Monday, January 14, 2013

Kalimah ALLAH- Apa tujuan pemimpin politik kita





Isu Kalimah ALLAH  segolongan orang melayu islam masih tidak mengambil kira aqidah umat melayu beberapa generasi akan datang. Mereka masih memikirkan pengawalan penggunaannya pada masakini iaitu masa pemimpin politik yang telah berusia 45 tahun ke atas.

Tentunya mereka yang membenarkan kalimah itu digunakan mempunyai kepentingan politik untuk meraih undi. Mereka yang bukan beragama islam telah nampak cerah akan di tunaikan satu tuntutan mereka terhadap pemimpin-pemimpin politik  yang berjiwa besar untuk memenangi piihanraya ke 13.

Membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan islam bererti membenarkan perkataan tersebut digunakan sewenang-sewenangnya bagi tujuan baik atau penghinaan.Bila masanya umat islam Malaysia akan mengawasi serta mempastikan penggunaannya untuk atau sebagai pengganti kata-kata tertentu dalam bible versi  bahasa Malaysia. 

Tidak perlu pelbagai alasan untuk membenarkan penggunaannya dengan merujuk sheikh sana –Sheikh sini untuk menghalalkan .Apakah rujukan itu adakah lebih baik daripada rujukan kepada sahabat –sahabat nabi s.a.w  kalifah yang empat.

Sekiranya satu masa nanti anak cucu-cicit kita akan melihat atau terlihat orang bukan islam berdoa atau beribadat secara mereka sendiri, dengan menyebut nama ALLAH,sudah pasti terlintas dalam kepala mereka semua agama adalah sama. Bagaimana ketika itu anak tadi akan berminat  menganut  agama tersebut, Lebih-lebih lagi kiranya anak tadi akan melihat kemewahan yang ada pada penganut yang dilihatnya ,dengan membandingkan apa yang ada pada ibu mereka yang juga menyebut ALLAH.

Situasi  seterusnya kiranya anak anda atau orang melayu terlihat pengikut agama lain sambil menyembah patung-patung  dengan fasih menyebut ALLAH  sambil mengangkat  dan menyebut “ ya ALLAH  kau berilah aku satu nombor  untuk tambah pendapatan” dalam bahasa melayu. Kebetulan esok atau beberapa hari kemudian penyembah patung itu memenangi nombor judi berkenaan berpuluh atau beratus ribu ringgit. Perkara ini sampai ke pengetahuan anak melayu yang melihat upacara penyembahan tadi. Maka sudah pasti sedikit sebanyak akan tergugat imannya untuk melakukan perkara yang sama.

Ketika ini orang melayu  yang mengaku islam banyak terlibat dengan masalah sosial, seperti terlibat menagih dadah,membunuh,merogol, berzina, merompak.Sudah tentu mereka ini mempunyai ketipisan iman maka kiranya keliling mereka di diami dengan penganut atau pengikut pelbagai agama sering menyebut  nama ALLAH  yang suatu ketika hanya orang islam melayu sahaja, tetapi hari ini kalimah tersebut sudah kedengaran digunakan oleh mereka yang bernama ,Robert,Chua dan Ramasamy.

Kita tidak mahu rakyat Malaysia yang islam akan menjadi penganutnya seperti gambaran dalam filem-filem hindustan, yang mereka beragama islam boleh mengunjungi dan beribadat di kuil, tokong atau gereja yang dalam waktu yang sama menyembah patung-patung atau mengaku jesus anak tuhan.

Tidak usah kita terus bersekongkol dengan agenda orang yahudi,nasrani dan bukan islam yang berterusan memesongkan aqidah umat islam disamping bertujuan mengembangkan agama mereka melalui pelbagai cara dan helah .Rakyat islam malaysia tidak perlu berterusan menunaikan niat ahli bible yang baru hari ini kedengaran menggunakan kalimah ALLAH yang sebelum ini digunakan "TUHAN" mengganti GOD untuk versi melayu.

Hari ini orang melayu malaysia telah terperangkap dengan agenda yahudi dan agama lain melalui pemimpinnya yang tidak mengira keburukan lebih banyak dari kebaikan dengan membenarkan kalimah tersebut di gunakan oleh sesiapa.Kita semua tahu keburukannya akan memerangkap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya sehingga akhirat, tetapi kebaikannya hanya dapat di nikmati oleh  segelintir pemimpin parti politik  sekarang yang berkemungkinan menambah undi semasa pilihanraya ke 13.

Menjadikan popular diri dan politik kepada bukan islam sebalik menimbulkan kebencian  keresahan kepada orang melayu islam. Peringkat awal  pemimpin yang bertujuan mencari atau menambah sokongan atau pengaruh terhadap bukan islam sebaliknya akan mengurangkan sokongan orang islam terhadapnya dan berkemungkinan terjadi ”yang dikepit menikam yang di kandar mengetuk”

Masih ada masa pemimpin melayu meneruskan fikiran yang berpandangan jauh akan terjadinya keburukkan yang akan berlaku kiranya mengikut nafsu politik dan cita-cita diri.Tidak usah di ikuktkan kata hati yang merosak bangsa dan agama ALLAH. Agama Allah untuk kita didunia dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

4 comments:

  1. Jangan memandai-mandai dan menasi tambah dlm agama.Ttg 'ALLAH' cuba dengar penjelasan Dr.MAZA dan bukannya dari Pondok Geting,
    !

    ReplyDelete
  2. cuba dengar ahli ugama berhujah ... jangan pandai dengan teory falsafah dengkel . Dari asal kitab bahasa apa ... apa yang tertulis ...

    ReplyDelete
  3. Klu nak ikut Dr MAZA...qunut pun x boleh...doa lepas solat pun x boleh...tahlil pun x boleh....azan jumaat pun sekali jer...so pls...ikut quran...baca surah al ikhlas...sape Allah tu.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya satu masa nanti anak cucu-cicit kita akan melihat atau terlihat orang bukan islam berdoa atau beribadat secara mereka sendiri, dengan menyebut nama ALLAH,sudah pasti terlintas dalam kepala mereka semua agama adalah sama. Bagaimana ketika itu anak tadi akan berminat menganut agama tersebut, Lebih-lebih lagi kiranya anak tadi akan melihat kemewahan yang ada pada penganut yang dilihatnya ,dengan membandingkan apa yang ada pada ibu mereka yang juga menyebut ALLAH.

    ReplyDelete