Monday, January 20, 2014

melayu terus melopong...






Melayu dah golo, orang dah  tak peduli lagi titah rajo.Orang dah tahu islam dalam perlembagaan hanya tulih he yang ado, tapi dah tak berguno lai.Anak apek dan keling botol dah tau undang-undang.dah belajar keliling dunia undang-undang british .Melayu masih berangan-angan rajo boleh bertitah hukum bunuh hang tuah dan keluarga tun fatimah .

Melayu tidak sodar, dia pun sama tarafnya peguam Edmund Bon, Father Lawrence dan agamanya sama taraf dengan agama orang melayu dalam perlembagaan. Melayu baru saja terantuk apbila mendongak tengok –tengok orang kulit putih kuning dan  kulit gelap telah berada di ateh. Dia yang sawo matang masih mencangkung berfikir dan merabo-rabo kepalo tak tau apo nak buek ,orang dah pijak kepalo eh.

Den dah umur 61 tahun hari ini mungkin akan mati bilo-bilo maso. Lantak kau lah orang melayu yang sentiaso koyok .Koyok yang mengaku negori ini dia yang punyo.Semua nak berlagak hero garang macam ghimau .Dio lupo kuku eh dah kono cabut, taring dah kono kupak dari tahun 1957 lai.

Siaplah orang melayu, esok atau luso, bila mati di sumpah kek anak cucu, pasal atok dan abah he gadai negori ini kepada orang lain . Den dah boghitahu anak-anak , pemimpin –pemimpin yang menjadi penggadai negara ini. Siap namo-namo sekali .Sonang yo  nak konar  pemimpin he,  melayu  ahli parti yang kayo-kayo masa ini. 

Den boghitahu ana-anak, sapo oghang melayu yang paling kaya di Bahau dan Jompol. Macam mano dio kaya .Sapo yang gadai tanah topi sungai kek Mahsan dulu tompek Golkard  tahun pelancongan Nogori Sembilan. Sapo punya tanah, dulu loji air Bahau sekarang ladang sawit. Sapo punya kojo dulu pejabat kesihatan di Bahau hari ni tanah kepunyaan parti.

Kalau di panjangkan Allah umur ,tak lamo doh melayu yang ada zaman ini akan jumpo sapo yang punya negara ini pada tahun semasa, bukan berangan sejarah sebolon 1511 masehi. Hari ini yolah cubo ahli PERKASA,PUKIDA, dan NGO melayu yang garang-garang tu datang ke Negori Sembilan . Sapo punya pokan Senawang, Sapo punya Pokan Bahau  yang  dah panjang dari Kualo Jompo nak sampai pokan Soghoting. Sapo punya deretan kodai kek Seghoting yang jago kodai budak melayu ,yang punya kodai cino.

Cino dah punyo kodai bosar melayu masih jual kangkong dan togeh kerana togeh dan kangkong murah. Agak eh mano diam oghang melayu Bahau dan seghoting 20 tahun akan datang.Tanah dah beransur beralih tuan.Melayu melopong sepanjang masa, kerana berkuasa tak ada power “kata lawyer”.

No comments:

Post a Comment