Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Sunday, November 29, 2015

Alangkah baiknya NAJIB BERSIKAP bagini



Terkejut tiba-tiba ada RM342,044 dalam akaun bank
27 November 2015
Gambar Hiasan



RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut selepas mendapati wang sebanyak SR303,000 (RM342, 044) dimasukkan ke dalam akuan peribadi miliknya.

Enggan menggunakan wang berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank untuk mengetahui individu yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

Menurutnya, dia diberitahu oleh pihak bank berkenaan, tiada sebarang kesilapan terhadap transaksi berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia yang masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank tersebut yang terletak di pelabuhan timur Damman untuk mengenalpasti individu yang memasukkan wang berkenaan.

"Selepas diteliti, pihak bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan kesilapan mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke pemilik akaun yang lain," katanya dipetik Emirates 24/7.


Friday, November 20, 2015

......dah biasa yang mana fitnah dan yang mana benar





Ketika ini Malaysia dihidangkan perangai rakyatnya berkaitan perkara-perkara yang saya rasa kurang ada di negara-negara lain. Hendak  membuktikan sesuatu perkara itu fitnah, dan cuba memesongkan fikiran orang ramai adalah  dengan  membuat laporan polis atau tindakan saman.

Terbaru, satu perkara lama di gunakan kembali dan mungkin bertujuan hendak dijadikan budaya dalam negara ini ialah melakukan acara bersumpah demi  menunjukkan perkara itu benar atau sebaliknya.

PAS (Parti Angkat Sumpah) melalui presidennya telah di tuduh merancang untuk bekerjasama dengan UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor. Husam seorang ahli PAS telah menuduh presidennya bertindak demikian.

Apa yang disyaratkan oleh presidennya supaya Husam mengadakan sumpah cerai isteri kiranya apa yang dituduh itu adalah benar atau satu pembohongan.Setakat ini masih belum ada kesahihan perkara yang dituduh Husam itu, kerana tidak berlaku mengangkat tangan dan berikrar.

Satu perkara lagi ialah tuduhan yang ditujukan  terhadap menteri agama dan Yapeim menggunakan dana derma orang ramai melalui potongan gaji, berbelanja mengikut suka hati.Berbelanja beratus ribu ringgit yang membakar hati dermawan untuk terus menderma..Duit yang banyak digunakan untuk naluri ria mereka yang berkuasa .Menteri agama ketika ini terus menggunakan saman.

Itulah senjata umat melayu Malaysia hari ini, sebagai pelindung diri lebih-lebih lagi perkara yang berlaku yang hanya disaksikan oleh sebilang orang untuk dikategorikan betul atau fitnah.

Kategori tuduhan fitnah sekiranya ada saksi hipokrit dan berkepentingan menyokong bagi pehak individu yang dituduh. Saman fitnah akan dikenakan kepada individu yang menuduh maka terlindunglah sementara  si penuduh.. Lebih lagi adanya anggapan  perbuatan presiden atau ketua adalah betul.

Bagitu juga budaya saman fitnah dan laporan polis telah menjadikan senjata sebilangan orang politik  dan juga mereka yang kaya, merupakan peluru untuk membunuh atau menyepikan mulut besar orang yang banyak objection.

Mereka yang sering kecut perut dan seram sejuk, mendengar saman,polis dan mahkamah akan mengangkat bendera putih serta tidak dapat meneruskan suara menyata kebenaran.  Keadaan ini telah di eksploitasi oleh mereka yang sering melindungi diri melalui saman fitnah.

Orang politik akan sentiasa berlindung melalui perkataan “ fitnah”dan bergantung nasib melalui mahkamah,terutama apa yang dituduh tidak dapat dibuktikan walhal apa yang disebut dalam mahkamah atau melalui media adalah benar berlaku.

Pengamal politik menjadikan senjata “semua media sosial banyak membawakan maklumat fitnah dan jangan di percayai”,dan sekiranya mereka mempunyai kuasa maka menggunakan kuasa melenyapkan kebebasan maklumat.

