Thursday, July 21, 2011

masih tak berubah

Kali pertama berkunjung ke pantai timur pada tahun 1985 melalui jalan pantai Kuantan -Kuala Trengganu.

Hari ini 16hb.julai sekali lagi berkunjung ke pantai timur mengikut telunjuk GPS (Global Positioning System). Mungkin jalan dilalui berlainan tidak mengikut jalan pantai.

Masih serupa, di kiri kanan jalan menjamu mata dengan pemandangan rumah sudah usang ,kawasan terbiar dan rumah tidak disiapkan.Rumah yang ada penghuni pesekitaran yang kotor-sampah-sarap dan penuh dengan ladang kelapa yang tidak terurus. Masih tidak berubah seperti 26 tahun yang lalu.

Menginap di sebuah hotel di Kuala Trengganu selama dua hari .Bangun pagi terus ke kereta, sudah kena saman RM5.00 kerana tidak masuk siling letak kereta bermeter. Pergi bayar di kaunter Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Trengganu yang terletak tingkat 4.

Apa yang berlaku ialah kaunter banyak tapi tidak ada orang atau juruwang yang bekerja kerana sudah jam 10.00 pagi. Terlopong -lopong lah mencari kaunter bayaran .Terdapat satu kaunter yang penghuninya sudah berdahi licin pakai cermin mata, barangkali dua atau tiga tahun lagi akan pencen.Orang tua ni tidak menegur asyik dengan komputernya.Berdirilah sekejap depan kerani kaunter itu,tiba-tiba datang seorang wanita(barangkali sudah biasa)terus menghulurkan dokumen untuk membuat bayaran.Saya masih terlopong-lopong dan terpinga-pinga.Sepuluh minit kemudian barulah urusan selesai. Masih tidak berubah jabatan kerajaan tidak mencerminkan kemesraan pelanggan.Tidak ada "rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan".

Pergi sarapan pagi di deretan gerai .Menurut orang ramai makan di Trengganu dan Kelantan harga murah terutama makan berasaskan beras. Anggapan itu meleset .Semua sarapan pagi harganya RM5.00.Makan mee goring 2 piring,( 1piring 1/2kg dibahagi 4) nasi dagang di bungkus dalam daun pisang berharga RM5.00, besar sikit dari bungkusan tapai di kampung saya.Air tea o,tea susu ,air kosong,kesemua berharga RM17.00.Masih tidak berubah,harga seperti dulu, tetap lebih mahal dari harga makanan di bandar tempat saya.

Telah lebih 53 tahun merdeka, kawasan pantai timur serba kekurangan pengurusan kualiti hidup dan alam sekitar.Mungkin sikap tidak kisah penghuni perkampungan tepi pantai atau penduduk sepanjang laluan jalanraya. Keadaan ini yang menjadi ole-ole untuk pelancongan dan nasib orang melayu di negeri sendiri.

No comments:

Post a Comment