Individu dalam kerajaan dan sekumpulan orang kerajaan mengeksploitasi kekayaan rakyat dan menggunakannya untuk kegunaan sendiri atau bermegah –mereka membelanjakan untuk projek mewah bagi memperolehi lebih banyak ganjarann komisyen
Apa yang berlaku sekarang tidak pernah ditanya atau diungkit oleh rakyat yang memberi kepercayaan total terhadap mereka yang dipilih.Bagi mereka yang menjadi syaitan negara ini berterusan menggunakan alasan pemimpin di pilih rakyat.
Dua keadaan yang telah menjadi kenyataan sedang berlaku dalam negara ini dahsyatnya perilaku rasuah yang membuktikan kerajaan korup dan kenaikan harga barang yang membuktikan kerjaan tidak pedulikan keperluan utama rakyat. Rakyat merintih kerana kerajaan berterusan mendera kehidupan nya.
Perkara ini ditimbulkan oleh rakyat, bukan kerana berlainan pegangan politik tetapi menjadi satu kisah benar yang sedang berlaku .Tindakan tidak berhati perut yang dilakukan oleh kerajaan terutama berkaitan harga barang sememangnya tidak di senangi rakyat.
Tidak timbul lagi satu kisah fitnah kerana telah disahkan oleh mahkamah dan di ceritakan oleh media luar dan media dalam negara, yang jika tidak benar boleh dinafikan dengan saman fitnah.
Pengubahan wang haram, rasuah,salah guna kuasa telah menjadi satu berita mutawatir,yang tidak mungkin berlaku satu pembohongan kerana diperkatakan ramai di Malaysia dan luar Malaysia.
Bertindak terhadap rasuah masih lagi di peringkat yang dikategorikan ikan seluang yang apabila kena tangguk tidak menggeletek lagi ,terus ontok. Kita lihat di dada akhbar dan media elektronik hari ini kakitangan awam yang ditangkap hanya mampu menutup muka kerana malu dan pekerjaannya di gantung .
Yang serakah berbilion ringgit anak beranak masih di benarkan bekerja dan berucap berkobar-kobar dipelusuk negara dan luar negara bertujuan hendak mengalih tanggapan rakyat daripada munafik kepada sejujur-jujur manusia.
Kerajaan kleptokratik negara ini tidak ambil kira mereka yang menerima rasuah kereta mewah, rumah 3 atau 4 unit kondominium dan wang beratus juta, kerana masih ada lagi yang mendabik dada rasuah berbilion ringgit, dan yang mempunyai kuasa ala kuasa tuhan.
Kuasanya juga melakukan kerja mempenjarakan pelapor maklumat kemungkaran dan membebaskan pencuri bersama syaitan.
Indoknya ini selagi tidak di humbankan dalam penjara dan hartanya di rampas sebagaimana perasuah lain maka selagi itulah tidak melegakan perasaan meluap-luap rakyat.
Kerajaan beraja di mata dan bersultan di hati ini terus berfikir bagaimana mengatasi masalah menguruskan kewangan kerajaan dengan menarik subsidi minyak masak yang ,secara tidak langsung telah memperjudikan masalah rakyat dengan beban kenaikan harganya. Sikap persetankan saja tagline ‘rakyat didahulukan’ di ambil oleh kerajaan.
Lakonan kerajaan berkaitan harga dan bekalan
minyak masih berlaku walaupun telah di uar-uarkan kenaikannya bermula 1
November 2016 yang lalu.
Kosong ruang-ruang minyak masak di supermarket-supermarket,kedai –kedai runcit kerana aktiviti sorok demi keuntungan dihebohkan melalui media.Rancaknya petugas-petugas KPDNKK menjalankan tugas menangkap menggeledah gudang dan setor simpan barang-barang peniaga di viralkan melalui media. Kesemua ini menggambarkan ke prihatinan kerajaan sedangkan harga meningkat tidak di pertontonkan.
Kita diperbodohkan oleh
kerajaan dengan menembunyikan fakta bahawa punca minyak tersebut di sorokkan kerana
jangkaan kenaikan harga demi keuntungan RM7.00 sebotol 5kg .
Minyak peket 1kg tidak menjadi masalah di pasaran kerana tidak ada kenaikan harga,tetapi golongan mana yang menyimpan keinginan memiliki minyak murah tersebut.
Orang ramai jarang menggunakan minyak peket
kerana diragui kualitinya. Hanya peniaga-peniaga kecil makanan yang
mencari minyak tersebut. Harga minyak masak di dalam botol lebih RM20/botol 5kg,
tidak seheboh KPDNKK menjalankan tanggungjawabnya.
Sekarang ini telah timbul satu golongan manusia di
Malaysia ini yang tidak pedulikan kesihatan manusia lain telah mencipta minyak masak
kitar semula.
No comments:
Post a Comment