Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Saturday, November 24, 2012

Nikmat tidak tahu bilanya mati.



  Allah menjelaskan menerusi surah Luqman ayat 34 “ Dan tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang dilakukannya esok,dan tiada seorang pun yang mengetahui di mana dia mati”.

Kurang lebih sebulan setengah lagi menjelang tahun baru 2013 iaitu tahun pilihanraya ke 13.Semakin hari semakin sunyi diri ini, kerana hari ini 21 November 2012 telah pergi selama-lamanya  seorang lagi rakan satu majikan,satu group membujang, serta satu skuad pencen.

Pemergiannya mengimbau kenangan semasa menikmati usia muda,belasan dan dua puluhan tahun dan beliau juga merupakan pelawak terkenal di kalangan kami, juga merupakan best actor semasa remajanya.Barangkali ketika usia itu, jika diketahui bahawa, tarikh ini adalah tarikh kematian, sudah tentu bahagian  tempat sujud karpet sejadah menjadi reput.

Itulah rahsia Allah tidak diberitahu kematian seseorang manusia setelah menikmati  bahagia remaja dan berkeluarga lebih 29 tahun yang lalu. Satu nikmat yang menjadikan kita lupa mati. Nikmat lupa mati ini ,menjadikan manusia hari ini lupa akhirat yang ada syurga dan neraka.

Melupakan akhirat yang  ada nikmat syurga dan dilupakan  akhirat yang ada seksa neraka. Lupa adanya neraka manusia berterusan mengintai nikmat dunia ,dilupakan  syurga walaupun mengetahui  kehebatannya.
Mengintai nikmat dunia melakukan aktiviti mementingkan diri ,menjadi kaya raya, dengan rasuah,penyelewengan tanggungjawab dan membiarkan keluarga ke lurah maksiat.Kesemua ini kerana mereka sengaja melalaikan adanya kematian dan mati jauh dari usia ketika ini.

Manusia muslim yang waras dan mengenali  atau dapat membezakan warna hitam atau putih,pasti  tahu punca seseorang itu ke syurga atau neraka, serta mengetahui diri sendiri  akan ke arah kedua-dua tempat tersebut.

Melupakan mati menjadikan masyarakat Malaysia berterusan memperkatakan pilihanraya dengan pengisian cakap-cakap pilhanraya yang seolah-olah mereka yang bercakap  itu umurnya akan sampai ke tarikh pilihanraya tersebut.Lupa rahsia Allah berkuasa  sama ada dimatikannya atau mematikannya.
Cakap-cakap pilihanraya hari ini “umpama sadur ,menimbulkan senam” dan mereka yang bercakap “umpama santan masuk ke pasu,hampasnya tumpah ke tanah”. 

Selagi belum di adakan pilharaya ,manusia  melayu Malaysia yang sepanjang hari usianya semakin singkat, berterusan membuat dosa –dosa berpolitik , yang menganggap apa yang di cakapkan tidak berdosadan apa yang telah  dicakapkannya juga telah dituturkan itu, mengetahui berdosa, tetapi tidak mengaku perbuatannya itu berdosa, yang kesemua ini mereka lakukan ,kerana nikmat tidak tahu bilanya mati.

Monday, November 12, 2012

Mahathir ikut Tengku dan Tun Razak,serta Husin Onn Belum masanya tetapi boleh ikut tidur macam Abdullah Badwi



 
Di negara ini Tengku Abdul Rahman,PM yang pertama, Tun AbdRazak PM kedua,dan Husain  Onn PM ketiga telah lama meninggalkan kita.Mereka linkungan usia 87 tahun,54 tahun dan 68 tahun. Dalam usia-usia bagini kita tentu beringat-ingat kerana saat kematian kita semakin hampir.Tidak  tahu berapa second lagi nafas kita begerak untuk menikmati dunia Allah ini.

Bagitu lah kita peringatkan diri kita,dan orang lain, agar sentiasa insaf dan bertaubat dan tidak usah kita masih leka dengan keduniaan dengan berbicara hal-hal politik,dan imbauan kuasa semasa kita berkuasa.
Biarlah berlalu sumbangan kita selama lebih 22 tahun sebagai PM dan cukuplah kita menceburi politik lebih 40 tahun.Anak-anak dan keluarga telah kayaraya , berilah peluang kepada generasi baru dalam politik dan mentadbir negara. 

