Sunday, July 31, 2011
Akhirnya bersaralah aku.
5 tahun 1 bulan 26 hari saya bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 29 tahun 7 bulan 20 hari pula dengan Felda. Jumlah berkhidmat dengan kerajaaan selama 34 tahun 9 bulan 16 hari. Alhamdulilah kedua-dua agensi kerajaan itu,cukup banyak memberi pengalaman terbaik untuk meneruskan hidup selepas bersara.
Dewan Bandaraya, memberi pengalaman bagaimana ragam warga kota ketika 70'an dan 80'an,zaman artis Sharifah Aini,Uji Rashid, DjDave serta Hail Amir.
Ketika itu orang Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri angkuh, terutama mereka yang mempunyai jawatan-jawatan lebih baik dari jawatan saya.Memanggil saya yang seorang kuli dengan siulan,dan perkataan "hoi".Pengalaman bekerja Jalan Benteng,Jalan Hj. Taib Jalan Chow Kit dan Jalan Masjid India serta,JalanRaja Alang.Penghuni dan peniaga ketika itu hanya orang melayu .Tidak ada atau kurang pendatang atau bangsa lain.Berlainan hari ini boleh dikatakan 99% peniaga gerai sekitar pasar Chow Kit terdiri orang asing yang kadang-kadang lagaknya menakutkan. Saya tidak faham prinsip orang tempatan dan pentadbiran Dewan Bandaraya.
Felda yang merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang berjaya dan telah mendewasakan diri saya berfikir secara pisitif.Walaupun ketika ini banyak gelaran-gelaran atau panggilan yang telah ditujukan kepada Felda namun saya tidak sedikit pun terpengaruh dengan apa yang mereka katakan.Lebih 29 tahun saya bersama Felda lebih banyak terbaik berlaku dari terburuk yang dilakukan.Orang sememangnya mencari kesalahan orang lain untuk menunjukkan dia betul.Dia betul hanya tidak melakukan kesalahan yang orang lain itu buat,sebaliknya banyak kesalahan-kesalahan lain yang dilakukannya.
Terbaik dilakukan untuk peneroka ialah menjadikan Felda badan kebajikan sepanjang masa.Keaadaan ini tidak terdapat di kampung-kampung terutama kampung-kampung tradisi yang kadang kala penghuninya telah uzur berumur lebih 70 tahun memiliki ladang kurang 3 ekar yang sepatutnya dibantu,sedangkan peneroka mempunyai ladang 10 ekar.
Felda merupakan badan kebajikan dari sekecil urusan sehingga sebesar aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat peneroka.Aktiviti sosial,ekonomi dan pendidikan sering menjadi agenda utama Felda. Beribu-ribu juta ringgit agensi ini berbelanja untuk masyarakat peneroka dengan mengadakan hari peneroka,keceriaan /pengindahan kampung,bantuan kebajikan mereka yang sakit tidak berupaya.Bantuan/pinjaman perniagaan dan pendidikan tanpa faedah.Bonus hasil setiap tahun yang kesemuanya ini tidak pernah dilakukan oleh agensi lain dalam Malaysia khasnya dan dunia amnya. Peneroka utama yang meninggal dunia diberi bantuan RM10000.00 yang mana pendahuluan segera sebanyak RM3000.00.Wang ihsan ini bukan insuran tetapi wang dana felda sendiri.Syarikat insuran tidak sanggup melindungi peneroka kerana peneroka utama sentiasa wujud, walaupun sudah mati semalam dan kematian peneroka setiap hari melebihi caruman yang dilunaskan oleh felda.
Kesemua kebajikan ini tidak usah dipertikaian kebenarannya.Saya sendiri melihat dan menggelengkan kepala betapa hebatnya Felda, seolah-olah menabur wang di setiap rumah peneroka.Memang Felda satu di dunia.
Kesemua budi yang diberi oleh Felda kepada peneroka tidak pernah dihormati oleh segelintar masyarakat peneroka terutama peneroka yang telah mengistiharkan diri sebagai pelakon watak A.Rahim dan Saleh Kamil dalam filem-filem melayu. Peranan watak tersebut yang tidak pernah rasa kasihan kepada sesiapa.
Felda sememangnya mempunyai kesalahan yang tidak disengajakan terutama melantik orang-orang politik sebagai pengerusinya.Kita semua tahu orang politik mempunyai sikap jaga hati pengundi-pengundi dan pandai menjanjikan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi kerajaan sekarang bergantung harap kepada masyarakat peneroka untuk meneruskan kesinambungan kuasa.
Saman Felda tidak pernah berlaku semasa kuasa tertingginya berjiwa eksekutif,koperat dan berjiwa makan gaji.Saman felda berlaku setelah Datuk Najib melantik "mat mennya" sebagai pengerusi dan menabur janji serta berbelanja berbilion wang untuk menjaga hati peneroka dengan pelbagai bantuan, bertujuan untuk memenangi hati peneroka semasa pilhanraya ke 12. Masyarakat peneroka bukannya seperti masyarakat peneroka zaman 60'an,70'an dan 80'an,yang jiwa mereka terikat dengan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Nila Utama.Segelintiran peneroka bagai melepaskan buaya gila dihimpit pokok.
Kedekut Raja Alias semasa menjadi pengerusi Felda adalah merupakan langkah terbaik bagi mengatasi sikap tidak mengenang budi.Manusia yang di baluti kain politik sememangnya melepaskan anjing tersepit.Saman terhadap Felda adalah masalah sikap politik bukan masalah dasar felda kerana felda telah berusia 55 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment