Sudah lima minggu tidak update
blog kerana memerhatikan tingkah laku serta suara-suara pembodek kerajaan Najib melalui akhbar edisi internet .Hari ini 10
Oktober 2015 hati ini yang telah kecut
kerana mendengar telah ramai yang di
tangkap kerana Akta Komunikasi dan Multimedia ,Sosma,akta hasutan dan
pelbagai akta yang melindungi kerajaan dan seseorang dari terdedah perangainya.
Namun aku beranikan diri kerana
aku fikir banyak perkara atau suara yang
tidak betul pada fikiran aku dan orang
lain fikir pun tidak tidak betul, apa
yang telah berlaku terhadap kerajaan dibawah pimpinan mereka yang sudah tidak betul lagi kerana mencari wang .
Mereka yang memimpin kerajaan
sekarang sekiranya bukan kerana wang
sudah lama kepala pemimpinnya menarik diri kerana tuduhan skandal wang dan
kuasa.Tidak usah kita bercakap orang ramai masih suka dan parti suka dan rakyat
telah beri kuasa melalui pilhanraya. Ayat-ayat ini adalah ayat yang memuntahkan
rakyat mendengarnya.
Sebelum terdedahnya perangai kita
kerana wang tidak ada seorang rakyat pun yang menyuruh kita berhenti menjadi
pemimpin,tetapi hari ini bukan sahaja orang dalam negara benci perangai
pemimpin kita tetapi luar
negara juga bercakap berkaitan apa yang telah berlaku terhadap ketua kita.
Banyak usaha-usaha pengampu untuk
melupakan isu pemimipin kita yang tidak betul
terhadap rakyat. Ramai yang bertekad bahawa pemimpin mereka korup tetapi
tidak berani menyanggah perangai kotor itu dibimbangi ditahan dalam lokap yang
menjejaskan kelancaran hidup anak isteri yang tidak berdosa.
Usaha jumpa penyimpan dan pembela yahudi - Amerika Syarikat, dilakukan dua kepala
pemimpin bagi mengalih tumpuan manusia bagi terus melihat masalah yang berlaku dalam negara
ini. Juga hendak mengesahkan bahawa orang luar tidak tahu apa-apa
tentang konflik kejujuran pemimpin Malaysia.
Dalam negara,kita semua tahu ‘sukarelawan pengampu yang ada makna
‘terus mengalihkan isu dengan mengadakan atau merancang pelbagai perhimpunan
pelbagai jenama , yang mana demontrasi tersebut yang kadangkala tidak masuk
akal tujuannya.
Menghalalkan berhimpun bagi pehak kerajaan serta mengharamkan perhimpunan memburukkan pemimpin
yang tidak betul, diteruskan . Kita tahu
kedua-dua perhimpunan tersebut sama cara lagunya iaitu berhimpun satu
tempat kemudia merayau ke jalanraya.
Mereka mengadakan demontrasi kerana terkinyam sambutan
demontrasi 16 september 2015 yang lalu ramai penyertaannya, tetapi mereka lupa orang ramai tahu bahawa
sambutan himpun 16 September itu merupakan
kehadiran yang dibiayai. Siapa
yang menolak pemberian wang dan berkesempatan berjalan ke ibu kota secara
percuma dan di beri elaun.
Sekarang ini sumber undang-undang
di jadikan tali pengikat kaki dan plaster mulut serta mencampakkan kumputer mereka yang mencanai kebenaran dan
menyuarakan keadilan .Pelbagai alasan mereka yang jadi penjilat - yang kerajaan bertindak mengikut undang-undang
dan demi menjaga keamanan negara. Khairuddin
Abu Hassan ,Matthias Chang.dan Khalid Ismath mungkin bakal jadi pengganas yang
mengancam keamanan negara.
Kadangkala terfikir juga kebenaran kata-kata Mahathir bahawa
selagi seekor pemimpin yang ular jinak ini liat hendak berhenti maka negara ini akan
terus bermasalah.Masalah rakyat hendak hidup dengan pendapatan kurang,harga
barang berselisih jurang.
Pandangan beberapa pemimpin yang dulu penjilat sekarang
telah berubah kilat, terhadap mereka yang nyata bersalah menguruskan wang
negara melalui pelbagai dana, yang rakyat tidak tahu tujuannya terus ‘buat dak’.Pemimpin terus bermuka sadin
ke pelusuk negara dan ceruk dunia.
Rakyat terus di hidangkan cerita dongeng negara ala cerita
penglipurlara hikayat, yang di pertontonkan melalui televisyen dan di
dendangkan melalui corong radio serta dirakamkan melalui akhbar-akhbar milik
negara.
Sampai bila keadaan resah aku ini yang bersama rakyat
prihatin, yang tidak jumud hati,membatu kan otak.Biarlah sejarah setakat derma
RM2.6 bilion dan hutang syarikat RM 42 bilion serta nilai ringgit RM4.32/US
dollar untuk tatapan cucu-cicit serta keturunan seterusnya.
No comments:
Post a Comment