Setiap insan rakyat Malaysia tentunya percaya cakap-cakap pemimpin yang sudah tua atau yang telah  lama meninggalkan  kita, bahawa anak-anak muda adalah pewaris pemimpin negara.Mengapa perlu kita bercakap dan masuk campur urusan negara, yang telah kita serahkan kepada generasi yang telah dididik puluhan tahun yang lalu. Mereka membesar dan masanya untuk melalui proses mengambil alih memimpin negara.

Nah! kita serahkan terus kepada mereka.Kenapa kita terus menggila berpolitik  semula sedangkan kita telah berikrar dan bercakap di atas pentas “Anak-anak remaja kita sekarang merupakan aset negara. “Merekalah yang akan mewarisi tanah tumpah darah kita ini”. “Kepada merekalah kita harapkan akan meneruskan keamanan dan kegemilangan Malaysia”.  

Itulah kiranya kita banyak berbuat dosa maka kita susah hati menerima kematian dan bertemu Allah, bagitu sebaliknya hal keduniaan yang banyak kesilapan-kesilapan yang telah berlaku, maka kita berasa menyesal menyerahkan kuasa kerana kuasa,yang berperanan menjadi benteng kekuatan diri.

Sendiri sudah maklum kiranya tidak berkuasa lagi kesilapan kita akan terbongkar. Barulah masyarakat atau orang ramai tahu baik atau tidak kita selama ini.Itulah bayangan mereka’gila talak kuasa’.

Kiranya kita ikhlas semasa berucap dan melepaskan tanggungjawab mentadbir negara kepada generasi seterusnya mengapa perlu menjadi syaitan pengacau. Malaysia ini milik mereka juga dan mungkin mempunyai aturcara yang lebih baik mentadbir negara dari kita 22 tahun lalu.Walaupun kita berbangga dengan panggilan” Malaysia's longest serving Prime Minister” kita berperanan hanya yang terbaik setakat ini.

Ketika zaman pentadbiran 3 PM kita yang telah meninggal dunia sudah tentunya masyarakat malaysia dan dunia ketika itu mengiktiraf  ketiga-tiga zaman tersebut adalah yang terbaik.Lenyap 3 orang PM  yang lalu dan terus melupakannya, terus menggantikan kenangan dan kehebatan PM ke 4.

Rakyat hari ini tentu lebih ramai yang gembira kiranya PM yang keempat ini berdiam diri hanya melihat gelagat anak muda dan generasi baru mencorakkan politik tanah air. PM ke 4 ini tidak  usah perasan diri, bahawa apa yang lontarkan dan ulasan cakap-cakap politik,  melalui media kepunyaan nya ,semuanya rakyat mengangguk.

Kebencian  rakyat akan lahir apabila terus meneruskan sikap benci melampau  terhadap politik orang lain, yang di canangkan oleh  bekas PM, yang telah berusia  87 tahun ini.Kehilangan nama baiknya terhadap negara akan berlaku  apabila bertukar alih pemimpin dan parti lain selain partinya.

Terbaru ,PM ke 4 ini telah memberi komen berkaitan  politik anak muda Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama dan orang melayu islam bertukar agama.

Tertukar agama melalui perbuatan, cakap, dan sifat kita,lebih bahaya dari secara lansung meninggalkan agama islam.Keluar islam kerana penyelewengan akidah kerana memperkecilkan apa yang terkandung dalam al-Quran, dan hadis,lebih bahaya, kerana kita tidak tahu kita keluar sebagai berpegang kepada islam atau pun tidak 

Berbeza dengan pengakuan secara terus tanpa berselindung,kerana kita sempat bertaubat dan berbalik semula kepada islam.
Jangan menganggap kita ini masih islam kerana dalam usia kita 30,40,50 atau kurang 15 tahun 1 abad. Kadang kala kita terlanjur murtad kerana sikap kita terhadap islam selama ini.

Tuesday, November 6, 2012

perbandingan orang yang tidak siuman



Kesimpulan berita dan bicara politik disiarkan melalui media berkisar dua perkara – pembangkang, parti yang  tidak berkemampuan memerintah manakala  kerajaan yang sedia ada ini telah berjaya memerintah selama lebih 55 tahun.

