Sunday, June 7, 2020

Macam-macam gila di Malaysia

Tg.Haslinda on Twitter: "… "



Di Malaysia ni dah macam-macam gila.Gila undang-undang,gila politik,gila parlimen,gila jawatan, gila rebut kerajaan negeri.Terbaru gila beri jawatan untuk menjadikan orang politik jutawan segera di GLC.

Rakyat di suruh bersyukur dengan ganjaran ‘sekali harung’RM1600,RM500, RM400,RM300. Terbaru RM 50 lebih RM 20 dari  Lim Guan Eng. Cuma yang untung mak cik Kiah dapat hampir RM 4000.

Sudah 67 tahun umur ni,yang gilanya, siapa merompak,menyamun rasuah, yang ada nilai duit boleh berunding dengan pendakwa selesai kes cara pintu belakang, pulangkan kembali duit yang dirompak di samun .Boleh selesai kes.

Sebelum ni anak penyamun dikurangkan bayaran denda  langgar PKP dari RM1000 kepada RM 800 sahaja.

Betul kata atok-atok dulu negara ini ada undang-undang  iaitu undang-undang, sarang labah-labah yang godang terlepas,yang kocik sangkut,lebih kurang sama dengan undang-undang SIDIK SIAGARAGA dalam filem P.Ramlee.

Malaysia sudah berubah.bukan berubah 100% tetapi telah berubah tidak terkira peratusnya.Yang ruginya ketika wakil rakyat zaman Tengku Abdul Rahman,Tun Razak,Hussin Onn, Dr.Mahathir dulu mencuri ,merompak rasuah, tidak pernah berlaku hukuman penjara di ganti dengan pulangkan semula wang dirompak.

Zaman kerajaan pengkhianat yang lahir melalui  tebok atap telah melakar sejarah Malaysia mungkin  juga kerajaan dunia undang-undang gila ini di guna-pakai.😄😀😄😄

Kejadian hukuman orang gila ini boleh di jadikan contoh atau panduan atau satu arternatif hukuman  pada masa akan datang untuk generasi yang mungkin bertambah gila lagi dengan merompak berbilion sekadar minta maaf atau mengaku tidak akan beperangai penyamun lagi.

Ketika ini penyamun dan perompak yang sedang di bicarakan telah mula memanjangkan leher, teleng kiri teleng kanan dan menguap sambil mendepa tangan sudah terbayang simpanannya mencukupi untuk rudingan bayaran seandainya undang-undang gila ini di laksanakan.

Rakyat hanya sayu melihat perangai wakil rakyat yang mereka pilih pada bulan mei 2018 dulu disamping khianat melaksanakan pula undang-undang gila.

Wakil rakyat yang mereka pilih semua gila dan beperangai syaitan ,jatuh menjatuhkan,fitnah memfitnah.

Kerajaan negeri sudah ada Menteri besar dan Ketua Menteri dan barisan exco sudah berkhidmat  lebih 2 tahun di usahakan sedaya upaya untuk merampasnya dan digantikan dengan orang lain.

Bila dirampas kuasanya maka perampas berikrarar akan berkhidmat demi rakyat.Ayat bangang ini telah dilafazkan oleh Menteri Besar,dan exco sebelum ini.

Perampas kuasa dan pengkhianat  yang baru ini adakan golongan kerajaan dari langit ? bagitulah perangai wakil rakyat di Malaysia ini. Bunyinya bagai halilintar berkhidmat demi rakyat sebenarnya membuntingkan perut sendiri.

Ada dikalangan wakil rakyat ,dikalangan pengkhianat bercakap “tidak usah mengheret rakyat kepada masalah politik” padahal pengkhianat ini telah mengheret rakyat terlebih dahulu masalah politik dengan title pengkhianat.

Kegiatan munafik ini adalah perangai syaitan politik orang melayu yang mengaku islam.Tidak ada bangsa cina atau india yang ghairah macam orang melayu yang sentiasa menodai kemungkaran politik dengan mengambil kesempatan mencari kelemahan rakan politik lain.

Tidak pernah berlaku perangai  orang politik di Malaysia apabila terbentuk kerajaan, pembangkang duduk bersama barisan  kabinet atau exco membincangkan dan menyelesaikan masalah .

Apa yang ada di benak orang politik di Malaysia gilakan mengumpul kelebihan  angka wakil rakyat yang duduk sekelompok bagi membentuk kerajaan.

Seterusnya wakil rakyat negara ini bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan barisan kabinet  dan Menteri Besar,Ketua Menteri dan barisan Exco.

Kalau tulisan ini pembongak lihat saja Kerajaan Persekutuan Malaysia,Kerajaan negeri Perak,Kedah,Johor dan Melaka.

Mereka melayu menjadi bangang dan hilang kemaluan berebut-rebut jawatan alasan kerajaan lama bodoh mentadbir tidak berkhidmat kepada rakyat.

Sekarang ini wakil rakyat gilakan atau berangan menjawat eksekutif GLC (government Link company) syarikat berkaitan kerajaan.Sudah lebih 90% GLC telah ada tunggak masing-masing terdiri wakil rakyat dari kerajaan tebuk atap atau kerajaan penkhianat.

No comments:

Post a Comment