Anak kecil main api. Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Peribumi merintih sendiri.Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri.

Sunday, June 8, 2014

Keputusan Pandir






Pandir  1

Mula-mula kata haram ada DNA babi.Yang buat kenyataan  bahagian kesihatan kerajaan. Selang dua minggu JAKIM ,yang juga jabatan kerajaan melalui menterinya mengatakan halal dan disahkan tidak dicemari babi.

Menteri mengulas Jabatan kesihatan  tahu apa,yang berkuasa JAKIM.Rupanya JAKIM bukan sahaja ada ulamak tetapi mempunyai makmal mengesahkan sesuatu makanan itu tercemar atau tidak. Menteri dan JAKIM memaksa orang ramai yakin dengan  keputusan JAKIM.

Tidak salah rakyat khususnya orang islam, mesti bersikap nagatif terhadap keputusan kilat JAKIM dan mencebik bibir mengatakan tentu ada sesuatu tolak dan ansur kedua-dua pehak syarikat coklat dan kerajaan. Keputusan yang tidak pandir ialah pedulikan coklat itu dan banyak benda lain yang lebih lazat untuk dimakan.

Pandir 2

Dua Puluh Tahun lalu orang tua ini telah bercakap dan member pendapat serta menghalangnya hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.Semua orang tahu orang tua ini menyatakan hudud tidak ada dalam Quran,undang-undang ini tidak adil dan kejam tetapi masih ada institusi atau seminar memanggil orang tua ini bagi menjelaskan tentang hukum hudud.Perkara yang sama terus dinyatakan diseminar tersebut. Tentu menambah dosa orang tua ini yang berterusan menentang hukum Allah. Yang pandir  orang tua ini dan yang lebih pandir orang yang menjemputnya.

 Pandir 3

Ada usaha kerajaan negeri untuk mengembalikan kuasa kesultanan Melaka. Wakil-wakil rakyat atau memanda menteri yang memerintah telah pandir dan tidak tahu apa hendak dilakukan terhadap Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014.

Mungkin aka ada cacat celanya kiranya tidak membabitkan sultan.Boleh jadi bumbung rumah akan ke bawah tiangnya ke atas kiranya sultan tidak terlibat.Macam perlanggaran perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Sang SaPurba.

Wednesday, June 4, 2014

pilihanraya - masih pilih bangsa bukan ideologi




Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan saya percaya orang Cina DAP kurang keluar mengundi. Melayu PAS dan Melayu atas pagar, tidak memberi sokongan  kepada calon yang di pilih DAP walaupun seorang melayu, kerana bangsa melayu masih berpendapat DAP parti orang Cina.

Orang melayu Dyana Sofya seperti watak Buang dalam filem Sarjan Hasan  - filem P.Ramlee. Percubaan DAP meletakkan orang melayu untuk mencari sokongan kaum Cina nyata gagal.  

Persefahaman atau toleransi kaum di negara ini masih peringkat rendah .Cauvinis melampau terus meningkat diantara bangsa-bangsa di Malaysia. Melayu untuk bangsanya melayu,manakala Cina menjaga  atau berprinsip terus menyokong keturunan Cina. Manakala orang India terus atas pagar yang susah ditentukan sokongan nya. Apa yang sebenarnya berlaku api perkauman terus bertambah kerana setiap bangsa dan pemimpinnya terus ego , angkuh ,besar kepala  dan tidak memikirkan hubungan peringkat rakyat.

Sehingga  bila satu bangsa  boleh berkhidmat atau mewakil untuk semua bangsa. Tidak dapat dipastikan atau mungkin tidak menjadi kenyataan apa yang gahkan dan di uar-uarkan satu Malaysia. Keadaan ini bergantung kepada persekitaran tatacara hidup rakyat Malaysia ketika ini yang mementingkan puak masing-masing.

Dari peringkat persekolahan tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti semua bersikap berpuak mengikut bangsa.Berkepentingan menjaga bahasa dan budaya keturunan asal usul serta tidak mahu mengalah supaya menerima satu bahasa dan satu bangsa demi perpaduan.

Tiga bangsa utama rakyat Malaysia telah hidup bersama dari zaman kesultanan Melaka  ,dan merdeka lebih 57 tahun yang andai seorang manusia telah berusia tua dan matang mengolah fikiran. 

Hidup bagitu lama di negara  ini sepatutnya tidak akan terlintas lagi untuk berpindah ke mana-mana lokasi lain di dunia ini. Tidak menjadikan  atau mengharapkan negara lain meneruskan hidup atau berketurunan. Telah mempunyai kad pengenalan yang tercatat sebagai warganegara.

Sistem berbudi serta menyokong hanya kepada kaum sendiri tidak sesuai lagi .Pengakuan atau ikrar kita sebagai rakyat Malaysia perlu pengorbanan. Perangai di masa kebuluran, menghulurkan  makanan semua bangsa, jangan berpilih-pilih mana yang utama.

Pilihanraya adalah masa rakyat menunjukkan kesetiaan kepada negara melalui memilih calon warganegara tanpa merujuk sesuatu kaum .Ideologi yang membezakan pemilihan kita.

Apa yang berlaku hari ini,perasaan curiga antara bangsa-bangsa di Malaysia masih belum terhindar dan terus bertambah parah apabila masing- masing mempertikai dan berbicara berkaitan agama dan asal usul keturunaan serta mengungkit sejarah.

Pertikaian bangsa Cina  dan India tidak mahu di kategori pendatang. Bangsa melayu berterusan mempertahankan bangsa asal negara ini dengan mesti berterusan memilik hak istimewa dalam negara. 
Keadaan bagini akan berterusan kerana sikap tidak berpuashati apa yang mereka perolehi dari  negara ini. Orang-orang cina yang menguasai ekonomi berkeinginan untuk menjadi pentadbir yang ada kuasa eksekutif . Melayu ingin meneruskan sehingga bila-bila sebagai penguasa .Orang india bercita-cita mengurangkan bangsanya yang menunggu estate dan buruh-buruh jalanraya.

Kerajaan yang memerintah jangan berterusan memikirkan untuk terus popular  sedangkan rakyatnya sentiasa dalam delima perkauman yang dilahirkan melalui pilihanraya yang calon melayu tidak diterima oleh orang Cina bagitu juga sebaliknya.

Rasa tidak puashati diantara bangsa-bangsa di gilakan lagi oleh sikap-sikap pemimpin yang melabelkan golongan komuniti rakyat tidak mengenang budi terutama mereka tidak menyebelahi idealoginya. Mulut lancang yang bermusim ini membuatkan rakyat terus terluka. Ada parti politik mengambil kesempatan hasil perkauman bagi meraih sokongan.

Mengungkit-ungkit sejarah tidak menyelesaikan masalah malahan akan bertambah luka pemikiran perkauman yang satu masa mula sembuh, akan kembali berdarah – sembuh, berdarah lagi.Parti poltik masih mempopularkan calon wakil rakyat mengikut kaum terbanyak satu-satu kawasan pilihanraya tidak berkeyakinan menang kiranya kaum melayu ramai diletakkan calon bangsa Cina di kawasan itu. Cubaan DAP di  Teluk Intan dibuktikan .Teori DAP ini tepat kerana bukan pilihanraya umum.