Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Monday, September 10, 2012

‘comfirm’ lah FELDA milik Isa Samad dan Najib Razak





Isa Samad apabila dilantik Pengerusi Felda ‘Ibarat perempuan bunting bertemu idaman” dilantik pula oleh orang “ibarat periuk mengumpat belanga” maka mereka berdua ibarat”pergi lempeng, balik lepat” tetapi tak dan menggesek biola, menari dulu”. 
           
Pada tarikh 01 September 2012 maka ‘comfirm’ lah FELDA milik Isa Samad dan Najib Razak.Mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap Felda dengan alasan untuk memajukan masyarakat peneroka  atau untuk menjalani perubahan terhadap warga Felda.

Pada tarikh tersebut  sudah terlantik Pengarah Besar baru Felda dan akan tersusun carta organisasi baru mengikut telunjuk Isa Samad.Pengarah Besar lama telah  tercipta sejarah baru dalam hidupnya dan sejarah baru dalam Felda .
Felda di tubuhkan dari Julai 1956 hingga kini tidak pernah berlaku pengerusinya bersikap’Suka hati den” dan menterinya “kau bueklah apo kau suko “menganggap Felda sudah miliknya dan menterinya  menyerahkan kuasa” bulat-bulat” kepada seorang pengerusi .

Agaknya “menderam” apa yang telah dilakukan oleh Isa, sehingga Najib “menggeleng pun tidak ,mengangguk pun tidak “apabila Isa bertindak terhadap kakitangan yang berjasa dan bekerja lebih 30 tahun ,yang selama ini tidak pernah mengundang masalah.

Isa Samad dan Najib telah menghumbankan Pengarah Besar yang sedia ada dan pegawai-pegawai  lain yang seangkatan dengan Dato’ Zulkefli Wahab, bagai menggunakan kuasa gengstar .Gangstar membunuh penyanggah atau pengguris ideanya ,manakala Isa Samad dan Najib nilainya sama dengan membunuh dengan membekukan Dato’ Zulkefli  mengikut acuannya.

Seterusnya warga Felda dan rakyat Malaysia sedang menunggu  apa yang akan dilakukan  oleh Isa kepada Felda. Sekarang Isa sedang memegang pisau,pistol dan parang  yang telah berlindung di bilik kebal akan bertindak terhadap musuh  yang mengganggu- gugat tugasnya .

Tidak cukup dengan senjata yang ada,Isa telah melantik belaci-belaci  yang sentiasa mendengar desas-desus /gosip-gosap liar dari petugas Felda, yang memburukkan nya.Penggosip dan pengumpat akan menerima sepak terajang  psikologi Isa . Pengampu punggung Isa akan menerima habuan jawatan.Kita lihat perubahan carta organisasi .

Direktori Staf












Nama Jabatan Jawatan Nombor Telefon E-Mail





Dato' Dzulkifli Abd Wahab ???????? ?????????? 03-2617 4004 dzulkifli.aw@felda.net.my
Mohd Nor Kailany Pej Timb Pengarah Besar Timb Pengarah Besar (Perladangan & Perkebunan) 03-2617 2662 nor.k@felda.net.my
Faizoul Ahmad Pejabat Pengarah Besar Pengarah Besar 03-2617 2666 faizoul.a@felda.net.my
Anuar Bin Malek Pembangunan Komuniti & koordinasi Pengarah 0326174030 anuar.ma@felda.net.my
Hussin Ali Perkebunan & Hal Ehwal Tanam Semula Pengarah 03-2617 2637 hussin.a@felda.net.my
Abdul Karim Ahmad Sumber Manusia Pengarah 03-2617 2696 karim.a@felda.net.my
Haniff Ahmad Norilah Kewangan Pengarah 03-2617 4605 haniff.an@felda.net.my
Sheikh Abdul Hadi Sheikh Omar Tanah Pengarah 03-2617 2627 sheikh.a@felda.net.my
Rohana Abdul Rahman ??????              ??????
rohana.ar@felda.net.my
Abdul Malek Bin Jalil Inovasi & Pembangunan Generasi Baru Pengarah 03-26174009 abdulmalek.j@felda.net.my

Kita turut simpati kakitangan Felda yang sentiasa "tak beras antah dikisik "dan "tak emas, bungkal diasah" sentiasa berfikir ke arah memajukan masyarakat peneroka mengikut garis panduan yang dibenarkan,malangnya apabila datang Isa Samad menjadikan mereka "tak terpagut dek ayam,tak tersudu dek itik.

