Adakah ahli atau pemimpin atau bekas pemimpin parti politik diluar negara tempat orang professional belajar ,memburukkan dasar partinya,bila bersara atau tidak terpilih. Di negara ini semua orang politik yang tidak terpilih jadi calon atau tidak terpilih memegang jawatan akan terus membuak kemarahan kepada parti atau kepada orang yang mengukit kelemahannya.
Tidak mahu mengucapkan” dan menerima kekalahan. Dasar parti yang dipersetujui oleh ramai ahli di persoalkan dan dipersalahkan.Inilah sikap professional ahli politik Malaysia. Hendak jawatan sampai mati.Tidak terpilih marah.
Kesemua pemimpin PAS yang yang melepaskan perasaan melalui media parti politik UMNO telah mendayung politik sudah bepuluh-puluh tahun tetapi masih bertindak melaungkan kehebatan menyalahkan parti atau ahli lain menguntungkan parti lawan.
Mereka telah meludahkan kahaknya di tengah –tengah orang ramai.Tidak sempat ke tepi longkang atau ke tandas.Betapa malunya sikap atau akhlak seperti ini. Mereka mengangkat diri sendiri ,betapa profesionalnya dan berilmu yang sudah tidak ada lagi universiti di dunia ini, padahal tidak ada orang yang bertanya setinggi mana ilmunya.
Besepah-sepah orang yang tidak setinggi mana ilmunya boleh mentadbir dunia tentu mereka ini telah membaca sejarah sebelum mencebur politik. Tidak tahulah saya kalau mereka ini belajar sekolah rendah dan menengah di Amereka atau di UK .
Apa yang perlu dipersoalkan ialah memburukkan parti dan isinya kepada pengetahuan media musuh.
Kiranya berkelahi sesama ahli perlu bersikap professional juga, menjaga nama parti .Tidak ada gunanya marah kepada nyamuk kelambu menjadi mangsa.Bercakap gah seluruh dunia sayangkan parti tetapi mencari dan menjemput media politik lawan melepaskan geram.
Peluang untuk menang dalam pemilihan pemimpin parti atau terpilih sebagai wakil rakyat sentiasa terbuka ,3,4 atau 5 tahun sekali kenapa manusia yang professional ini ,mudah kecewa dan terus melempar pasir dalam kopok atau porak parti.
Ahli kecewa menganggap parti politik yang di wakili bagai haknya atau parti keluarganya dan mesti menerima apa yang di fikirkannya.Tidak memikirkan kesan kepada parti politik dari apa yang diluahkan . Ahli seperti ini mementingkan emosi sendiri ,walaupun bunyinya untuk kebaikan parti.
Tikus dalam kopok, dia akan senyap kekenyangan dan keluar dari kopok dengan senyap tetapi berlainan dengan ayam tinggal dalam kopok yang sudah kenyang bila hendak keluar bising seluruh dunia.Keadaan ahli parti politik seperti ini perlu menubuhkan parti politik sendiri dan ajak teman-teman yang dianggap menyokongnya. Jadilah presiden parti seumur hidup dan rangkalah dasar yang ada dalam otak sendiri.
Kiranya tidak jadi presiden seumur hidup besar kemungkinan 5 atau 6 tahun akan datang tidak terpilih,apakah sanggup mengkritik parti sendiri.
Manusia politik yang menganggap dirinya profesional ini, tidak usahlah sentiasa dalam keadaan profesional kerana pengundi-pengundi lebih ramai tidak profesional .Parti memerlukan penyokong dan tidak memilih taraf pengundi. Tidak guna wakil rakyat profesional bila pilhanraya hilang wang pertaruhan.
itulah politk Din... baik dimalaysia atau dunia.. salah satu cara utk dapatkan kuasa dan pengaruh.... apacara semuanye halal.....n serbamungkin.... Politic is art of posibble... semua nye bukan Lillahi Taala...kerana perut n juak2......
ReplyDelete