Banjir kedatangannya melahirkan rangkuman sifat
manusia ,muhasabah,musibah dan ibadah.Tidak perlu gundah dan ngelabah .Mereka
terlibat merasai keperitan suasana banjir ketika ini ada rahmat dan nikmat.Selepas
banjir surut dan keadaan seperti biasa ada diantara mereka yang terlibat akan
menikmati rezeki yang tidak diduga.
Muhasabah setiap kesilapan
manusia terhadap alam ini.Bagitu sempurna di jadikan Allah.Manusia penghuni
Malaysia ini tidak simpati dan perihatin
keadaan alam sekitar, serta tiada kerjasama penjagaannya.
Sampah yang berjuta-juta tan
setiap hari masyarakat tidak mahu melibatkan diri kitar semula, malahan sanggup
melemparkan merata-rata biarkan bersepah
dan menyumbat longkang dan parit.Kayu kayan yang tidak dikawal penebangannya di
hutan simpan dan di kampung tempat kediaman menyeksa hakisan tanah dan kelajuan air sungai .Kita hanya mampu
mengeluh “bilalah banjir ini surut”.
Air hujan turun luar biasa musim
ini, adalah ujian Allah terhadap rakyat negara ini, yang tidak mengira standard
atau golongan yang menerima musibahnya.Perlu diingat bahawa kita terlalu banyak
ketawa dari menangis mengingati yang mencipta. Talian hayat dengan Allah
sentiasa terputus-putus.
Urusan hidup kita samaada dalam
rumah atau luar rumah terlalu menuju
kearah melupakan Allah.Kesibukan melayari dunia membuatkan kita hanya mampu
mengingatiNya lima waktu yang memerlukan masa beberapa minit sahaja.
Ruang masa yang ada diantara kita
sibuk berpolitik, yang politiknya tidak
menuju kearah diredai Allah.Berpolitik bertujuan memiliki
kuasa untuk bebas dan rakus mengecapi nikmat dunia, mengumpul harta melalui ekonomi dan
hiburan kearah maksiat. Pemimpinnya yang yang sentiasa membelakangkan
rakyat.Ucapan pemimpin hanya lunak di bibir bagai iklan –iklan dan lagu
propaganda melalui media.
Dua musibah penerbangan yang
menimpa kita tidak menjadi pengajaran dan keinsafan semua pehak maka kali ini
banjir yang melanda beberapa negeri yang luar kebiasaan yang jelas bukan sahaja
masalah geografi tetapi kuasa Allah yang adanya meletup di sana,berbunyi di sini.
Kita bersungguh berdoa dan
mengadu hajat seluruh masjid dalam negara, hanya setelah musibah melanda,bertujuan cuba
menghalang qadak Allah.Kita tidak merendahkan diri dan bertanya siapa kita yang
ada kuasa sedikit, sentiasa mempertikai dan mengelak-ngelak mengikut Al Quran dan
sunah . Bersetuju saranan kalimah hanya semasa tahiyat awal dan tahiyat akhir
solat.
Ramainya masyarakat hari ini
menggunakan kelebihan nilai agama yang ada pada dirinya memperjudikan nasib
dengan ilmu Allah memperolehi sumber kewangan, yang nilainya setanding
penghibur-penghibur tanah air.Demand bayaran yang tidak berpadanan
dengan ilmu yang disampaikan.
Keadaan pimpinan negara hari ini
yang telah melatah, apa sahaja yang dilakukan semuanya kearah kepentingan diri sendiri,keluarga dan kroni
yang rapat. Tidak peduli segala masalah rakyat hanya berupa jeritan ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.
Lihat dengan mata sendiri nasib
mangsa-mangsa banjir yang menerima budi dari mereka yang pandai menyelisik sedang laga dan sekali merengkuh dayung,dua tiga pulau terlampau.Mereka ini ada
diantaranya orang kaya enam jahanam yang
ketika ini bermurah hati. Hanya Allah yang maha mengetahuiNya.
Keperitan yang melanda mangsa banjir
atau musibah yang didatangkan Allah hari
ini, beberapa hikmahnya akan dinikmati dan telah diperolehi semua pehak. Pemurahnya Perdana
Menteri dan wakil rakyatnya menyampaikan bantuan beras dan bahan makanan.Lahir
sikap luhur segelintir rakyat Malaysia
sanggup menderma dan mungkin menerima
pahala mudah dari Allah.
Bengkel-bengkel kereta,
kedai-kedai perabot atau pembuat perabot,tukang-tukang rumah kampung turut
menerima rezeki harimau .Kontraktor jalan yang jarang menerima projek mungkin
selepas banjir menerima projek membina jambatan atau sekurang-kurangnya menurap
jalan rosak.Pendawai-pendawai elektrik,hari ini tidak dilupakan yang ketika ini semua rumah yang rosak perlukan pendawaian semula.Nyata pendapatan mereka bukan ratus malahan capai ribu ringgit.
Secara positif dari sebalik
musibah yang datang ada tujuan tersembunyi dari Allah.Tokeh-taukeh kaya tuan punya pusat membeli –belah yang
rosak teruk mungkin menerima bantuan dari syarikat insuran atau dari kerajaan sendiri
dibawah dana bencana banjir serta
berjaya menjual dengan banyaknya berupa kain baju dan benda makanan mangsa banjir.Mereka yang miskin yang punya rumah yang sebelum banjir hanya bertiang empat batang,mungkin selepas banjir akan memperolehi rumah lebih baik.
Nyata yang miskin atau kaya
terlibat sama menikmati hasil bencana yang melanda manusia.Disitu letaknya
keadilan Allah melalui musibah.Kesabaran kita adalah pengukur segala-segalanya
.
Musibah hari ini telah
menyedarkan rakyat Malaysia hanya sementara, beberapa bulan selepas banjir atau
trajedi reda.Kembali semula seperti kehidupan biasa ,yang kadang-kadang jarang berdoa jauhi
musibah serta melakukan solat hajat tolak bala.
Kembali normal rakyat akan
berfikir setiap hari mana hendak cari
makan hari ini dan mana hendak makan hari ini manakala pemimpinnya berfikir siapa yang
saya hendak makan hari ini.
No comments:
Post a Comment