Tuesday, January 26, 2016

pahala - jadikan pilihan utama untuk melabur.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Telah menjadi fenomena baru orang melayu kaya hari ini, telah melupakan  saranan hadis tersebut dan tidak berminat  untuk melabur  ke alam akhirat . Menumpukan kegilaan mencari  keduniaan dengan melabur  berjuta-juta ringgit untuk aktiviti  yang ‘hukumnya harus’yang tidak ada janjian pahala untuk akhirat, yang lebih cenderung menjadikan manusia melupakan Allah.

Itulah apa yang berlaku hari ini pengeluar produk kecantikan wanita yang mungkin memperolehi pendapatan berjuta –juta  menunjukkan minat untuk membiayai  permainan bolasepak sebuah negeri  yang dengar khabarnya menaja dua musim.

Sebelum ini telah banyak program hiburan televisyen telah ditajanya  dengan menyediakan hadiah ,puluhan dan ratusan ribu ringgit dan diberi kemudahan pengiklanan  tanpa batas. Mungkin publisiti  itu masih tidak mencukupi untuk meningkatan jualan produk.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga.

Ketika ini masyarakat  Malaysia terutama orang melayu islam di uji oleh Allah, dengan masalah sosial yang sering melakukan kerja-kerja melupakan Allah .Kita yang bernasib baik dan kaya tidak sepatutnya  menambah ghairahnya manusia ke arah lalai mengingatNya ,dengan menaja  pelbagai  acara yang tersilap langkah membawa ke arah maksiat.

Manusia beriman bukan sahaja bercakap atau mendakwa dia beriman tetapi melakukan bukti  pengorbanan  demi agama Allah dengan  memberi  keutamaan membantu manusia yang kurang berkemampuan  mengharungi  kehidupan  harian yang masih ramai  khasnya di   Kelantan  dan Malaysia amnya.

Banyak  institusi pondok dan rumah anak-anak yatim yang serba kekurangan kemudahan  yang memerlukan bantuan berjuta-juta ringgit bagi menghidupkan aktiviti agama dan juga mereka yang kurang upaya  masih memerlukan sokongan orang islam yang kaya.

Usahawan  beras dan makanan Faiza sepatutnya di jadikan contoh oleh usahawan muslim yang lain yang  menghulurkan bantuan mereka  kepada yang miskin dan menaja pelbagai program dakwah agama Allah.

Melihat keadaan hari ini menyokong pembangunan bolasepak dan hiburan di  Malaysia tidak menguntungkan sama ada di dunia, lebih-lebih di akhirat. Sukan bolasepak di Malaysia ini tidak ada penghujung  yang hendak di tuju .Gembira hanya setakat  di peringkat  negeri  yang di lonjakkan  seolah-olah peringkat dunia.

Sepuluh orang terkaya di Malaysia ini masih tidak berminat menaja aktiviti bolasepak di negara ini kerana bolasepak negara tidak ada happy ending  yang hanya di iktiraf sebagai jaguh kampung.Jutawan-jutawan tersebut tentunya faham bahawa menaja bolasepak Malaysia dan program hiburan tv tidak menguntungkan industrinya peringkat global.

Marilah kita menyumbang kepada program yang menundukkan kepala manusia  berfikir kebesaran Allah dan melupakan program yang  melahirkan letusan-letusan emosi manusia ke aktiviti hysteria.Keyakinan manusia islam adanya kiamat serta adanya  syurga dan neraka  jadikan pilihan utama untuk kita melabur.

No comments:

Post a Comment