Wednesday, December 11, 2024

 Mukhriz.

 

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menolak sebarang usaha untuk mengampunkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengurangan hukuman penjara dari 12 kepada enam tahun, denda hanya RM50 juta dan tahanan rumah.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia kerana tiada sekelumit kenyataan kesal dikeluarkan Najib di atas kesalahan jenayah dan penganiayaan terhadap rakyat yang dilakukannya sehingga ke hari ini.

Malah, menurut beliau, bekas ahli Parlimen Pekan itu sebaliknya masih mendakwa dirinya mangsa politik dan penipuan oleh pihak lain meskipun tiada bukti kukuh dikemukakan.

"Kami juga menolak apa-apa usaha untuk membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah. Ini tak boleh dianggap sebagai hukuman kerana tidak setimpal dengan kesalahan besar yang Najib lakukan.

TEGAS PERLU KALAU NEGARA NAK MAJU -tentunya rencana diatas ramai penyokong  pemimpin ini yang meraung dan meratap semasa makhluk yang di sayangi di tangkap, marah pada "Pejuang"

Kepada pemimpin tolonglah ada ketegasan sekiranya ada makhluk manusia yang melakukan kesalahan.Mahkamah dah jatuh hukuman kenapa ada belas kasihan. Sudah tu belas kasih hanya kepada orang tertentu .

Undang-undang dua darjat perlu di hentikan .Sekiranya sakau seringgit dua ringgit boleh diampunkan dengan di ganti dengan memimjam wang gaji "PAR pejabat". Kalau sudah berbillion dan berjuta kesian penoreh berkerja bertahun wang tabung haji tak penuh-penuh.

Friday, September 13, 2024

Bangsa lain di negara ini selalu mencari lubang nak kelahi.

 


Pelbagai isu berlaitan agama islam sering diungkit-ungkit di sepak terajang, dilambung-lambung, oleh bangsa bukan melayu di negara ini.Isu itu selalu tanggung dan terapung di udara agar bila-bila masa orang melayu melibas untuk mematikan

Kita tak pernah  mendengar bangsa melayu memperkecilkan intstrument ugama lain di negara ini.Apa sekali pun beberapa perkara berkaitan agama mereka bertentangan dengan agama islam dilakukan di negara ini melayu tetap senyap.

Isu halal haram di negara ini tidak sepatutnya orang tak islam berbunyi mengkritik menegur dan mencadangkan .Duduk diam-diam,tutup mulut tak usah campur urusan agama lain kerana kita bukan pakar berkaitan agama.

 Kebebasan mengkritik bersuara bukan berkaitan agama islam yang telah wujud lebih 1500 tahun lalu yang seronok-seronok mengulas tidak tahu asal usulnya. 

Cubalah berkeadaan seperti orang  bukan melayu yang berada di tanah air ini semasa 67 tahun lalu yang senyap sepi tidak bercakap, mengkritik apa masyarakat melayu lakukan.

Bersepah perkara lain berkaitan rakyat  dan pengundi sesuatu kaum di negara ini untuk diselesaikan ,kenapa perkara yang kita jahil di suarakan.

Kita jahil tentang islam dan pelbagai pengisiannya tak perlu berdebat mengulas dan memberi fikiran. Bukan di negara ini menunjukkan 'kebebasan bersuara 'berkaitan ugama orang terutama ugama islam.

Melayu dengan toleransi cukup terbaik dan ingin mencapai kedamaian pelbagai bangsa tidak perlu ada manusia Malaysia ini menguncah-uncah.