Thursday, January 28, 2016

MAGIC...MAGIC...MAGIC





Awal tahun 2016 ini banyak pertunjuk silap mata berlaku dalam negara ini.Persembahan yang pertama berlaku sekelip mata hilangnya hutang 1MDB sebanyak RM40.4 bilion .Terbaru Najib telah declared sebagai seorang  PM yang putih bersih. Dia di bersihkan dari segala dosa ,bukan dilakukan oleh dua malaikat tetapi oleh seorang peguam yang dilantiknya sendiri.

Rakyat yang prihatin terhadap perkembangan masalah negara nampaknya ibarat burung hantu yang kesiangan yang tidak dapat berbuat apa-apa.Tambahan lagi kuasa manusia  yang mengisytiharkan Najib putih bersih  mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh dicabar.

Lebih dua tahun berlalu masalah yang berlaku ,bukan bersuluh batang pisang tetapi bersuluh bulan matahari ,terhadap pentadbiran najib terutama berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion sekelip mata ghaib bukan di sebabkan oleh Magician, illusionist David Copperfield.

Ramai yang berharap bukit menjadi busut,telah berlaku sebaliknya busut juga di timbun anai-anai.Namun bagitu rakyat berharapkan hanya kuasa Allah yang akan menentukan suatu masa yang busuk berbau manakala yang jatuh berdebuk.

Najib bolehlah di ibaratkan bagai emak mandul baru beranak,namun nyatalah rakyat bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.Kita semua maklum proses membersihkan diri najib ramai telah menjadi mangsa, telah di ambil tindakan terutama bagi mereka yang membuka mulut melahir kompelin serta menawarkan diri  menyiasat keburukannya.

Hari ini rakyat biar salah kain, jangan salah mulut, apabila memperkatakan sesuatu atau jangan cuba-cuba menitikkan dakwat hitam di kain sudah di putihkan akan menjadi gari di cita rumah pasung mendatang.

Namun mulut tempayan boleh di tutup bagaimana mulut manusia yang perlu kebebasan menjerit melaungkan perkara yang difikirkan sama ada logik atau tidak selagi Allah belum menamatkan riwayat.

Rakyat setiap masa menjadi mangsa pemimpin dengan diputar belitkan fakta melalui kuasa demi melindungi diri jangan bersalah.Sehingga bila pemimpin negara ini berfikir adanya dosa,pahala serta akhirat  dengan syurga, neraka.

Mereka yang bertanggungjawab menyatakan betul atau salah telah menggunakan kuasa bagi melindungi salah laku orang kerana kebudian.Tentulah kuli menjaga hati dan perasaan tuan yang memeliharanya.

Ada betul dan kebenaran kata Wan Azizah mungkin kiranya tidak tukar peguam negara boleh jadi Najib di dakwa kerana sebelum berlaku pertukaran, serbuan pejabat sana dan sini ,ambil dokumen sana dan sini berkaitan siasatan .

Saya sebagai rakyat biasa langsung tidak ada keyakinan apa yang diperkatakan oleh peguam negara.Saya kelaskan kenyataannya satu pembohongan sebagai alat perlindungan jangan di perkata orang anjing menggigit tuannya.

No comments:

Post a Comment