Saya berkunjung ke rumah orang tentu saya memuji keadaan sekitar rumah,keindahan binaan bangunan, taman-taman dan suasana keluarga rumah tersebut.Menghina atau tidak menunjukkan sikap senang hati terhadap tuan rumah bukan sifat seorang tetamu.
Kalau taksilap pada awal tahun 2016 kerajaan negara ini minta seorang Arab mengesahkan derma 2.6 bilion di terima Najib adalah derma tulin yang tidak ada apa-apa kepentingan.
Hari ini sekali lagi secara tidak langsung apa yang di buat oleh kerajaan telah di sahkan oleh kerajaan Arab Fakta telah dikeluarkan
oleh orang No.1 Malaysia dan pengampunya untuk menunjukkan apa yang dibuat oleh kerajaan tidak salah
malahan menurutnya kerajaan luar negara
hendak menirunya atau menjadikan Malaysia sebagai contoh. Hari ini kerajaan
Arab Saudi akan menaikkan harga minyak
sebanyak 50% dan akan melaksanakan GST serta
melaksanakan seperti BR1M di negaranya.
Menurut orang No.1 Malaysia itu
dengan terus membandingkan apa yang berlaku di Malaysia baru 10 sen atau 20 sen
naik sudah heboh seluruh dunia marahkan kerajaan dengan menuduh zalim dan tidak
bertimbang rasa sedangkan kerajaan Arab negara pengeluar minyak naikkan harga
minyak 50%.
Bagitulah hebatnya kerajaan
contoh yang terus memerintah negara ini yang menjadi idola pentadbiran negara
luar dari sekecil perkara hingga sebesar-besar perkara.
Beberapa hari yang lalu kerajaan
Arab memuji dan menyuruh negara luar
meniru atau mencontohi pengurusan Tabung Haji yang cemerlang dan jemaahnya berdisplin serta disenangi oleh
kerajaan Arab itu.
Apa yang dikatakan ini tidaklah meyakinkan saya kerana
kata-kata ini di keluarkan oleh mereka yang ada kepentingan dan juga saya tidak mendengar sendiri dan
berlaku di hadapan mata saya. Pelbagai
pembohongan berlaku sebelum ini telah menyahkan keyakinan
Selagi belum dipenjarakan atau di
selidik mereka ini Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan
Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny maka tidak akan menambah kepercayaan
terhadap kerajaan.
Seterusnya sedia maklum selagi
kes 2.6 bilion tidak didakwa dan pelbagai pembohongan 1MDB tidak
dijelaskan kepada rakyat seperti yang didakwa oleh mereka yang di luar kerajaan
maka tidak ada sebab saya percaya apa yang dikatakan.
Kerajaan luar negara atau
pemimpin nya tidak mengetahui sekelumit kisah rakyat negara ini kerana yang
berbual atau berbicara yang punya berbilion ringgit dan tidak tahu seriknya
penoreh dan penuai sawit,buruh kilang ,pekerja am ,pekerja tukang cuci bangunan
dan pekerja kontrak mengatur perbelanjan keluarga.
Najib tak tahu bahawa pendapatan
rakyat biasa negara ini hanya layak makan nasi berlaukkan air kosong atau rebus sayur kangkung, kerana semua harga
barang telah naik. Minyak masak dulu RM13.35 sekarang RM21.35 setengah kedai atau pasaraya RM22.50.Ikan bilis,dulu RM28.00
sekarang RM 38.00.Santan kelapa dulu RM7.00/RM8.00 sekarang telah RM10.00/RM12.00.
Barangkali perbincangan kabinet berkaitan
keadaan harga barang hari ini tentu berkisar pendapatan boleh belanja
menterinya dan wakil rakyatnya. Rakyat
terus di lagukan dengan kehebatan kesenangan mereka yang menerima BR1M, berbelanja di kedai 1 Malaysia.
Harga barang yang naik menggila
hari ini akan lebih gila lagi sekiranya rakyat terutama orang melayu terus
meletakkan keyakinan kepada pemerintah yang sedia ada kerana kerajaan
kleptokrasi ini akan terus bertambah angkuh serta tidak memikirkan masalah kehidupan rakyat
terbanyak.
No comments:
Post a Comment