apa
sudah jadi kepada orang melayu, beragama islam yang terus terdesak
untuk mendapat sokongan dan berterusan gilakan jawatan sebagai wakil rakyat sepatutnya
senyum berbangga mempertahankan rumah Allah sebaliknya mempertahankan kuil dari di robohkan.
Orang hindu di kawasan ini tentu
berbangga kerana mendapat sokong moral dari orang beragama islam secara tidak
langsung telah mengikhtiraf bahawa semua agama adalah sama dan agama hindu adalah
satu-satunya agama tersebut.
Mungkin orang UMNO ini menunjukkan prihatin dan berfikir
bahawa pilihanraya akan datang dia dapat merebut kembali kerusi yang di menangi
oleh Nurul Izzah .
Walaupun akidah seseorang hanya
Allah yang tahu tetapi perbuatan Raja Nong Chik ini tentunya
Ramai wakil rakyat melayu terutama UMNO sanggup menjual maruah agama,dan bangsa demi mencapai cita-cita terus berkuasa. Sanggup meraikan perayaan pelbagai agama demi di lihat berjiwa rakyat. Kita tidak akan peduli seandainya mereka yang melayu telah mengisytiharkan bukan beragama islam.
Menyampaikan pelbagai bantuan untuk
kuil, tok pekong bertujuan update urusan perkembangan agama mereka padahal pemimpin yang prihatin tersebut beragama
islam. Apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Lembah Pantai ini merupakan
perbuatan orang kecil dalam UMNO,tetapi banyak perkara kemungkaran akidah lebih besar dilaksanakan oleh orang
besar UMNO berlaku sebelum ini.
Tentu orang politik mendapat nasihat
ustaz politik berkaitan tindak-tanduk mereka yang islam terus bertoleransi dengan agama lain. Diantara alasan yang
sering kita dengar adalah pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap semua
rakyat dan agamanya.
Melayu lupa bahawa pemimpin bukan islam boleh mewakili yang islam untuk menyampaikan apa-apa bantuan.Tindakan Melayu munafik ini, juga nyata telah mencemar keislamannya dan menggadaikan apa yang selalu disebut-sebut orang UMNO sebagai ketuanan melayu.

Takut kepada bayang-bayang sendiri bahawa pada pilihanraya akan datang tidak berpeluang menjadi pemimpin kerajaan. Sebenarnya UMNO tidak memerlukan sokongan bangsa lain semasa pilihanraya selagi yang di katakan ketuanan melayu itu di jaga secara terbaik.
Kita lihat sejarah ketua pemimpin melayu terdahulu memelihara ketuanan melayu dengan tidak memperdulikan atau mencapuri perkara remeh urusan agama lain atau lebih tepat lagi membiarkan penganutnya sendiri menguruskan hal agama mereka.
Sejak UMNO kurang sokongan melayu ,atau lebih tepat lagi melayu telah berpecah -belah tidak menumpukan sokongan kepada parti politik tersebut, maka pemimpin melayu mengadu nasib kepada bangsa lain dalam Barisan Nasional.
Keadaan ini kita terus tabik kepada pendirian PAS kerana terus menyatakan tidak memerlukan sokongan DAP,MCA atau MIC bagi memenangi pilihanraya akan datang.Kita tahu tindakan PAS ini amat sukar parti tersebut memenangi pilihanraya dikawasan yang ramai ketiga-tiga golongan ini. PAS tetap teguh dengan keislamannya tidak prihatin melulu seperti Raja Nong Chik.

Bangsa lain mengambil kesempatan keadaan melayu terdesak seperti Raja Nong Chik ini dengan menunjukkan prihatin yang sangat di kesali oleh orang UMNO dan Melayu islam. Carilah Ustaz UMNO yang terus menyokong dan menghalalkan tindakan ini.
Keadaan ini menjadikan pemimpin yang berjenama islam bagaikan pelakon hidustan
yang boleh hidup dalam semua agama manusia di dunia ini. Kita berdoa biarlah hanya seorang UMNO yang memperlihatkan prilaku sebagini.
No comments:
Post a Comment