Barangkali dari  mana manusia jenis ini mencipta maklumat, dengan mudah menganggap kerajaan lain bangkrap idea  untuk memerintah. Belum ada sebuah kerajaan persekutuan lain, selain kerajaan yang 55 tahun ini menjadi  kerajaan persekutuan. Adakah rakyat akan mendengar kenyataan ini  mendungukan fikiran dan mengesahkan kebenaran, cakap-cakap orang bijak membodohkan diri dan terus menyokongnya.

Biasanya manusia yang siuman akan membuat perbandingan berdasarkan diantara dua atau lebih dari satu perkara yang telah wujud  sama ada si A atau si B atau si C lebih baik.Ketika ini kita hanya kenal hati budi kerajaan syaitan (kata Mahathir), tetapi masih belum wujud lagi kerajaan selain dari itu. Bagaimana kita boleh menilai dan mengeluarkan piawaian orang lain,busuk ,baik atau lebih baik andainya tidak berdasarkan sekurang-kurangnya dua manusia,dua makhluk,dua fizikal.atau dua barang.

Ketika ini, ada yang  membuat   statement  tidak berkemampuan “dantelah berjaya hanya di umumkan  dan diberi standard oleh mereka yang kurang waras. Selagi belum lahir dua kerajaan persekutuan yang berbeza nama dan style pentadbirannya maka oleh itu, tidak layak dibuat perbandingan. Terlibat sekali  kurang warasnya masyarakat yang mencium tangan pemimpinnya, mereka yang mengangguk, dan berkata benar, apa yang dicakapkan oleh pemimpin mereka itu.

Tanpa prasangka emosi politik, luaskan  pemikiran, dan renungkan , curahan budi  dan pertunaian janji  oleh kerajaan yang telah sedia ada, dan masih ingin berkuasa dan sentiasa mencanangkan kerajaan yang telah berjaya.

Tidak perlu dibuat perbandingan dengan kerajaan yang jauh,kerajaan benua afrika,atau lain-lain benua, hanya perlu kita bandingkan dengan kerajaan yang berjiran selatan negara kita, yang dulunya satu pulau yang disedekahkan oleh kerajaan yang memerintah 55 tahun .

Saiz negara kecil dan hasil terhad mempunyai segala kelebihan dari negara ini, serta mempunyai pemimpin yang berkualiti –bersih dari korupsi. Selalu menang dalam percaturan undang-undang antarabangsa dengan negara ini.

Pembangunan manusia , khasnya orang melayu–Perubahan kualiti hidup dengan kepincangan sosialnya seperti salahguna dadah,membunuh,zina, rogol,  vandalisme serta keruntuhan moral kekejaman, antara lainnya –anak menderhaka terhadap ibu bapa, dengan membunuhnya dan menganiayanya.Perkara ini tidak sekerap hari ini berlaku semasa era  perdana menteri pertama,kedua dan ketiga.Mementingkan mengejar kemajuan material 2020 sehingga terlupa menutamakan nilai-nilai murni dalam keluarga.

Ruang ibu bapa bersama anak-anak terhad, kerana kesibukan urusan mencari nafkah ,bagi menyelesaikan urusan ekonomi diri dan keluarga yang sentiasa dilanda masalah ketidakadilan menikmati  ekonomi ,yang  di asak sesak dengan harga barang yang tinggi. 

Kerap sibuk berurusan menyediakan keperluan kewangan rumah tangga,untuk membeli makanan, bayaran pendidikan ,bayaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan,yang kesemua tidak selari dengan pendapatan.  Biasanya berbelanja melebihi pendapatan,-defisit- selanjutnya melahirkan hutang.

    Perkembangan ilmu yang menyumbang kepada pembangunan insan dan negara hanya berjaya melahirkan seramai boleh, pelajar mendapat 5AUPSR,9APMR,12A+SPM dan  puluhan ribu,dengan 14 buah universiti  telah mengeluarkan graduan sepanjang tahun.Mereka yang berpendidikan ini keluar  mencari jalan mudah hanya bercita-cita menjadi kerani (SPM) pegawai  PTD (ijazah) dan guru(SPM,Diploma dan Ijazah) yang ketika ini melimpah- limpah permohonan melalui job aplycation SPA,dan SPP. 
     
Masih kurang terdapat graduan yang berkebolehan dan berjaya menggunakan ilmunya ,melahirkan inovasi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Malahan ada diantara mereka melakukan jenayah kolar putih, yang juga telah menjadi trend mengaut keuntungan diri dan menjahanamkan negara.

