Monday, November 28, 2011

Cium dulu baru dapat gula-gula atau bagi gula-gula baru dapat cium




Itulah cara orang Malaysia terutama orang melayu apabila hendak berbudi atau sesiapa yang hendak menerima budi.Bukan hanya berbudi tetapi hendak besedekah pun mesti memerlukan balasan atau habuannya selepas atau sebelumnya. Mereka yang bersedekah akan menunggu kalau-kalau diterima ganjaran. Ikhlas adalah perkara terakhir.Kata "orang berbudi kita berbahasa" perlu diganti dengan "ada budi ada balas".Berbahasa "terima kasih " tidak di terima lagi, melainkan jawapannya "terima kasih je!"

Tokoh politik negara Muhiddin Yasin dengan nada kempennya telah terbalikkan ungkapan "ada budi ada balas" kepada "ada balas ada budi". Dia mintak cium dulu baru dapat gula-gula kepada orang Kelantan atau lebih tepat lagi ialah seronok dulu baru dapat duit.

Adalah bahaya beri cium dulu baru dapat gula-gula kerana sudah dapat seronok mungkin lupa gula-gula ditangan sudah jatuh ke tanah dan kotor atau berkemungkinan Muhiddin hendak mengakalkan orang Kelantan.
Usaha hendak merebut atau memikat Cik Siti Wan Kembang yang sudah lebih 20 tahun di tinggalkan terus dilakukan oleh bekas kekasihnya.Hari ini memburuk-burukan rumah Cik Siti tidak cukup air, masih menggunakan perigi atau air paya disekitar rumahnya yang airnya kotor serta berkarat akibatnya anak-anak Cik Siti berpenyakit gigi .Katanya, suami Cik Siti miskin serta tidak ada wang untuk memasukkan air paip kerumahnya. 

Wakil bekas kekasihnya menawarkan kepada Cik Siti dan berjanji akan membekalkan air paip kerumahnya sekiranya dia sanggup bercerai dengan suami sekarang dan berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.

Cik Siti hanya senyum melihat gelagat bekas kekasihnya menabur janji.Dia tahu perinsip orang menangkap ikan -tak dapat pancing di jala ,tak dapat dijala di tuba.

No comments:

Post a Comment