Sunday, January 18, 2015

k-pop -melayu dipimpin oleh mereka yang terlanjang




Kadangkala saya malu hendak mengaku sebagai bangsa melayu samaada di Malaysia atau di luar negara kerana tidak ada satu perkara pun yang melayu boleh di banggakan peringkat negara ini atau peringkat antara bangsa.

Adakah lagu-lagu,tarian atau budaya melayu menjadi pujaan rakyat atau belia di negara Korea,Jepun,China,India atau di negara barat. Artis Malaysia adakah seperti Shah Rukh Khan di Cium atau di peluk isteri-isteri menteri di India atau  berapa ramai peminatnya di luar negara.Semua perkara kepunyaan bangsa melayu gahnya hanya berkokok dalam reban sendiri.Lebih malang lagi ramai artis-artis melayu di Malaysia memuja bintang bollywood,k-pop dan bintang filem,penyanyi dari Hong Kong dan China.

Yang terkenal di Malaysia ini melayu sebagai juara penagih dadah,juara rasuah, juara humbankan bayi,juara valdalisma, juara jual tanah dan kesemua penyakit sosial negara ini melayu yang punya..

Kerana dungunya  bangsa melayu dalam dunia ini, maka sesuatu yang menyoronokkan mindanya dan berlainan budaya yang ada, dengan sendirinya melayu lupa diri dan agamanya, mudah terlibat dan menyanjung serta memuja budaya baru  dari luar.

Masuk budaya Hindustan melayu akan menggila terhadap artisnya.Masuk budaya kong fu melayu akan turut serta. Bagitu juga artis jepun dan hong kong suatu ketika menjadi ikutan, tetapi tidak sehebat sambutan melayu terhadap artis bollywood.Terbaru tarian dan nyanyian Gangnam Style dan k-pop.Kesemua budaya dari luar yang diperkenalkan di Malaysia ini terlebih dahulu di bolot oleh melayu.

Tarian budaya melayu masih lagi tidak berubah. Lenggang lenggoknya masih berkonsepkan gaya lama  yang hanya diubah-ubah serba sedikit mengikut kerancakan muzik yang digubah serta disesuaikan alat muzik terkini, tetapi lenggok malas yang dikatakan lemah lembut itu tidak ditinggalkan. Tarian ini tidak menimbulkan minat anak muda malahan ada yang mencemuhnya.Yang terangguk-angguk,atok-atok dan nenek-nenek.

Tidak ada yang dikatakan baru dalam budaya tarian dan muzik,serta lagu melayu, bertambah malang lagi tidak ada strategi pasaran atau perkenalan peringkat antarabangsa. Budaya melayu hanya menjadi jaguh kampung.

Menyanjung orang luar  telah sebati dalam hidup dan keturunan melayu di Malaysia ini.Itulah sebabnya orang melayu yang dah tua atau muda sama gilanya mengagungkan orang luar. Maka Hollywood ,bollywood dan terbaru k-pop menjadikan melayu lupa batasan agama dan lupa larangan Allah.

Peringkat awal kedatangan orang inggeris ke Malaysia umpanya telah disambut dan disanjung oleh  orang melayu kerana bangsa tersebut mempunyai paras rupa yang cantik dan tampan berbanding bangsa melayu yang kulit sawo matang  dan tidak semancung orang putih kurang menawan dan biasa dilihat.

Melayu mudah terpikat,terutama anak gadisnya terhadap bangsa-bangsa luar ,seperti orang mat saleh,bangsa Pakistan dan Banglades.Ketampanan mereka telah memuja anak gadis melayu maka ramai diantara mereka menyerahkan diri kepada bangsa ini dan berkahwin dengannya.

Dahulu bangsa-bangsa Jepun,Korea dan China tidak menimbulkan minat orang melayu mendekatinya kerana bangsa-bangsa tersebut mempunyai paras rupa mata yang sepet dan keadaan fizikal badan tidak menarik.Hari ini bangsa tersebut telah kelihatan sungguh berlaian .Lelakinya telah tampan manakala wanitanya amat menawan sekali. Mereka telah meninggalkan budaya lamanya yang tidak menarik bangsa-bangsa dunia.

Korea,Jepun dan Cina merupakan bangsa yang sentiasa maju semua bidang dalam dunia ini.Bangsa yang berfikiran positif untuk mencapai  kejayaan dan menguasai dunia telah berusaha mencipta tarian serta irama lagu yang sesuai untuk semua..Lahirnya k-pop bertujuan mengalihkan pemujaan style tarian yang sebelum ini dikuasai oleh orang barat.

Sebelum K-pop berada di persada dunia ,orang melayu  telah mencintai dan sentiasa berkhayal memuja bintang bollywood dari sebelum merdeka hingga kini.Kemuncak memuja bintang bollywood adalah  anugerah bintang kebesaran kerajaan negeri  kepada  pelakon terkenal hindustan dan pelukan isteri –isteri orang bangsawan negara dengan bintang terkenal hindustan Shah Rukh Khan.

Tidak hairan kita maka ramai anak muda yang sedang miang rebung mengucup dan menikmati ciuman bintang k-pop.Bintang k-pop ini telah dihalalkan oleh kerajaan bermula perhimpunan sejuta belia pada tahun 2012.Menteri belia ketika itu mengatakan dengan modal RM1.6 juta  jemput k-pop untung RM140 juta.

Jelas tidak boleh dipersalahkan anak muda hari ini menjadi gila macam bapak-bapak dan ibu-ibunya menggilakan bintang  k-pop dan Hindustan kerana bapak melayu sanggup membeli 1.6 juta maka anak melayu sanggup membeli lebih dari itu.  Manakala ibu-ibu  sanggup di peluk atau di cium maka anak-anak sanggup di raba dan diramas k-pop dan bintang Hindustan.

Perangai anak anak muda tidak akan berubah selagi orang-orang tua turut menyokong  aktiviti cium mencium artis atau penghibur dari luar.

Bertambah  gila anak-anak muda memuja dan mendewakan artis kerana penguasa agama yang  mengawal melayu islam bertindak mengikut kategori  iaitu kategori rakyat biasa dan kategori bangsawan atau mereka yang menganggap very-very important person.

V VIP dihukum dengan lakonan menampar muka atau sebat seperti  dalam drama atau filem, manakala rakyat biasa benar-benar di terajang, kiranya melarikan diri di cari ke lubang cacing. Jangan kehairanan perangai anak muda hari ini kerana mereka di pimpin oleh mereka yang sedang terlanjang menyuruh orang lain pakai seluar dan kain.

No comments:

Post a Comment