Monday, December 12, 2011

Ceramah memberitahu, bukan mengutuk

ceramah hari ini - tak ada elaun

Sudah, lama tidak menghadiri  siri ceramah parti pembangkang di Malaysia ini kerana keadaan masa, jarak dan malas.Malas mendengar ceramah kerana sudah berbuih mulut penceramah politik berceramah berkaitan matlamat politiknya namun orang-orang Negeri Sembilan ini masih memilih UBN. 

Tidak mahu -mahu berubah.Bagi mereka parti yang  telah memerintah lebih 54 tahun itu menjadi pilihan mereka sampai mati.

Hari ini 08hb.Disember 2011 saya menggagahkan diri selepas  solat dan majlis ilmu selepas maghrib serta  isyak, saya ke ceramah Timbalan Presiden PAS ,Tuan Haji Mohamad Sabu kira-kira 2 km dari kediaman.

Diadakan kawasan lapang persekitaran kawasan penempatan peneroka Felda .Inilah tempat yang layak bagi pembangkang menyampaikan maklumat tidak seperti parti kerajaan sekarang, ceramah mereka diadakan di balairaya atau di dewan yang kadangkala tidak dapat rakyat memebezakan balairaya duit kerajaan atau wang UMNO.
Kebiasaan ceramah pembangkang di kawasan saya ini tidak mendapat sambutan tetapi  Alhamdulilah  walaupun 3 sekatan jalan diadakan oleh pehak polis, namun hari ini sambutan menggalakkan. Saya kira ada diantaranya kelihatan bukan orang tempatan,tetapi kelihatan ada anak-anak muda–lelaki dan perempuan ,yang  tidak ada paksaan  dan ditaja atau diberi elaun, datang mendengar ceramah .Terdapat juga beberapa orang guru dan petugas KEMAS.
ceramah pembangkang dulu-dulu....
 Sebagaimana  yang disebut oleh permulaan ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu,  bahawa di negeri ini satu masa dulu tempat dia berceramah kawasan kosong - tidak ada orang  dan nampak  tanah dan rumput  sekitar  kawasan berceramah, walaupun diadakan waktu malam.Sekarang sudah ada perubahan sudah ramai orang yang mahu mendengar.

Ceramah malam ini, bertambahlah maklumat yang saya perolehi berkaitan keadaan kepincangan pentadbiran negara,. Sebelum itu saya perolehi dari membelek-belek  laman web dan blog dalam internet .Bagi saya Mat Sabu malam itu mengesahkan matlumat  yang ada dalam minda .

Beberapa maklumat yang penting ialah berkaitan perbelanjaaan NFC(National Feedlot Centre),pertahanan negara ,dan perbelanjaan bertindih-tindih berkaitan pertanian dari tahun 2008.
Bertambah sakit hati ini apabila mendengar perbelanjaan projek  yang di serahkan kepada kroni tidak dapat disiapkan terpaksa ditambah kos pembinaannya.Semua maklumat tersebut memang ada kebenaran tetapi diluar pengetahuan orang ramai ,kerana tidak ada dalam agenda media masa untuk memaparkannya kepada rakyat,kerana prinsip 'yang baik dilaungkan yang buruk didiamkan'

Ada dikalangan yang berkunjung ke ceramah Mat Sabu itu, marah kerana menganggap segala maklumat itu mengutuk kerajaan hari ini.Mereka yang merah padam muka ,adalah dikalangan anak emas kerajaan seperti  guru-guru , anggota polis dan KEMAS.

Maklumat yang disampaikan bukan mengutuk ,tetapi adalah membuka pekong yang telah membusuk yang sukar di ubati kerana usia telah mencapai  54 tahun, yang ketika usia seperti ini, segala penyakit sukar diubati.
Apabila penyakit diumumkan kepada lebih ramai orang, maka berkemungkinan ada diantara kita boleh mengubatinya. Tidak boleh mengharapkan dukun atau doktor yang dilantik dikalangan mereka mengubat atau mencegah kerana dukun dan doctor tersebut pun berpenyakit seperti  mereka.

Dengan adanya ceramah seperti ini maka ada maklumat bertentangan dari maklumat media arus perdana parti dalam pengetahuan orang ramai, kerana maklumat yang kita tahu selama ini adalah maklumat yang indah-indah dan baik-baik, ibarat meng-iakan/memuji kebaikan mayat atau orang mati yang telah sempurna di sembahyangkan.

Juga, kita tidak boleh menunggu sehingga negara ini menjadi seperti ,Iraq,Mesir,Libya dan Syria yang telah jahanam barulah di bongkar kerakusan kerajaan memunggah wang dan hak rakyat. Bak kata Mat Sabu malam itu”Negara ini sudah bangkrap baru nak pilih kerajaan baru"



No comments:

Post a Comment