Dalam keadaan tunduk atau akur terhadap titah Agong supaya parlimen di buka, masih ada yang bingai dengan pelbagai perkataan atau alasan yang bertujuan memutar belitkan bahasa dari media Istana Negara.Apakah parlimen ada hantu yang ditakuti maka susah nak di buka.
Berikut dipamirkan kenyataan yang tidak siuman,dari mereka yang mabuk jawatan beberapa orang ahli politik terutama menteri kabinet kerajaan pengkhianat ini.
Keadaan ini di sebabkan mereka sudah syok menerima imbuhan bulanan yang lumayan tanpa melakukan kerja. Mereka di bayangi kerajaan tumbang apabila parlimen dibuka berkemungkinan jawatan mereka lebur.
Agong: Sidang parlimen perlu diadakan segera
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin.
Kenyataan itu selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.
Jangan berdolak dalih, terjemah segera titah Agong’ - Tok Mat
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa kerajaan supaya menyegerakan pembukaan parlimen seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Jelas Mohamad, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dengan menggunakan alasan bahawa Agong "tidak bertitah bulan berapa parlimen harus bersidang".
Tuanku berpandangan 'secepat mungkin', tak titah bulan berapa - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan menjelaskan sidang Parlimen akan bersidang semula tidak lama lagi.
Namun Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk Dewan Rakyat bersidang, kata Takiyuddin dalam program Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung semalam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara semalam, Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin selepas mempengerusikan sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu.
‘Buka Parlimen secepat mungkin atau PM undur diri’ - PH
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin.
Perkara itu dinyatakan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.
Adakah parlimen sama macam pub dan spa?' - Zahid
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak rancangan kerajaan bahawa parlimen hanya boleh dibuka selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.
Dalam satu hantarannya di Facebook, beliau berkata lebih mengelirukan, apabila dimaklumkan pada Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang
tersenarai dalam senarai negatif.
Agong tak titahkan parlimen bulan berapa, tapi secepat mungkin - Takiyuddin
Parlimen akan bersidang semula tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan.
Namun, katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk Dewan Rakyat bersidang.
Speaker: PM berkuasa tetap tarikh parlimen dengan perkenan Agong
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuasa untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan kembali sidang parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Katanya, komitmen Muhyiddin terhadap usaha untuk mengadakan sidang parlimen sekitar September atau Oktober ini juga dianggap sebagai 'rasional'.
Tempoh satu-satu parlimen 5 tahun, jadi kenapa nak uar-uarkan PRU ni?'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata tempoh satu-satu parlimen itu adalah lima tahun, oleh itu beliau bertanya kenapa perlu menguar-uarkan pilihanraya (PRU)?
Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah PRU akan diadakan dalam Bicara Harakah bertajuk 'Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, semalam.
Raja-Raja Melayu: Tiada keperluan lanjutkan darurat lepas 1 Ogos
Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.
Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.
Kenyataan itu hadir berasingan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Adakah kita hadapi krisis perlembagaan, tanya Azalina
Seorang lagi pemimpin politik tampil mempertikaikan cara kerajaan menguruskan pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu mengenai pentadbiran negara.
Kali ini orang yang terlibat secara langsung dengan parlimen sendiri, iaitu Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.
Parlimen wajar bersidang sebelum tamat darurat, kata bekas speaker
Bekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos.
Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan Penyimpan Mohor Raja-Raja.
"Pada pendangan saya, adalah wajar dan sesuai untuk Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dan kabinet seterusnya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen untuk bersidang dengan kadar segera sebelum berakhirnya tempoh darurat sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Agong boleh arah parlimen bersidang tanpa nasihat PM'
Anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Noh Omar berkata Yang di-Pertuan Agong berhak mengarahkan parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat perdana menteri berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment