Rupanya JAWI(Jabatan Agama Islam Wilayah) kata orang kampung
saya,tak bertolo .Tidak berani
bertindak setelah digertak oleh beberapa orang diluar pejabatnya yang lebih bertolo dan pandai darinya.
Kita semua tahu yang berkerja di jabatan agama islam itu
adalah mereka yang di beri gaji maka dia tidak boleh eksyen dengan orang di
luar tempurung. Orang di luar tempurung tidak sebijak mana dalam agama tetapi
ada kuasa bapaknya,suaminya,atau anaknya.yang boleh bertindak terhadap
ustaz-ustaz upahan di JAWI.
Buka sahaja mulut “ ustaz jangan malukan bini saya” ha! Siap
tuding jari bercakap melalui telefon.Apa lagi ustaz upahan pun menggigil dan
lembut berkata”ok dato’.
Itulah di antara sebabnya Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan telah berlembut dan tidak berani bertindak terhadap gadis yang di
cium dan dipeluk artis k-pop.
Dicium dan mencium artis luar ini pernah dilakukan oleh isteri-isteri
pembesar negara yang beragama islam namun tidak pula kedengaran teguran dari
JAWI atau waran tangkap kerana memalukan penganut agama islam.
Itulah kerja penguasa agama atau bijak pandai agama di
Malaysia ini perbuatan yang nyata haram hanya berani bertindak kepada golongan
yang lemah atau rakyat biasa, sebaliknya mereka yang berkuasa sebesar mana
sekali pun kesalahanya, mereka terdiam.
Perubahan nada kemarahan JAWI kita sedia maklum mungkin
Mufti, dan Khadi serta
pegawai-pegawainya telah mengambil air sembahyang setelah bercakap .Sebelum ini
mereka membuat kenyataan ditemani iblis.
Tindakan penguasa agama berkaitan halal dan haram serta
hukum syariah selalu tidak tegas dan sentiasa berdolak dalih.tidak konsistan
.Tidak berani bertindak kiranya sesuatu pekara yang memalukan islam melibatkan
anak dan isteri serta keluarga mereka berkuasa dalam kerajaan.
Sikap anak gadis rakyat biasa di peluk dan di cium artis
k-pop maka melenting majlis agama yang bertanggungjawab dan dengan berani
mengeluarkan waran tangkap.selepas itu menyuruh
gadis tersebut tampil menyerah diri dan sekarang kesemua tindakan yang
dirancang telah dibatalkan.
Orang ramai tahu sebabnya kesemua tindakan tersebut di
batalkan kerana takut penguasa agama di tuduh wujudnya peraturan ‘double standard
‘.Ini adalah disebabkan sebelum ini adanya isteri-isteri orang kenamaan yang
memeluk dan mencium artis-artis luar negara tetapi tidak ada sebarang kenyataan
dari penguasa agama .
Jelas pada kita masih ada manusia yang berkuasa serta cerdik
pandai islam tetapi masih berusaha
menjadikan undang-undang atau peraturan Allah sebagai peraturan sarang
labah-labah -,besar terlepas,kecil tersangkut.
Pada bulan Jun tahun 2014 yang lalu kita mendengar coklat
Cadbury mengandungi DNA babi maka haram orang islam memakannya. Beberapa bulan
kemudian JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa coklat tersebut halal dimakan.
Orang ramai tidak tahu dan tidak
ingin tahu apa puncanya fatwa segera dari haram ke halal.Yang nyata lahirnya
sikap negatif terhadap perubahan segera
kenyataan JAKIM.
Orang ramai hilang kepercayaan
bahawa coklat tersebut benar–benar halal.Berpuluh iklan didada media di siarkan
bahawa coklat tersebut halal dimakan.Tentu kemerosotan jualan coklat tersebut
dan pendapatan syarikat terjejas.
Apa pun kesimpulan adalah berpunca
penguasa agama islam bertindak
terburu-buru dan takut bertindak lebih jauh selepas
kenyataan dikeluarkan kerana melibatkan syarikat besar dan menyumbang dana
untuk kerajaan dengan jumlah yang besar.Halal atu haram hasil kerajaan adalah
perkara terakhir.
No comments:
Post a Comment