Dua perkara yang berlaku dan
diperkatakan dalam negara ini adalah berkaitan derma kepada Najib 2.6 bilion dan vedio viral anggota polis mengambil
rasuah.
SATU
Semua tahu dan bertambah tahu,
juga bertambah sah, bahawa 2.6 bilion telah masuk ke akaun Najib.Perkara ini telah di sahkan beberapa
kali oleh orang arab yang di upah khas bagi membela Najib. Sebelum ini kenyataan
media luar negara berkaitan perkara ini, dicanangkan ke kampung atau luar
bandar sebagai fitnah ke atas PM
kesayang mereka.
Kenyataan terima wang
dari luar itu masih lagi ada keraguan. betul atau tidak berlaku transaksi
kemasukan wang ke akaun Najib, lebih-lebih lagi kenyataan orang suruhan Najib
mengatakan satu fitnah tidak bertanggungjawab terhadap ketuanya.
Sekarang apa yang hendak
disorokkan lagi aktiviti ini , seorang ketua kerajaan menerima wang dari
seorang manusia lain tidak kira bangsa luar atau bangsa dalam.Walaupun yang
memberi wang mengatakan ikhlas kerana Allah tetapi tidak ada bukti keikhlas itu
kerana Najib orang yang berkuasa penuh di negara Malaysia.Tidak perlu dinafikan
setiap pemberian ada tujuan tertentu tambahan di salurkan terus ke akaun
individu.
Kita tidak persoalan kiranya
transaksi yang dilakukan ke akaun anak yatim ,Yapiem,Majlis agama islam atau
badan-badan kebajikan yang lain bertujuan membantu kesusahan. Juga masih dipersoalkan
sekiranya wang itu disalurkan kepada parti poltik yang sedang memerintah.
Tidak seorang pemerhati politik
percaya keikhlasan kenyataan menteri
arab itu termasuk 'suara hati' pengampunya, kerana Najib sentiasa berada di negaranya,disamping itu sekiranya kenyataan
arab itu seiring dengan kenyataan peguam negara maka adalah merupakan satu kenyataan pembohong,
kerana tidak ada kenyataan berbunyi “tetapi Najib jujur dan tidak
memerlukan wang tersebut dan telah memulangkan
lebih separuh dari wang yang kita derma”.
Sekarang bukan masanya pengampu
Najib atau Najib sentiasa menyatakan atau memutar belit kenyataan.membodohkan
rakyat bahawa dia tidak memakan satu sen duit rakyat.Saya tidak perlu menyambung fitnah
terhadap PM ini, kerana mungkin
kenyataannya betul tetapi hari ini PM telah memakan atau menerima duit orang luar.Bagaimana
kiranya orang kebudian .
Semua orang tidak kisah seandainya wang itu diberi kepada saya, kerana
saya penoreh getah, dan punya ladang sawit satu ekar dan membela beberapa ekor
ayam kampung. Tidak ada kuasa apa pun mengarahkan di tangkap orang yang
menyiasat duit RM2.6 bilion yang didermakan kepada saya, dan tidak perlu Peguam negara
memberi kenyataan “bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kesalahan jenayah menerima wang sebanyak
RM2.6 bilion". Kenapa arab ini memilih Najib? tidak memilih saya.
Tentu semua orang menyatakan saya "siapa" ",gilakah pak Arab itu hendak mendermakan wang sebanyak itu pada kau". Tentu ada undang-undang tersembunyi melalui kenyataan tersebut.
DUA
Video viral ‘anggota polis makan rasuah', Ketua
Polis negara telah menyatakan bahawa viral tersebut tidak menggambarkan keseluruhan
anggota polis rasuah.
Kenyataan Ketua polis itu merupakan satu kenyataan
umum yang perlu dilontarkan kepada semua orang. Pada hakikatnya kenyataan bebas
dari luar amat berlainan dengan persepsi umum dan menyatakan bahawa semua anggota polis rasuah
mengikut kategori pangkatnya.Tentu ketua polis sendiri faham dengan pandangan
rakyat.
Saya
tak perlu mengulas tugas polis kerana polis Malaysia adalah pekerja kerajaan
terbaik,tidak seperti polis di India, perangainya yang digambarkan melalui filem
hidustan dan filem tamil. Saya melihat polis Malaysia melalui gambaran Skop Production
dan penerbit
filem aksi melayu yang lain.
No comments:
Post a Comment