Hari ini betapa bahagianya aku
sebagai rakyat biasa yang tidak pernah terlibat
sebagai ahli politik sebagai perompak, sebagai pembunuh, sebagai pemimpin rasuah, sebagai perogol
,kerana betapa takutnya aku melihat dan mendengar ramai di siasat rumah di geledah,duit
di rampas dan seterusnya ,memakai baju
warna oren dan tangan di gari.
Lagi aku bahagia apabila sudah
beransur-ansur tahu pelbagai masalah
yang selama ini dikurung oleh kerajaan lalu dalam bilik kebal telah
terbuka dan terpapar diruang tamu dewan orang ramai. Aku tidak
menggeleng kepala kerana :
“biasalah kalau sudah merompak
dan menyamun banyak duit tersimpan tidak sempat nak campak mana atau hendak bank in ke bank”.
“biasalah yang merompak dan
menyamun tidak mengaku duit itu adalah duit yang curi melainkan duit sumber
lain di simpan di rumahnya”.
TETAPI.
Hari ini sudah 06hb.June 2018 dan
sudah 26 hari kerajaan baru terbentuk .Tidak nampak apa yang baru.Mengungkai gerobok,beg dan fail-fail bukan sesuatu yang
baru.Yang ditunggu adalah asingkan atau campakkan fail lama ganti yang baru .
Yang di janjikan masih di
awang-awang. SST menggantikan GST sudah ada yang menerawang dan membuat
kesimpulan harga barang tidak banyak berubah.
GST gagal kawal harga kerana SST
10% terkena dan GST 6% terkena.GST sahaja hanya 6%.GST berjaya sekiranya dalam
masa yang sama tidak di kenakan SST.
Katanya GST di tamatkan hari
ini.Aku belum pasti harga barang selepas ini. Yang kita tengok beberapa orang
manusia memuji harga barang sudah turun melalui televisyen .Biasalah nak keluar
TV mesti memuji.
Andainya tidak banyak perubahan
maka kerajaan baru menghadapi satu cabaran harga barang selama 5 tahun yang
memungkinkan menerima nasib yang sama dengan kerajaan Barisan Nasional.
Pembohongan kepada rakyat hampir berlaku berkaitan harga minyak sudah lebih 20
hari tidak turun-turun.Harga peninggalan Barisan Nasional masih di
guna-pakai.Keadaan ini tidak semestinya tunggu 100 hari.
Sudah mula pelbagai alasan pehak
kerajaan tidak dapat menunaikan janji 100 harinya.Kita kasihan melihat keadaan kerajaan yang hampir bangkrap negara ini
angkara oleh kerajaan yang lalu.Namun bukan satu alasan untuk tidak menunaikan
janji.
Kerajaan yang baru ini tentunya
terdiri dari mereka yang telah profesional dengan pengalaman, sebagaimana pengalaman
Perdana Menterinya. Pemulihan selama 100 hari tentu mudah bagi mereka. Kita
tidak mahu melihat ada lagi debu dan bau yang di tinggalkan kerajaan Barisan
Nasional.
Rakyat tidak berminat mendengar
kesukaran kerajaan semasa hasil kerja kerajaan yang lalu. Dalam pengetahuan rakyat
tindakan kerajaan lalu yang mengamalkan kleptokrasi maka itulah satu
sebab Barisan Nasional di tolak.Tidak perlu keluh kesah - berusaha menunaikan
janji sebelum 100 hari.
Satu
kesilapan besar dan menjejaskan imej kerajaan baru sekiranya tidak tertunai apa
yang dijanjikan.Walaupun tempoh masa 5 tahun masih lama lagi, tetapi borak besar
sebelum pilihanraya wakil rakyat PAKATAN HARAPAN perlu di kotakan.
No comments:
Post a Comment