Rakyat tahu mereka yang berpolitik sentiasa kenyang dan keadaan hidupnya tidak menafikan dia seorang tokoh demokrat tetapi dia sentiasa berpeluang  sepuluh“kau satu ,aku sembilan.

Thursday, November 12, 2015

hendak memelihara anjing suruh tutup JAKIM





Ada manusia semakin lanjut usianya semakin cerdik dan tidak jumud fikiran dalam semua bidang dan ada juga manusia tidak berubah dan sengaja tidak mahu berubah.

Mengambil pendekatan agama 1970an sedangkan kini telah 2015. Mereka yang beragama islam bertambah baik ilmu agamanya dan bertambah cerdik dia berkaitan syariat islam. 

Anak Tun Dr Ismail, Tawfik tidak menerima hakikat perkembangan islam di nusantara.Masih berfikiran seagama dengan nenek moyangnya,yang ketika itu menerima islam mungkin tidak ilmiah hanya ikut-ikutan atau mengikut kata hati dan logik akal.

Itulah sebabnya Nabi suruh menuntut dan menambah ilmu setiap hari. Hadir dalam majlis ilmu adalah mereka yang berada dalam taman-taman syurga. Jarak diantara 1973 dengan 2015 lebih 59 tahun dan sudah tentu sepanjang tempoh yang panjang itu telah ramai yang mempelajari ilmu agama islam ke pelusuk dunia dan mengembangkannya ilmu tersebut kepada rakyat Malaysia. Pasti banyak perubahan seiring dengan ilmu terhadap umat islam melayu di Malaysia.

Kekurangan pada akhlak dan tatacara hidup sebagai islamik tentu mengalami perubahan.Perubahan tersebut perlu diterjemahkan melalui kehidupan seharian.

Zaman 70an jarang kita melihat wanita menutup aurat dengan bertudung ,termasuk ibu-ibu kita,isteri-isteri pembesar.Memakai tudung satu kejanggalan bagi seorang wanita.Hari ini menutup aurat satu kemestian atau kewajiban bagi semua muslim.

Bagitu  juga menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan di rumah berkemungkinan Tun Dr.Ismail dan Tawfik ketika itu hanya mengetahui kebaikan dan kehebatan anjing tetapi kurang arif atau tidak menerima nasihat dari mereka yang lebih mendalam ilmu islam yang ada hubungkait dengan anjing.

JAKIM bukan hendak mengawal hidup secara islam Tawfik atau individu lain di negara ini tetapi bertanggungjawab sebagai penasihat yang berilmu islam untuk rakyat. 

Tawfik boleh sahaja hendak memelihara anjing sebanyak kambing di ladang dan Jakim tidak masuk campur kiranya Tawfik hendak hidup secara islam 1973 serta gunapakai konsep islam hak individu.

Dunia islam menerima hakikat bahawa syariat islam berasal dari timur tengah,yang sudah pasti bahasa arab dan cempias budayanya terkena kepada rakyat Malaysia yang menuntut di sana dan di bawa ke sini.

Sunah Nabi sebagai contohnya merupakan budaya arab.Tidak semestinya bertujuan  mengarabkan melayu. Membela kucing atau kucing binatang kesayangan.Tidak terdapat pula hadis yang Nabi Muhamad SAW memelihara anjing dan mencium dan memeluk  anjing di rumah.

Saya percaya ketika zaman Tun Dr Ismail hidup rakyat Malaysia ketika itu masih kekurangan mereka yang pakar berkaitan islam. Rakyat masih menggunakan ilmu-ilmu agama berdasarkan ilmu saudagar atau peniaga-peniaga  islam yang berada di Malaysia.

Tawfik tidak seharusnya menyalahkan kerajaan dan Jakim seandainya dia tetap mahu mengamalkan atau mengekalkan cara hidup dan kebebasan cara islam tahun 1973 ketika Tun Dr.Ismail. 

