Friday, March 25, 2011



Dua orang tua ini telah mewakili iblis mengedar dan menayang vedio lucah yang dikatakan pelakunya Anwar Ibrahim.
Yang seorang ini memang ada rupa Anwar Ibrahim dengan mirip muka ,rambut dan kepalanya.Boleh jadi inilah yang dikatakan serupa Anwar dalam vedio dengan pelacur itu.
Tujuan kedua orang melayu tua ini ,ialah memberi gambaran bahawa Anwar Ibrahim seorang manusia yang tidak berakhlak dan tidak layak menjadi seorang pemimpin ,lebih-lebih lagi jadi Perdana Menteri .Tuduhan liwat sebanyak dua kali di kenakan terhadap anwar tidak mencukupi mempengaruhi penyokongnya supaya membeci Anwar. Sebaliknya orang Malaysia masih banyak menyokongnya dalam politik malah merasa simpati. Rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bertambah dan terus memberi sokongan.

Saya yakin kedua-dua melayu dalam gambar ini mewakili kerajaan memerintah yang terus bimbang pengaruh Anwar akan menggugat sokongan rakyat. Mereka ini tidak berkhidmat percuma menjaja gambar tidak senonoh itu. Belum ada pejuang melayu zaman wang segala-segalanya ini, memberi khidmat percuma, lebih lagi umat Malaysia tahu sejarah mereka.

Hari ini menjadi satu sejarah peradaban melayu yang kononnya berugama islam menjadi penjaja aib dan fitnah.Mengapa saya berkata demikian -kiranya video tersebut benar perlakunya Anwar Ibrahim bererti mereka menjaja aib orang melayu. Bertujuan apa mereka bersikap demikian. Apakah Allah tidak melaknat mereka ini.

Sebaliknya vedio tersebut hasil rekaan manusia, bukan Anwar Ibrahim pelakunya. Ya Allah satu fitnah yang tidak diampunkan melainkan orang yang difitnah memaafkan. Tidak berugama islamkah mereka ini.Dimana pegangan ugama mereka,sanggup melaku satu kerja yang dosanya amat besar.

Hari ini semua media mensensasikan vedio tersebut .Tidak berlaku sensasi sekiranya bukan dikaitkan nama Anwar Ibrahim. Dua orang melayu dalam gambar tersebut sepatutnya berfikir menjaja aib atau menjaja fitnah.

Anwar manusia hebat.

Saya bukan peminat atau pengkagumi Anwar Ibrahim tetapi ternyata Anwar merupakan seorang ahli politik yang hebat dan cekal sepanjang masa. Kenapa saya mengatakan beliau bagitu, kerana musuhnya sentiasa berada di mana-mana didunia ini dan musuhnya sentiasa bertambah dari tahun 1998 hingga ke hari ini dan mungkin sehingga dia mati.
Musuhnya pelbagai bentuk ,yang telah diamanahkan oleh iblis kepada manusia dari zaman Mahathir hingga kini. Musuh Anwar yang diamanah iblis itu lagaknya seperti menggunakan pelbagai jenis senjata peluru menembak seluruh badan Anwar menelanjangkannya,cuma Anwar belum merasai mati.
Melalui manusia sendiri atau kerja tangan manusia Anwar digambarkan sejahat-jahat manusia. Manusia sendiri telah menghantar Anwar ke mahkamah yang saksi,pendakwa serta dacingnya sumbing dengan tuduhan meliwat pemandunya pada tahun 1998.Tuduhan rasuah bukan wang ringgit, tetapi tuduhan menyalahi kuasa. Kedua-dua tuduhan itu,mahkamah sumbing telah menjatuhkan hukuman.
Penumbuk manusia telah melepaskan penumbuk geram ke muka Anwar hingga cacat sementara matanya dan sakit pinggang bukan kepalang. Diperlakukan seperti pesalah rompak,bunuh dan rogol walhal dia baru sahaja dipecat jadi Timbalan Perdana Menteri kerana kesalahan melawan bos atau ketua gengster.
Kerja tangan manusia ialah melalui penulisan media yang tidak ada ruang untuk Anwar membela diri dari kerja-kerja jahat wartawan. Anwar digambarkan sejahat-jahat manusia dan jangan disokong anutan politiknya lebih lagi peribadinya.

Perancangan musuhnya ,Anwar mesti digambarkan keburukan setiap hari melalui akhbar dan tv. Setiap hari media diminta mengeluarkan pendapat bekas rakan Anwar yang berpaling tadah . Diulas panjang -lebar dan diberi liputan istimewa muka hadapan akhbar serta berita utama di television kemudian diulang kerapkali.
Tidak ada sebesar zarah kebaikan Anwar disiarkan melalui media.Hari ini 24,Mac 2011 perbicaraan tuduhan liwat kedua sedang di hadapi oleh Anwar. Paling terbaru perlakuan seks dicanangkan oleh musuh lama Anwar ,Rahim Tamby Chik.

Satu demi satu rekaan keburukan Anwar di paparkan melalu media, tetapi Anwar masih tabah meneruskan perjalanan politiknya. Kiranya keadaan ini berlaku keatas orang lain pastinya orang itu akan mengambil jalan nekad membunuh diri.

Saya percaya orang yang tidak bersalah selalunya tenang, walaupun undang-undang sumbing mensabitkan kesalahannya. Dia berpegang, Allah mengetahui apa yang kau lakukan.