1) Nazri suruh Shahrizat bayar balik duit RM250j pada kerajaan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu.
Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan.
Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.
Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.
“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.
“Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".
Presiden UMNO itu berkata, ini kerana jawatan Ketua Wanita UMNO dipilih oleh ahli dan mengikut prinsip, selagi tiada kesalahan dibuktikan tidak ada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatannya.
'Saya tidak kecil hati dengan Kamilia'
Menurutnya, desakan Kamilia itu tidak akan menjejaskan hubungan baik mereka yang telah terjalin sejak sama-sama belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban dahulu