Syor Jakim ditutup merupakan cadangan yang keterlaluan kerana badan agama tersebut berfungsi mengawal  adanya usaha mejadikan islam sebagai islam cacamarba.

Kita tahu apa yang tawfik mahukan islam di negara ini ialah islam pada jenama  yang membolehkan penganutnya mengatur hidup boleh berjudi,meminum minuman keras dan lain perangai yang tidak mencerminkan seorang muslim.Ibadat atau cara hidup islamik adalah hak individu tidak memerlukan kawalan kerajaan.

Jangan sesekali perangai Tawfik ini menjadi sumber inspirasi kerajaan hendak mengubah susur galur keislaman yang ada. Kehancuran negara islam Bosnia salah satu sebabnya adalah rakyat dan negaranya berjenama islam tetapi perangai seperti masyarakat jahilliah.  

Sunday, November 1, 2015

Politik yang menyebelahi dan menguntungkan ketua.




Pelik manusia yang berpolitik hari ini mudah melabelkan ahli yang bertahun-tahun menjadi  rakan politik sebagai derhaka ,pengkhianat,barua dan pelbagai jenama yang bertujuan menghina mereka yang tidak sependapat lagi dengan ketua .

UMNO,PAS,PKR parti politik yang diterajui oleh orang melayu,sentiasa mencari mereka yang  didakwa musuh dalam  selimut, untuk ditendang dari katil politik. Tidak boleh masing-masing bermimpi ,bahawa dirinya selamat selama–lamanya berada dalam politik tersebut, dan tidak boleh lagi mereka yang aktif politik masih menyimpan kata kunci parti  dulu kini dan selamnya’.

Tidak menghairankan, kiranya ada kepimpinan parti politik ,yang menyalahkan ahli mereka yang tidak setia kepada ketua. Apa akan berlaku, menjadi perkara mustahil  kiranya ada tuduhan ketua tidak menjaga hati rakan politiknya.

Rakan politik dan ahli politik telah maklum bahawa ketuanya sememangnya bersalah dan disahkan tidak di fitnah tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ketua bagai seorang nabi yang maksum dan tidak mungkin melakukan kesalahan.

Lihat sahaja UMNO hari ini,terus bergelora kerana tindakan beberapa orang ahlinya  mengkritik perbuatan ketuanya.Ketuanya terus bertindak menyentap jawatan ahlinya dalam kerajaan yang sepatutnya tidak perlu bertindak demikian demi kepentingan perpaduan ahli parti. Tidak guna ketua  menunjukkan kemarahan dengan kuasa yang ada membunuh karier  rakan politik. 

Dalam keadaan ini siapa yang bersalah dan punca masalah dalam parti,sudah pasti ketua parti yang menjadi Si Kitol, kerana mempertahankan kesalahannya. Ahli parti yang hilang jawatan  bukan fobia kehilangan jawatannya sahaja tetapi  terus dilobi supaya di pecat sebagai ahli parti serta di tohmah pelbagai gelaran.
 .
Moral politik yang mementingkan perut seorang ketua ,mencabar kesetiaan berjuta ahli tidak perlu di teruskan.Kesemua ini mengundang perpecahan yang bukan menambah ahli sebaliknya mengurangkan, serta bukan meramaikan lagi sokongan tetapi menghimpunkan penentang.

Khidmat yang terbaik perlu di hidangkan kepada ahli parti dan semua rakyat, sama ada yang menyokong atau tidak.Kiranya ketua tidak lagi mampu menjana sumbangan kemajuan parti, dan pada pandangan ahli parti,  khidmatnya lebih banyak mengundang kesilapan, maka ahli parti berhak menghalau keluar ketua mereka walaupun ketua terus membatu.

