mana dia menuntut, dan sampai ke tingkatan berapa atau universitinya beri ilmu tak mencukupi  .

Ilmu sebagai wakil rakyat  UMNO, sudah lebih 5 tahun, pasti mencukupi . Kalifah Allah di suruh berkhidmat untuk semua makhluk. Ilmu Najib dan UMNO,disuruh berkhidmat untuk satu Malaysia.  Mana hendak diletakkan manusia bernama Ahmad bin Said ini.


Melihat kepada latar belakang anak tok nyandat ini merupakan seorang yang berkalibar dan berpotensi menjadi pemimpin  bagi semua manusia Trengganu khasnya, dan manusia Malaysia amnya.Tetapi bagaimana dia boleh turun darjatnya hanya untuk memimpin dan berkhidmat untuk orang UMNO sahaja selepas pilhanraya ke 13. 
  
nyata ini adalah satu kesilapan Ahmad said sendiri,bukan kesilapan Allah mewujudkan dia di dunia.


Masih ada manusia Malaysia yang terpilih sebagai wakil rakyat yang berkhidmat hanya untuk kelompoknya. Boleh dimaafkan kiranya Ahmad Said sebagai wakil rakyat berkhidmat hanya untuk rakyat yang di wakili, tetapi bukan sebagai Menteri Besar Trengganu.

UMNO telah melakukan kesilapan melantik orang ini, sebagai menteri besar. Tidak sangka – pada peringkat awalnya Ahmad ini saya anggap seorang kelulusan akademik peringkat sekolah rendah, memandangkan sikapnya atau ilmunya, tetapi nyata sangkaan saya meleset,bahawa Ahmad seorang bekas Graduan. Sudah tentu dia dikategorikan di Malaysia ini seorang profesional.

Sekali lagi Malaysia kerugian mendapat manusia profesional ini hanya berkhidmat untuk mengagih-agihkan projek negeri untuk suku kaumnya sahaja.Dia tidak menghayati apa itu ilmu sebelum dan selepas pilihanraya dan ilmu selepas kemenangan dalam percaturan demokrasi.

Kita minta jauhkan selepas PRU-13 ini ,wakil rakyat,menteri besar,menteri atau perdana menteri berbuat declaration seperti Ahmad Said, kerana ikrar ini tidak pernah dilakukan oleh menteri-menteri besar Trengganu sebelum ini.  Sedih.

Friday, May 10, 2013

Buat Anwar...sebelum usia memanjat diri.






Sememangnya manusia dalam pertandingan tidak  mahu menerima  erti kekalahan.Lebih-lebih lagi  mereka yang kalah ada maklumat atau desas-desus penipuan dalam pemilihan.Bagai ayam hitam terbang malam,hinggap di pokok pandan,bergesek ada, rupanya tiada.Walaupun perkhabaran penipuan itu masih belum sahih tetapi mereka yang kalah telah memulakan tindakan protes. Rumah siap pahat berbunyi.

Bulan menyaksikan aku menyimpan rahsia hati ini, dan mungkin juga hati mereka yang kalah, dengan perasaan resah,gelisah sepanjang kempen pilihanraya dan kegelisahan itu berterusan selepas pilihanraya ini, kerana sikap atau tidak tanduk mereka yang menang masih mencuit,menyentuh pantai hati ini melalui semua medianya.Memang saya tidak menerima kekalahan.

Namun perlu diingatkan mereka yang kalah mesti menerima hakikat bahawa mereka telah kalah, terima sahaja dan makan sahaja nasi yang telah menjadi bubur. BN telah menjadi kerajaan mempunyai kuasa,dan dilindungi undang-undang serta boleh melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang menentangnya.

Sekarang bukan zaman berusaha menentang penjajah untuk mendapat kemerdekaan.Menentang penjajah segala jasa dikenang rakyat,menentang BN dilabelkan pengkhianat rakyat .Sebelum pilihanraya,rakyat itu tuan,selepasnya, rakyat telah menjadi hamba, sekurang-kurangnya lima tahun lagi.Tidak seorang pun tuan yang ada kuasa mencatatkan sumbangan hambanya dalam sejarah.

Tidak guna kita membawa dan menghimpunkan rakyat yang telah tiada kuasa sekarang ini ,sebagaimana seperti sebelum pilihanraya, kerana tindakan itu membazirkan masa mereka yang sepatutnya boleh melakukan lebih banyak perkara penting dalam kehidupan . 

Bukan masanya pemimpin yang kalah masih menggunakan idealogi bagi mempengaruhi rakyat menyertai protes yang pada awalnya berhimpun, kemudian menunjukkan bantahan penyertaan, dan seterusnya akan lahir batahan fizikal. Rakyat ada hak membebaskan diri dari terlibat.

Kita perlu sedar bahawa kekalahan kita bukan sahaja  direstui oleh peraturan dunia, tetapi direstui oleh Allah. Sebelum  kalah telah berusaha mengikut kemampuan dan kesungguhan . Allah maha mengetahui punca kekalahan, sama ada BN menipu,atau tidak.Kiranya BN bekerjasama dengan SPR menipu pengundian – apa yang diperolehi pelaku-pelaku di dunia ini adalah hasil penipuan serta memiliki harta haram. Pasti kita berharap balasan akhirat kiranya tidak nyata di dunia ini.

