Sukan di Malaysia ini sudah menjadi tempat orang melepaskan geram,melepaskan dendam,menunjukkan kuasa,dan melahirkan orang yang terhormat menjadi tidak siuman.
Itulah diantara sebab utama sukan bola sepak,takraw,badminton,dan hoki di negara ini menjadi belasahan negara-negara yang satu ketika dulu menjadi bulian Malaysia di padang.
Lihat sahaja apa yang berlaku dari bermulanya liga
bolasepak Malaysia hingga ke minggu ini pergaduhan setiap kali perlawanan. Gaduh antara
pemain-pemain yang dalam padang berpanjangan ke luar padang. Pergaduhan diantara penyokong dalam stadium berterusan ke
kenderaan pemain.
Turut berasa sedih kerana penglibatan manusia di
Malaysia hormati dan agung-agungkan
keturunannya terus mencemarkan nawaitu sukan itu diwujudkan. Keadaan ini
berlaku kerana taksubnya hendak kemenangan berterusan apabila modal ala perjudian
berjuta-juta dikhuatiri terkorban.
Kemelut pelbagai jenis sukan di Malaysia ini akan berterusan selagi rakyat dan pemimpin badan sukan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian sikap manusia yang tidak bertanggunjawab .Dulu sukan untuk negara ,sekarang sukan untuk perut beta.
Sudah sampai masanya rakyat jangan memanggil kembali tragedi sejarah Tun
Besar anak Bendahara di bunuh akibat destar raja Mahmud terkena bola raga hasil pemainan Tun Besar
dalam sepak raga bulatan.
Pemainan rakyat biarlah rakyat sahaja yang
terlibat,besar risikonya kiranya orang yang dianggap bangsawan oleh rakyat mencampuri urusan rakyat
yang di anggap hina-dina. Sikap Penghormatan
dan sanjungan kehilangan daulatnya apabila terus bergurau senda serta mencemar duli melalui urusan sukan.Sukan tidak mengenal lawan berasaskan keturunan.
Sekiranya ingin meneruskan sikap bersukan memikirkan keterunan buat sahaja liga negeri masing-masing. Ketika itu keturunan boleh mengawal rakyatnya dengan menyepak-terajang mengikut kehendak antara beta dengan patik. Liga Malaysia tidak memerlukan perjanjian antara demang lebar daun dengan sang sepurba.Keting bertemu keting di padang cukup dengan aduhhh! sahaja .
Saya terus menyatakan bolasepak Malaysia hari
ini akan berterusan menjadi jaguh kampong dan gah dalam negara dan negeri,
selagi keadaan kepimpinan badan tersebut
tidak dapat membezakan urusan rakyat dan urusan raja.
Badan sukan di negara ini memerlukan ilmu dari
Korea,Jepun dan China yang sentiasa
cemerlang dalam bidang sukan . Pasukan
sepaktakraw dan badminton Korea telah menjadi
pencabar utama disamping Thailand, dalam pertandingan antarabangsa
baru-baru ini. Di negara tersebut, tidak melibatkan mereka yang disanjungi
tetapi terus global di persada dunia.
No comments:
Post a Comment