Hari ini apa yang berlaku kepada parti-parti politik melayu ialah ketua mereka berjaya melahirkan ramai pengampu dan berbangga  mendengar pujian yang melalaikan. Pengampu juga bertindak sebagai provokasi,atau penghasut supaya ahli lain  menjadi marah. Pengkritik di pecat atau di gantung keahliannya dengan alasan tidak setuju dengan dasar parti dan arahan ketua. Masih belum ada hukuman mandatori ketua ditamatkan jawatan.

Tidak ada usaha pengampu memulihkan kesetiaan ahli yang menjadi pengkritik perangai ketua,  di luar dan dalam parti. Pengampu sepatutnya sedar tidak  mustahil suatu hari  mereka di perlakukan  pecat jawatan di sandangnya , yang  juga  tindakan seperti pengkritik sekarang turut berlaku.

Bagitu juga parti PAS hari ini telah berlaku pengurangan ahli yang melompat parti lain dan menubuhkan parti baharu. Satu lagi bukti bahawa tindak tanduk ketua yang tidak mahu bersikap tolenransi terhadap mereka  yang sarjana dalam  islam  dan dengan mereka berpengetahuan islam, berilmu sekular. 

Boleh sahaja kedua-dua golongan ini memenangi pemilihan parti bagi menduduki kepimpinan peringkat pusat. Golongan yang berilmu sekular tidak terasa disisihkan atau terpulau seandainya  golongan sarjana islam  tidak di nobat  dengan sokongan ketua.

Sikap ketua yang menganggap dirinya betul dan  beranggapan tidak menyumbang kepada perpecahan ahli parti  sebenarnya telah bertindak berkempen secara tidak ketara sokongannya  kepada sebelah pehak,  yang di lihat melalui ucapan serta kenyataannya  sewaktu  berkempen.

Kata-kata barua,pengkhianat dan penderhaka turut dilemparkan terhadap ahli  yang tidak sebulu dengan ketua telah mempengaruhi perwakilan yang jumud sikap memilih, maka tidak terpilihlah yang satu perguruan dengan Mat Sabu dan Khalid Samad  ke kepimpinan pusat.

Mereka yang siuman tidak mengikut  telunjuk  ketua kongsi gelap berdaftar yang seharusnya disingkirkan untuk diganti dengan orang lain, tetapi  apa yang berlaku hari ini, semua parti politik ahlinya tidak berkemampuan menentang presiden dan presiden bercita-cita menjadi ketua selama hidup.Tidak ada terukir dalam sejarah  istilah letak jawatan secara sukarela demi kepentingan parti dan negara.

Semua ketua-ketua parti politik bersikap ‘menantu ayah’ dalam filem Ahmad Albab,  Shaaban dan Ramadhan yang ditugaskan membolot seberapa banyak harta hartawan Mashood melalui isteri masing masing ,Zahara dan Suhara di kumpulkan dan dibawa pulang ke rumah.

Sikap ingin memiliki harta seperti ini,menyulitkan ketua  meletak jawatan secara sukarela atau mengaku kelemahan tetapi sebaliknya sanggup memperolehi harta melalui rompakan harta sepupunya bagi menunjukkan kekekayaan kepada orang ramai.

Perlu ada sikap baru berpolitik ,ketua  berlapang dada menyerah kepimpinan kepada orang lain dan ahli bermuafakat menyingkirkan ketua, seandainya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Tindakan mengutuk dan mengkeji mereka yang tidak setuju atau sehaluan dengan ketua perlu di hindarkan sebaliknya tindakan memujuk dan mendakap semula mereka yang rasa tersisih .

Elakkan iklim politik menjadikan parti kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir dek kerana sikap seorang ketua dan elakkan pengampu mengambil kesempatan mengintai  pelbagai jawatan yang di kosongkan ahli yang di tendang keluar oleh ketuanya.

Kuasa mutlak ketua parti politik berkaitan kewangan,jawatan dan keahlian perlu di hadkan dan boleh dipantau oleh SPRM untuk mengelakkan kegitan rasuah terutama ketuanya  yang ketika ini seolah-olah mempunya kuasa veto perjalanan pentadbiran parti.