Seandainya perlantikan Isa Samad ini merupakan kuasa perlantikan terakhir kerajaan sekarang ,maka akan berakhir kemelut dalam Felda dan Felda  akan selamat dulu kini dan selama-lamanya,tetapi kiranya Isa terus menerus berkuasa, selari dengan penerusan kerajaan yang ada,maka Felda, والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, September 2, 2012

UMNO-"Usah Menasihatkan Naluri Orang"





Anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anggota parti sama ada anggota biasa mahupun berjawatan, perlu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Ayat tersebut di atas lega jantung manusia  yang membaca dan mendengarnya. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang ada sebuah rumah berharga RM65000.00 dan kereta kancil yang berharga semasa RM8000.00 .

Barangkali tersenyum lebar  Pak Tam dan Pak Tih serta Mak Tam dan Mak Tih di kampung bila mendengar dan melihat Datuk-datuk  bersikap patriotik  seperti  ini. Amat gembira lagi apabila datuk yang bercakap tersebut turut mengikut apa yang dicakapkannya.

Berlainan sikap mereka yang seangkatan atau lebih kayaaaaa! dari  datuk yang bercakap sudah tentu “muntah terjeluik”mendengarnya.

Penyokong-penyokong parti sudah pasti tidak beralih pandangan kepada parti lain kerana ayat tersebut sememangnya semua kehendak makhluk Allah  di dunia ini. Inilah sikap yang boleh mententeramkan dan mengharmonikan hidup manusia. Aman dunia Malaysia khususnya dan dunia-world seluruhnya.

Sekarang ini apa yang berlaku adalah sebaliknya” anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu hendaklah dijadikan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan”.
Semua anggota parti sama ada anggota biasa mahupun berjawatan, jangan terlalu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Kesemua anggota UMNO hari ini bukan sahaja telah mengaut kekayaan dan kemewahan malahan melupakan nasib bangsa,agama dan negara.Ini bukan merupakan tuduhan yang melulu terhadap parti dan ahlinya. Kita renungkan dan muhasabah diri tanpa emosi terhadap parti ini.Apayang dilakukan terhadap bangsa melayu, agamanya dan negaranya.

Bangsanya(melayu) adakah lagi hak istimewanya dan cubalah kita senaraikan hak istimewa yang masih terpelihara dan senarai tersebut dihantar ke semua media untuk dicanangkan.Apakah hak istimewa tersebut telah banyak hilang di beri kepada bangsa lain demi menjaga hati untuk meraih undi bagi mengekalkan kerajaan yang sedia ada.

Agamanya –Negara ini sentiasa susah hendak diislamkan kerana penentang-penentangnya ada kuasa menentukan kerajaan yang sedia ada sama ada mahu kekal atau tidak.Penentang-penentang tersebut berada satu selimut dan luar selimut.Ini kerana salah UMNO sendiri kerana ingin berkuasa terpaksa mengorbankan kasih sayang kepada agamanya kepada agama lain dengan memberi peruntukan kewangan,bersama meraikan agama lain seolah-olah semua agama adalah sama.

Mula-mula UMNO berkuasa perkara ini tidak pernah berlaku .Pemimpin lama dalam Perikatan/Barisan Nasional menjadikan " Bagi kamu agama kamu bagiku agamaku".Ini di namakan menjaga agama.

Kesetiaan rakyat kepada negara, sentiasa tercabar kerana sejarah negara ini hari demi hari dipertikaikan,terutama sejarah sebelum mencapai kemerdekaan.Ditulis dan di nobatkan hanya bertujuan menjaga peranan parti politik yang menguruskan kemerdekaan.Pengorbanan maut, mereka yang berjuang menentang penjajah hanya di sebut sepintas lalu dalam sejarah.Mereka yang disanjung dan dipuja berulangkali dalam buku dan media hanya pelaku-pelaku dari parti pemerintah ketika kemerdekaan iaitu UMNO.

Hari ini telah hilang kejujuran untuk  nasib bangsa, agama dan negara kerana ahli dan pemimpin UMNO telah beroleh kekayaan.Dari seorang peniaga kasut yang dahulunya kedai hampir bangkrap telah menjadi jutawan daerah yang memiliki tanah,ladang dan gedung perniagaan .

Mulai hari ini wakil rakyat UMNO tak usahlah bercakap bagini” Anggota Umno hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan. 

Kata-kata seperti ini akan menjadi bahan ketawa orang ramai kerana“ibarat menanti putih, gagak hitam”.ibarat memperagakan pakaian cantik kepada si buta”ibarat si buta membilang bintang di langit”.