Sunday, February 7, 2016

Akhirnya ketua pengguling dapat juga jadi MB



Akhirnya tercapai juga hasrat si pengguling Mukhriz untuk menjawat menteri  besar. Walaupun rakyat dibangangkan dengan pusing sana dan pusing sini dengan menjaja tiga nama untuk di persembahkan kepada  sultan yang tidak termasuk nama ketua pengguling.

Tindakan seperti ini hendak mengaburi  mata yang celik dengan drama  bahawa golongan pengguling  bukan hendakkan jawatan tetapi Mukhriz  selaku menteri besar tidak mendapat sokongan ketua dan ahli UMNO  cawangan yang di copnya  Mukhriz bangang  buat kerja.Tidak ada pembangunan dan kemajuan negeri  Kedah di bawah pentadbiran selama dua tahun.

Orang politik di Malaysia ini sememang bersikap curang antara sesama mereka .Perangai buruk  ini sememangnya memalukan, terutama tercatat dalam sejarah negeri kedah khasnya dan di Malaysia amnya. 

Masih ada si Kitol dan Sultan Mahmud  mangkat di julang,raja Mendaliar. Laksamana Khoja Hassan  dan lain watak pengkhianat busuk hati, yang mempunyai peranan masing-masing berpura baik bagi mencapai cita-cita. 

Melayu memang terkenal dengan hasad dengki  yang mengelilingi sultan ketika dahulu dan pemimpin politik ketika ini, masih tidak berubah.Tamak kuasa,harta ,wang ringgit,emas sudah berbilion hendakkan trillion .
Inilah apa yang telah berlaku terhadap Mukhriz.Ada yang mengambil kesempatan terhadap sepatah-dua kata kurang berpuashati,  yang dilontarkan terhadap  pemimpin tertingginya, maka si pengguling dengan rakannya menghasut yang lain, bahawa Mukhriz telah menderhaka.

Kita menggeleng kepala nyata iblis berjaya menusuk hati 19 DUN untuk menyingkirkan Mukhriz yang saya fikir tidak ada dosa-dosa besar sebagai eksekutif tertinggi  pentadbiran Kedah. Mentadbir Kedah tidak sampai satu penggal , masuk tahun ke 3 kepalanya telah di penggal  oleh kumpulan 19 jahanam.

Mungkin selama 3 tahun akan datang si pengguling (Ahmad Bashah) boleh memajukan dan membangunkan  Kedah,  seperti  secepat selesainya hutang 1MDB dan sekilas selesainya kes Najib oleh peguam negara.

Di negara ini tidak ada tempat golongan pembangkang dalam parti sendiri. Oleh yang demikian kiranya ada niat tidak bersetuju dengan perangai ketua atau titah perintah ketua, sila duduk atau berada sebagai pembangkang dikalang parti berasingan. Mukhriz mungkin sudah lupa apa yang dilakukan oleh bapanya, si Mahathir semasa berkuasa selama 22 tahun.

Mahathir lebih sadis dari Najib tindakannya, terhadap mereka yang membuat cubaan menentangnya atau melakukan perkara yang  tidak menyenangkan pentadbirannya. Institusi raja telah menjadi mangsanya dengan mengurangkan kuasa imuniti atau kekebalannya. Peguam negara,hakim-hakim dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri dibuat macam buang sampah ke longkang.

Walaupun ada suara sumbing dari pengampu yang cuba-cuba mencari muka untuk kenaikan pangkat dari timbalan menteri ke menteri mengatakan Najib tidak terlibat dengan sekumpulan pengguling yang 19 orang itu. Seluruh umat dunia tidak percaya kata-kata itu termasuk yang mengeluarkan kenyataan.

Setiapkali berlaku pergolakan kepada ketua gangster politik maka akan lahir berduyun-duyun pengampu, penyangjung dan pemujinya untuk mendapat simpati .Tidak hairan apa yang berlaku terhadap UMNO yang mengatakan bahawa  ketuanya  sekarang adalah yang terbaik dari mereka yang menjadi ketua sebelum ini.

Melihat telah ramai pengampu maka ketua gangster politik akan perasan dan terus memanjangkan kukunya yang kadangkala sehingga 22 tahun .Najib baru sahaja 5 tahun dan  sekarang terus bercita-cita hendak memanjangkan usia  jawatannya dan sanggup terajang sana dan terajang sini mereka yang menghalang terus dia  berkuasa. 

Sekarang brutal telah menjadi menteri besar.Setakat mana pencapaiannya masih terlalu awal  untuk di tafsirkan, tetapi janji orang yang telah tercapai cita-cita tentunya tinggi melangit dan harapan orang yang menyokongnya tentu berkata “berilah peluang membuktikan keupayaannya”.Semua  ikrar dan serta janji tersebut sudah muak rakyat mendengarnya.

Keikhlasan hendak menyumbang khidmat kepada rakyat tidak perlu menggulingkan sesiapa.Orang perseorangan dalam dunia ini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kiranya tidak ada kerjasama individu lain. Mukhriz dan gengnya  yang lain masih mampu membangunkan Kedah, hanya pengguling terlalu mengikut kata hati tuannya dari Kuala Lumpur.

Tidak usah takbor dengan janji. Selepas memenangi piihanraya 2013 , Mukhriz dan UMNO berjaya menawan Kedah dan menerima pujian kerana mengambil kembali Kedah dari PAS dan juga berjanji akan melaksanakan pembangunan.

Tanggal 3 februari 2016 tidak boleh lagi Ahmad Bashah menafikan dia memang gilakan jawatan Menteri Besar Kedah, kerana pada tarikh tersebut Najib melantiknya sebagai menteri Besar yang di sahkan oleh pemangku sultan.

Simpati di lontarkan kepada Mukhriz, rupanya rakan poltiknya, yang tidak mengaku menikam dari belakang, tetapi menikamnya sambil menyorok di  belakang Najib. Pengamal politik sememang mengamalkan perangai sesumpah yang berubah wajah mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment