Thursday, May 26, 2016

Untuk Si angguk

Marilah kita semua berfikir di manakan duduknya rakyat terbanyak serta pemimpinnya di negara ini dan rakyat terbanyak dan pemimpinnya di luar negara. Ini adalah yang sejemput berita dari wartawan dan akhbar yang bertanggungjawab.

Tanpa mereka kita seperti katak bawah tempurung yang hanya tahu semua manusia sama rangking di dunia ini .
Banyak lagi berita-berita mereka yang kaya dan mengaku tidak mengambil satu  sen duit rakyat, yang kita  masih belum tahu adalah merupakan seorang bilioner.

Isteri hadiahkan Taib Mahmud Bentley RM1.5 juta
24 Mei 2016, 7:20 malam     24 Mei 2016, 7:24 malam
Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah menerima hadiah sebuah kereta mewah berjenama Bentley yang dipercayai bernilai RM1.5 juta daripada isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.
Menurut sumber, pemberian hadiah tersebut adalah sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan

PM Britain beli kereta terpakai untuk isteri
Nissan Micra yang berharga 1,495 pound (RM8,838)
25 Mei 2016 12:03 AM
David Cameron (kiri) bersalam dengan Ian Harris selepas membeli kereta terpakai jenis Nissan Micra berharga RM8,838 untuk isterinya di Oxfordshire, Britain. Agensi
LONDON 24 Mei – Sebagai Perdana Menteri Britain, David Cameron boleh berbelanja mewah tanpa perlu bimbang tentang duit, namun beliau memilih untuk berjimat apabila membelikan iste­rinya, Samantha kereta terpakai jenama Nissan Micra yang berharga 1,495 pound (RM8,838).
Sultan Johor beli trak mewah impian baginda lebih RM1.5 juta
Thursday October 15, 2015

Harga sebenar trak Mack milik sultan Johor dirahsiakan tetapi pastinya trak itu melebihi rekod harga terdahulu A$481,000 (RM1.5 juta) — Foto ehsan Facebook Johor Southern TigersMELBOURNE, 15 Okt — Impian Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memiliki trak Mack paling mahal di dunia tercapai apabila majlis penyerahannya diadakan di Brisbane hari ini.

No comments:

Post a Comment