Thursday, May 19, 2011


Niat dihati tidak mahu mendengar, menonton dan membaca berita secara resmi berkaitan negara ini ,sebab utama berita-berita yang dihidangkan berkaitan vedio lucah,cerita Anwar Ibrahim,kehebatan pemimpin-pemimpin kerajaan menguruskan negara. Berita yang paling memualkan perasaan. Allah sahaja yang tahu.

Namun bagitu isteri dan anak-anak masih menonton televisyen dan mendengar radio kadangkala semasa proses mencari cannel terbaik, terbuka juga siaran berita yang dirasakan tidak ada dalam dunia penyiaran berita sehaprak itu.Sambil membelek-belek komputer terdengar juga oleh telinga yang terbuka luas ini, berita-berita yang direstui iblis. Sekiranya keseorangan cannel NAT.GEO.WILD, ESPN,STAR SPORT ,pilhan utama.

Di negara ini entah bila redanya berita-berita yang tidak memberi faedah kepada manusia dewasa atau kanak-kanak.Salah anggap bahawa berita-berita kegemaran iblis itu menguntungkan orang politik atau penyiarnya. Saya percaya jualan akhbar yang berbahasa melayu terus merosot, dengan menyiarkan berita tak senonoh serta memuji ,memuja pemimpin dan kepimpinannya.Akhbar-akhbar ini bengkrap kiranya tidak ada pembeli secara pukal oleh sekolah-sekolah,badan berkanun atau syarikat-syarikat kerajaan.

Apa yang memualkan berita hari ini ialah ulasan berita oleh penyiarnya, berbulan-bulan dan setiap hari lebih dari sepuluh kali di televisyen dan dalam akhbar disiarkan lebih empat muka surat setiap hari,kiranya berita buruk di letakan di muka utama.Apa nilai faedah berita bagini. Amat jelas akhbar dan televisyen bukan untuk semua golongan.

Media Malaysia berbahasa melayu hari ini hanya untuk mewakili iblis bagi merosakkan minda serta hubungan sesama bangsa.



No comments:

Post a Comment