Sehingga bila kita hendak melawan dengan melayan rasa tidak puas hati yang tidak membawa jalan penyelesaian.Jangan dibawa rakyat bersama menterjemahkan isi hati kita, yang kita anggap perasaan mereka sama seperti perasaan kita. Sudah-sudahlah kita menunjukkan penyokong yang ramai di stadium,padang dan dewan selama lebih 2 tahun yang hanya berjaya menang tepuk dan sorak.

Hentikan menentang kerajaan yang terpilih,kerana kerajaan yang terpilih memiliki keistemewaan yang tidak boleh digugat oleh undang-undang atau pemikiran individu. Individu berpotensi- menjadi arang habis,besi binasa,tukang hembus penat sahaja.

Seandainya kita tidak mampu atau malas hendak memuhasabah diri,seeloknya sekali lagi saya nyatakan berserahlah kepada Allah yang telah menentukan sesuatu perkara, yang belum terlintas di kepala. Kita ambil ketenangan daripada  kita memohon atau membina pelbagai masalah. Menerima apa yang ada itu merupakan pilihan terakhir sebelum usia memanjat diri. Redha

Tuesday, May 7, 2013

Pakatan rakyat terus unggul sebagai pembangkang





Masih belum terlerai segala fantasi diri ini selama lebih dua tahun memendam rasa yang sentiasa menggenggam tangan dan mengerut muka, kadang menghempas penumbuk ke meja,menendang tv dan radio dirumah, di ikuti pelbagai pertanyaan akibat suasana politik negara.Suasana itu digoncang dan digegar oleh laporan media yang tidak menyebelahi arah parti sokongan menyebabkan hari demi hari api diri bertambah marak. 

Semelit perut masih membuak-buak apa yang ada isi dalamnya kerana tidak berjaya mendapatkan tandas yang baru pada 5 Mei 2013 . Tandas yang sedia ada tidak berjaya menarik keluar  angin keladak yang sudah sampai ke kepala kerana keadaan tandas yang mangkuknya berkarat saki baki najis dan lantainya licin tidak di mop selama 55 tahun.

Bagitulah perasaan selepas PRU-13.Pilihan rakyat yang gagal mengubah suasana politik dan pentadbiran negara yang akan menjangkau usia lebih 60 tahun, lima tahun lagi. Kegagalan ini disebabkan rakyat atau pengundi tidak mendapat maklumat yang betul berkaitan wakil-wakil rakyat yang telah di amanahkan,terutama mereka yang korap dan salah guna kuasa, turut mementingkan diri. Orang melayu pula tidak berubah persepsinya UMNO/BN/dacing untuk melayu , kedamaian dan kegembiraan.

Pakatan rakyat hanya berjaya menang sorak dan tepuk sepanjang kempen lebih 2 tahun. Penat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Krew nya berkempen keseluruh negara tidak berbaloi.Pelbagai idea kreatif di hidangkan bagi menarik minat ceramah tetapi semuanya melahirkan keadaan politik yang meleset.Putrajaya yang diimpikan, jelas dan sah hanya mimipi. Terus layak mengungguli kategori pembangkang.

Pakatan berjaya merampas 21 kerusi baru yang dimasukkira semasa berangan-angan ke Putrajaya tetapi terlepas 15 kerusi  kepada BN.Berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang dan Selangor sebaliknya mengurangkan kerusi di Kelantan serta menambah ego BN dengan merampas Kedah. Trengganu merupakan rezeki  PAS khasnya dan Pakatan amnya sebanyak 15 kerusi iaitu kurang 2 kerusi dari BN.

Keadaan ini disebabkan rakyat tidak dapat mengetahui atau berfikir serta menilai harta kekayaan wakil rakyatnya,samaada diperolehi secara halal atau haram. Juga terdapat pengundi yang tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah yang betul memilih pemimpinnya,terutama pemilih yang telah mengetahui calon yang yang nyata penjenayah kewangan yang disenyapkan. Ingat pengundi muslim anda akan dipertanggungjawabkan dan di tanya  Allah,di akhirat kelak

Ada juga sikap pengundi yang tidak mementingkan calon, tetapi mementingkan parti yang diwakili.Perkara ini berlaku diluar bandar kampung tradisional dan masyarakat Felda yang malas menyusah diri mengolah fikiran.Beserah pada nasib tidak kira siapa orang  sebagai wakil.

Mereka taksub dengan dasar asal atau undang-undang kecil parti. Mereka tidak pedulikan manifesto yang yang diubah setiap lima tahun sekali. Penilaian pengundi terhadap calon adalah pilihan ketiga di samping parti dan sentimen perkauman.
Sikap mereka ini akan merosakkan negara kerana calon dan ketua parti akan mengambil kesempatan “pasti menang” dan boleh berbuat apa sahaja apabila mencapai kemenagan . Ketua parti politik sepatutnya mengambil kira personaliti serta profil calon, sebelum disenaraikan. Jangan terikat dengan perasaan serbasalah, dan kroni . Jauhkan calon “recycle” - penting memberi peluang kesinambungan pemimpin.
Dua hari selepas pilihanraya ke 13 ini hati terus membengkak terutama masih banyak poster-poster banner-baner yang di pasang sepanjang jalan belum di musnahkan, yang memaksa mata memandang, muka-muka calon yang munafik,rasuah yang telah memenangi pemilihan kali ini. Membengkak  protes ini akan diteruskan sehingga 5 tahun lagi kiranya bernyawa. Ya! Allah izinkan.