Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan
pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang
membawa kerajaan pilihan rakyat.
Istilah Bahasa melayu, bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;,
Kata Terbitan : mengkhianat,
, pengkhianatan,
pengkhianat
Bagi mengulas kerajaan hari ini ,perkataan
pengkhianat tidak boleh dipisahkan,sehingga pilihanraya ke 15 yang
membawa kerajaan pilihan rakyat semula.
Yang khianat hari ini bertanding
semula pada pilihanraya tersebut dan memenanginya bermakna telah ditentusahkan
oleh rakyat kesucianya sebagai pengkhianat.
Semalam kerajaan pengkhianat atau
kerajaan pintu belakang telah mengumumkan barisan kabinetnya.Barisan Kabinet
yang menjaga hati dan habuan kepada yang membantu dan menjadi ahli gerombolan
si pengkhianat.Kerajaan tuah anjing,celaka kuda.
Tentu senyum lebar pengkhianat
dari PKR yang terjun lubuk Bersatu telah di lantik ke jawatan tetap menteri yang
direstui oleh ketua pengkhianat sebagai Menteri kanan. Umpama kilat sudah si
kaki,kilat pisau sudah ke tangan,kilat cermin sudah ke muka.
Kita semua faham hendak dilantik
terus ke jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah terlalu awal dan kejutan yang
menggegar jantung orang UMNO.
Agaknya adakah manusia di
Malaysia ini bila melihat barisan kabinet kerajaan dari Perdana Menterinya
hingga Timbalan Menteri adalah kerajaan yang sah dan halal. Kebanyakannya wakil
rakyatnya tidak juga halal kerana khianat naungan politik asal.
Jika ada yang melupakan rupa
wakil rakyat yang khianat atau persetankan perkataan khianat itu bermakna
manusia itu, terpaksa kerana mencari makan dibawah tadbirurusnya.
Golongan ini yang sanggup cium tangan kiri pengkhianat itu.
Syaitan politik yang mewakili
pengkhianat tidak usah berbicara mengenai rakyat di utamakan.
Fikirkan rakyat hari ini ,tinggi duduk daripada cangkung.
Mengutamakan rakyat hanya berlaku
setelah pilihanraya 9 mei 2018 yang
berjaya mengukir rakyat tersenyum kembali dari cengkaman politik, perompak,penyamun,perasuah
dan kleptrokasi . Harus di ingat mereka
yang menghuni parti politik ini ,bagai kerbau
runcing tanduk.
Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat
dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya
teruk.
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.
No comments:
Post a Comment