Sepanjang minggu ini pelbagai
berita yang mencuit hati .Diantaranya satu rencana yang merayu supaya rakyat negara ini menilai kebaikan Rosmah Mansor macam
kebaikan bini Obama bekas presiden Amereka
Syarikat.Penulis rencana ini tentunya cuba mengimbangi kontrovesi yang menimpa Rosmah sekarang dan yang telah lalu.
Boleh juga kita menuduh penulis
ini mendapat habuan atau ganjaran dengan
membodek sebagini rupa atau boleh juga
kita sikap positif penulis ini ikhlas kerana kasihan Rosmah bini Najib di
perkatakan pelbagai macam melalui media.
Tidak kisah dengan sebarang
tanggapan tetapi perkara sebagini tentu
meloyokan anak tekak mereka yang tidak bersetuju dengan sikap penulis.
Yang ini lagi menggolikan den menurut sumber syok sendiri bahawa
kehadiran ramai orang di Bukit Jalil adalah sebagai bukti parti keramat UMNO telah mendapat sokongan yang
tiada tandingan parti lain di negara ini.
Kalau setiap orang diberi elaun
dan bas disediakan untuk hadir ke bukit Jalil pasti mencabar keseronokan nikmat
servis percuma.Tidak ada orang hendak berlolah ke Bukit Jalil semata-mata
hendak menunjukkan kesetiaan kepada parti. Apa nilai faedahnya.Sekarang ini
tidak ada istilah sukarela percuma tenaga dan percuma masa terutama orang-orang kampung yang di himpit masalah kewangan.
Seterusnya perkara yang menggolikan den adalah satu kenyataan orang parti politik PAS bahawa partinya akan
bertanding sebanyak 100 kerusi. Yang bertambah meng goli target menang 40 kerusi seluruh Malaysia tetapi apakah jadahnya hendak cuba 60 kerusi yang lain.
Bagi den lebih baik mencuba 222 kerusi yang lain kerana menurut publisitinya
telah ramai bangsa bukan islam telah berminat dengan PAS. Tahniah ! tetapi kenapa takut hendak berkata bagini “ 100 di
pertandingkan 100 menang “
Apakah tujuan yang bercakap ini .
Satu kerja bangang ke, provokasi
ke, kepada parti-parti politik yang lain, terutama
parti politik yang belum pernah menang pilihanraya.
Satu lagi kisah ialah bangsa
melayu islam tidak boleh dipercayai lagi dan tidak amanah .Kita sedih wang zakat menjadi mangsanya dan wang masjid di gunakan untuk keperluan peribadi AJK. Orang politiknya
mengumpul duit rasuah untuk memiliki banglow,kereta mewah,berpuluh
beg tangan untuk bini dan jam
tangan berjenama yang harga puluh ribu
untuk anak.
Parti politik melayu sudah tidak
bersatu lagi walaupun namanya’ bersatu’, macam papan tanda “ Jangan buang
sampah di sini” tetapi di kawasan itulah orang melambakkan sampah.PAS parti
melayu berkerat rotan dengan PKR dan DAP.
PAS ini parti islam tetapi dalam
persahabatan tidak mengikut islam .Rasullullah SAW bersahabat dengan siapa sahaja bagi menampak
islam ini agama kebaikan.
Tidak ada bunuh membunuh
orang islam dilakukan sahabat PAS yang kafir, mengapa
parti politik ini menjauhkan diri dari
mereka yang kafir ini. Apa yang dilakukan oleh mereka yang kafir ini hanya setakat sindir menyindir melalu media.Nampaknya tiada
sifat maaf dan sifat sabar bagi yang ulamak melayu islam
ini dan amat jauh menyimpangnya dari
sifat junjungan nabi kita.
Yang ini lagi menggolikan apabila
mencegah kemungkaran ada masa tertentu .Penyangak politik yang menyangak duit rakyat di biarkan dia
menyangak sehingga pilihanraya akan datang kerana orang yang di amanah membunuh
penyangak ini di khuatiri tuduhan terlibat bermain politik serta ada parti politik mengambil kesempatan..
Macamlah rakyat Malaysia ini
bangang semuanya, tidak tahu putar belit politik yang di lakukan oleh yang
punya kuasa. Yang banyak penyangak ini hanya orang yang punya kuasa.Apabila
tangkapan dilakukan keatas mereka semua tentunya manusia Malaysia akan berfikir
rasional hendak mengekalkan mereka yang penyangak ini terus berkuasa.
Menurut orang kuat SPRM tidak bertindak
sekarang terhadap ahli politik, takut
dijadikan alat parti politik kempen pilihanraya. Sebenarnya SPRM telah pun
berkempen pilihanraya bagi pehak kerajaan sekarang bagi meneruskan kesinambungan urustadbirnya
kerana tiada tangkapan salah laku rasuah maka kerajaan sekarang dilihat bersih dari songlap harta rakyat.
No comments:
Post a Comment