Ini patut hukuman mereka yang rasuah, | pengubahan wang haram,pecah amanah |
Tarikh 08,Ogos 2019 aku nak mula
menulis semula.Mengolah pendapat aku yang tidak pernah melibatkan diri serta
bergaul dengan orang politik tetapi bukan bererti tidak mengikuti perkembangan
politik serta berfikir dengan waras apa yang tercatat dalam media berkaitan
politik.
Pengetahuan telah bertambah yang
dulu samar-samar kini jelas nyata .Manusia yang menganut parti politik di
Malaysia ini hanya berfikir bagaimana hendak mengisi perut sendiri dan menambah
harta,memiliki kuasa, serta mengejar kemewahan.
Dulu kita tidak tahu kalau pun
tahu tidak ditentusah oleh sesiapa .Mereka yang sekarang ini sedang menunggu penjara sebelum ini
melaungkan apa yang benar kesalahan dilakukannya adalah fitnah.
Menyebut fitnah,fitnah dan fitnah
berulang kali sebelum pilihanraya dan selepas pilihanraya merupakan satu lagu
popular bagi meyakinkan sang si bodoh
taksub .Mereka yang tahu ketua gengnya korap,perompak dan tidak amanah hanya
membiarkan pekerja syaitan itu bermaharajalela kerana masing-masing diberi honorium
menutup mulut.
Kita lihat di parlimen dan di
jalanan mereka yang dulu kenyang sentiasa meroyan dan masih teguh menyokong
ketua syaitan Putrajaya itu.
Di negara ini telah ditambah satu
parti politik yang dulunya halatuju serta
semangat yang hebat didengar menggunakan bahasa dan pidato yang hebat-hebat
,kini telah beralih ke arah parti politik yang tidak berakhlak,dari pergaduhan
pemilihan kepada penyebaran vedio tidak
bermoral serta pengakuan individu bermegah dengan perkara tidak senonoh serta
melambai-lambai tangan di depan kamera.
budaya baru orang melayu yang menjijikkan mengaku islam.
Di kampung ada pak lebai hanya
kerjanya mengajar ilmu-ilmu agama dan mengetuai bacaan tahlil ,mengajar Al-Quran berterusan meyakinkan orang kampung .Tidak
pernah di pertikaikan ilmunya walaupun tidak menjejakkan kaki di Al Azhar atau memiliki Mr,Dr, dari universiti.
Hari ini ramai pak lebai yang ilmu islamnya dari
Mesir tetapi berhimpun dalam satu kandang politik yang kerjanya mengeluarkan
fatwa apa yang dilakukan dulu oleh pak lebai kampung salah,haram dan berdosa,sekarang
ini halal,harus dan tidak berdosa.
Orang yang tidak satu akidah
politik dengan pak lebai di sediakan cop
mohor sebagai kafir dan segala perbuatan orang yang tidak satu akidah
politik pak lebai itu haram hasil di
makan,di minum,di sembahyangkan .
Apa yang keluar dari mulut ketua
segala ketua pak lebai hari ini semua betul dan perlu angguk.Alasan pak lebai
kampung dulu tak mengkaji hadis,tidak
tahu bahasa Al Quran hanya penunggu pondok-pondok kecil yang juga gurunya hanya
tahu mengajar,solat,zakat,rukun islam dan rukun iman.
Apa yang ketua segala pak lebai kata” bohong di benarkan bagi tujuan melepaskan tengkok”. Pak lebai kampung
selalu menjerit dan menyumpah-nyumpah kiranya anak muridnya pembohong walaupun
akibatnya menyakitkan.
Kita semua mungkin memikirkan
dunia hendak kiamat tetapi pak lebai
dalam kandang politik jenis ini telah lupa kematian akan menjemput sehingga
sanggup bersekongkol dan menyanjung mereka
yang tidak amanah,perasuah atau perompak bertali leher yang merancang merompak
wang rakyat dari Putrajaya.
Kita tidak perlukan ayat “ belum
terbukti bersalah selagi mahkamah tidak putuskan” kerana perkara yang berlaku
kepada Najib Razak,Zahid Hamidi, Isa Samad,Aziz Rahim, Musa Aman,Rosmah Mansor,Irwan
Serigar Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hamid dan ramai
lagi yang mereka semua telah dan sudah merompak wang rakyat sebelum pilihanraya
ke 14 yang tidak dapat di ambil tindakan ketika itu kerana mereka berkuasa serta boleh buat
apa sahaja.
Sepanjang lima tahun ini segera
di sumbatkan mereka yang menghiasi halaman SPRM ke dalam penjara-penjara di
Malaysia .Tidak adil pehak berkuasa hanya mempenjarakan perompak-perompak
bank,peragut-peragut di jalanan sedangkan sekumpulan perompak berwajah suci di
Putrajaya di biarkan senyum bebas.
No comments:
Post a Comment