Sudah satu minggu skandal bantuan
tabung Haji kepada 1MDB terdengar oleh rakyat dan penyimpannya.Namun tidak ada desas-desus
tangan yang melencongkan niat tabung haji untuk berhenti atau lebih
cantik bahasa berambus dari intitusi tersebut. Eloklah dipecahkan tradisi tidak
akan meletak jawatan sukarela kepada ikhlas letak jawatan kerana terlanjur
melaksanakan perkara yang tidak ada kepentingan tabung haji.
Memang penyimpan tidak rugi dan
berkurangan wang simpanan ,tetapi ada syaitan yang mengambil kesempatan
melepaskan sesak hutang syarikat atau orang lain dengan menggunakan kesempatan
kuasa yang ada untuk berbuat apa sahaja harta rakyat.
Keyakinan telah musnah
kerana pengurusan kewangan tabung haji
digunakan oleh ular-ular besar untuk
menyelamatkan hutang syarikat-syarikatnya
yang mengalami ke arah bangkrap.Eloklah di campakkan ular-ular ini,Azeez
mamak,Johan Abdullah, Tan
Sri Ismee Ismail, Tan
Sri Abdul Samad Alias dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan ramai lagi
yang duduk semeja mentelaah bagaimana hendak menyelamatkan 1MDB.
Tidak usah berharap kepada mereka semua itu meletak
jawatan secara sukarela kerana kesal dan
bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan, kerana setiap jawatan dapat
sumber kewangan mudah untuk isi perut peribadi melalui Tabung Haji.
Mereka semua dari Tabung Haji yang ada kaitan dengan 1MDB diserah
tugas untuk menyelesaikan masalah oleh syarikat gengstar negara itu. Kita tidak
perlu percaya arahan jual semula tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta
itu kerana ini merupakan bailout bagi menyelamatkan hutang .
Juga tidak usah percaya bahawa tabung haji meraih
keuntungan ikhlas dari pembeli tanah sama
ada bukan islam atau islam kerana berkemungkinan harga yang ditawarkan harga
paksa atau harga rayuan kepada orang kaya negara, oleh mereka yang berkepentingan dengan 1MDB.
Urusan jual beli tanah diantara 1MDB dengan Tabung
Haji telah selesai .Matlamat untuk
melunaskan hutang telah tercapai .Persoalan dapat keuntungan hasil jual beli
tanah tersebut bukan isunya,sebaliknya menggunakan wang pendeposit mengikut
teragak dihati dan membeli tanah dari syarikat yang dalam kontroversi.
Lagipun pengurusan Tabung Haji telah pun beberapa
kali memusnahkan kenyakinan penyimpan dengan mengubah dasarnya
kepentingan bakal jemaah haji kepada kepentingan
ahli politik dan politik kerajaan.Sepatutnya penyimpan mengambil tindakan
sendiri menarik balik simpanannya bagi mengajar syaitan-syaitan dalam Tabung
Haji.
Tidak usah berharap mereka semua itu meletak jawatan
secara sukarela kerana kesal dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang
dilakukan, kerana setiap jawatan mereka dapat sumber kewangan mudah untuk isi
perut peribadi, melalui Tabung Haji.
Kita juga tidak perlu percaya kata-kata manis
pengerusinya yang pasti hendak menyelamatkan dirinya yang sepatutnya telah
meletakkan jawatan kerana terbongkarnya kerja gila tangan syaitan yang
menggunakan duit penyimpan yang berdikit-dikit untuk kepentingan kesilapan
beberapa orang pemimpin yang korap.Sembunyi-sembunyi puyuh,kepala tersorok ekor
kelihatan.
Penyimpan tidak perlu terpengaruh dengan lagu-lagu
pengerusinya ,dengan angka-angka bonus atau dividen yang diberi semasa dia
berada dipuncak tabung haji, kerana Tabung haji telah berdiri megah lebih 50
tahun telah mempunyai ladang dan syarikat pelaburan yang mantap ,sedangkan
mamak Azeez berada di Tabung Haji bermula 2012.Kita tidak perlu mengharapkan
mulut bau madu,pantat bawa sengat.
Perlu ingat di negara ini tidak ada lagi tempat
yang selamat dan orang dipercayai kejujuran serta keikhlasan untuk membantu
atau menolong seseorang,membantu rakyat serta masyarakat melainkan ada udang
disebalik batu,gunting dalam lipatan,sembahyang mencari akal ,rukuk mencari
kira-kira,
No comments:
Post a Comment