Pilihanraya hari ini amat jauh berbeza dengan pilihanraya zaman parti kepala lembu
Parti lambang kepala lembu ialah parti sosialis iaitu sekitar tahun 60an dan 70an.
Ketika itu yang saya tahu hanya mendengar ceramah dan orang berkempen. Soronok tengok Ahmad Bustamam bercakap. Seronok tengok Asri Muda berkempen serta Samad Idris berhujah.Yang saya ingat undilah dan pilihlah parti Perikatan(kapal layar)Front Sosialis(kepala lembu)dan Pas(bulan sabit bintang). Setahu saya tak ada gelaran yang berhormat ketika itu. Emak saya dan orang kampung hanya panggil wakil rakyat encik sahaja.Contoh Encik Samad Wakil rakyat tempat saya. Entah bila gelaran Yang berhormat bermula.
Ceramah diadakan di padang sekolah atau di kawasan lapang behampiran kedai-kedai runcit di kampung-kampung.Tidak jadi masalah empat atau tiga parti berceramah di satu tempat dan dihari yang sama, cuma yang membezakanya ialah pentas ceramah masing-masing. Dasar parti diberi penjelasan.
Hari ini terlalu jauh berbeza. Parti kepala lembu sudah tiada lagi tetapi perangai lebih hebat dari lembu sentiasa berlaku semasa pilihanraya diadakan.Maki hamun ,sumpah seranah, dan bertumbuk antara penyokong sudah menjadi perkara biasa.Semakin ramai manusia cerdik, semakin banyak pula ragam manusia seperti haiwan.
Akhbar Utusan Melayu (jawi)dan Berita Harian serta radio ketika itu memaparkan berita-berita calon -calon bertanding tak kira parti ,tidak ada ulasan dan tiada memburukkan perangai calon, juga tidak turut serta berkempen untuk orang tertentu. Perbezaan perangai akhbar hari ini dengan akhbar dahulu ibarat bumi dengan langit. Andainya parti yang di aibkan oleh akhbar hari ini menjadi pemerintah menyimpan dendam,sudah pasti akhbar ini dihapuskan.
Entah bila pilihanraya yang bersih ,indah dan mesra seperti digambarkan oleh calon-calon bertanding mengangkat tangan semasa sesi bergambar . Tidak ada mengaibkan lawan.Yang ada menerangkan dasar dan janji parti. Pemilih pula mestilah berfikiran sebagaimana nak memilih menantu. Iaitu berdasarkan (AKK) Agamanya,Kecantikan dan Keturunannya. Begitu juga parti yang mencalonkan mesti berdasarkan 3 prinsip ini.
No comments:
Post a Comment