Penghayatan kesetiaan perintah Allah dan Rasulnya telah longgar kerana anak-anak melayu hanya diberi pendidikan asas ilmu islam diperingkat sekolah rendah, dan sukatan pelajarannya hanya setakat mencukupkan syarat-syarat untuk lulus pepeiksaan.Penekanan terhadap mempraktikan ilmu islam jauh sekali dicadangkan dan di ilmiahkan pada tahap sekolah tersebut.

Ilmu-ilmu agama disebarkan melalui masjid adalah terhad dan dikawal kerana dikuatiri ilmu tersebut memburuk kerajaan yang ada serta menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang sedang memerintah.

Kelemahan ini menyebabkan runtuhnya intitusi keluarga, yang mana anak remaja dengan mendedahkan aurat, dan hanya mengamalkan membalut urat, yang menampakkan lurah-lurah kemaluan,bentuk-bentuk tubuh, dan  menggunakan dadah,pergaulan bebas, yang melakukan zina percuma, antara mereka dan membuang bayi. 
 
Pembangunan fikiran rakyat, orang melayu khasnya yang metalitinya bergantung kepada kerajaan semua urusan kehidupan.,terutama bidang pekerja,bantuan perniagaan, dan mengharapkan quota mengikut bangsa bagi memenangi tender ,dan urusan jual beli bernilai tinggi.Sehingga kesemua ini masih pada tahap undur 55 tahun lalu. 
Menikmati ekonomi melalui perniagaan – jurang bangsa melayu dengan orang cina atau bangsa lain semakin jauh .Hanya kajian berkepentingan politik mengaku bahawa selama 55 tahun  melayu telah berubah, tetapi pada realitinya majoriti orang melayu masih bertaraf peniaga kecil. 

Tidak mampu bersaing membuka restaurant ,membuka kedai hadrware, kedai runcit ,dengan sewa kedai atau bayaran bank untuk  memiliki bangunan RM4000sebulan.

 Pertumbuhan bangunan atau deretan kedai dibandar-bandar tidak mampu dimiliki atau disewa oleh orang melayu, kerana melayu hanya menjadi peniaga yang berpendapatan kecil ,dengan menjual sayur taugeh,kacang dan ikan dan menjual makanan ,nasi lemak rojak serta mee.
Harga sebuah sebuah kedai di majukan oleh swasta dibandar -bandar bernilai  lebih RM 650,000 .


Kita pergi membodohkan  diri dengan membanci, ada atau tidak orang melayu menjadi tuan punya atau penyewa gedung perniagaan di bandar yang pesat membangunkan deretan kedai.

Kesimpulan bagi urusan ini, ialah orang melayu layak sebagai peniaga gerai-gerai yang terlarang, gerai tepi-tepi jalanraya,kawasan-kawasan kosong, tanpa dilesenkan oleh pehak PBT atau majlis-majlis daerah yang mana tidak dikenakan sewa atau cukai.
 
Kejayaan yang ketara kerajaan hari ini ialah mengkayakan wakil rakyat dan bekas wakil rakyat kerajaan dan keluarganya yang memerintah selama 55 tahun, terutama mereka yang menjadi wakil rakyat era 8oan,90an dan era 2000 hingga hari ini.

Sebagai bukti mereka telah memiliki harta /asset berbilion dan juta-juta didalam dan luar negara. Menjalin hubungan mesra dengan tokoh-tokoh jutawan bagi tujuan supporter kewangan perniagaan diri dan keluarga,pertubuhan dan parti.

Mereka yang menjadi wakil rakyat ini tidak akan merasai kekayaan seperti yang dikecapi, sekiranya mereka masih bekerja dengan kerja sebelum menjadi wakil rakyat. Apakah kenyataan ini boleh di nafikan?
Dengan pendapatan dan elaun yang terhad sebagai wakil rakyat selama maksima 22 tahun adakah mampu memperkayakan dirinya dan  keluarganya. Sudah tentu bagai si lumpuh pergi merantau.sibuta tersenyum menonton ,si pekak ketawa melihat orang ketawa. 

Rakyat Malaysia tidak perlu memberi peluang kepada pemimpin yang memuji diri untuk terus berkuasa dibimbangi kiranya berterusan berkuasa -sekarang 1 untuk kau 50 untuk aku, kepada 5 untuk kau 1000 untuk aku.