Pilihanraya ke 13 telah
melahirkan ramai wakil rakyat yang tidak
menyenangkan rakyat. Mereka terus mereka-mereka agenda tersendiri mengikut
nafsu .Menggunakan sumber kewangan negara dan negeri untuk melambangkan
kemewahan diri.Melupakan rakyat seketika dengan berbelanja dengan memiliki
jenama mewah yang pasti melambangkan kemewahan .Kita sedia maklum orang berdendang di pentasnya,orang menari
di ladangnya.Ketika inilah takkan
lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.
Dia buat tidak tahu masalah
rakyat hari ini dengan kenaikan kos sara hidup.Dia buat tidak tahu rakyat
baharu sahaja menghadapi bencana banjir.Dia buat tidak tahu rakyat dipimpin
oleh wakil dan pegawai pentadbir yang
rasuah.Dia buat tidak tahu bahawa rakyat tidak tahu kepada siapa hendak
selesaikan masalah kerana masing-masing berwakil rakyatkan munafik,cakap lain
buat lain. Kalau sudah biawak pasti
lidahnya bercabang.Lurus sumpitan hendak mengena.Dia buat tidak tahu rakyat
sedang mengalami parang ditengkok pistol
di kepala.Dia buat tidak tahu melayu
makanya dadah,pakaiannya nanah.
Itulah wakil rakyat Malaysia,
hendak menang jadi pemimpin berkobar-kobar undilah saya, dengan kata “rakyat
diutamakan,berilah peluang sekali lagi, akan menjana perubahan ke arah kebaikan
rakyat.Mulut satu lidah bertopang.
Rakyat telah di
bangangkan,ditipu orang yang bermuslihat
dan bermotifkan memperkayakan diri menjadikan negara menjadi mangsa dengan
menjadikan kera lotong makan; tupai di
julai timpa perasaan.Satu kesilapan telah dilakukan rakyat ,kepada kera membuat amal,di mana nasib akan
berubah.Rakyat sentiasa menjadi orang
buta kehilangan tongkatnya.
Tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya
merupakan tahun mudah juga pada yang
ada,sukar juga pada yang tiada.Zaman wakil rakyatnya ,muat tebu di haluan muat halia
di buritan.Menjadikan rakyat lapar
dihadapan nasi dan haus depan air.
Mulai tahun baru ini rakyat mesti mempunyai azam lima tahun akan
datang ,telur sesangkak,pecah satu pecah
semua dan perlu ingat,terasakah kerbau pacat di kaki.
Jangan jadikan mereka ini pemimpin ,Lim
Guan Eng – Permausuri raja
berurap-urapan, lipas di dinding ditimpa perasaan,Khalid Ibrahim, - periuk mengumpat belanga, Najib Razak, - tak berasak lenggang dari ketiak , Hassan Malek – yang sikapnya sepatutnya tahu ,takkan dapat bersiul sambil minum air, dan tidak
kena tepuk dengan tari serta penyapu di ikat sutera.
PRU ,proses menjadikan orang mandi berselam,awak mandi bertimba,rakyat menjadikan orang kenyang dijamu;lauk sedap dikatakan
tawar.Wakil rakyat- pelepah bawah
luruh, pelepah atas jangan ketawa. Takkan
bongkok sebab menyorok ,menggunakan kereta RM 100,000 ke bawah..
No comments:
Post a Comment